Monday 30 December 2013

Tuaian Tomatilo

Pokok tomatilo kelihatan sudah tua, kami tuai semua buah dan pangkas dahan. Gemburkan sedikit tanah dah letak baja. Dengan harapan tunas baru akan naik semula.  Dari 3 pokok yang kami tanam ini lah hasil nye, ini tuaian kali ke 4.



Tomatilo berwarna kuning ke-emasan, entri yang sebelumnya kami ada memperkatakan tomatilo ni adalah cape gooseberry  kerana daunya agak berbeza dgn tomatilo di Malaysia. Tak kisahlah janji sedap dimakan begitu saja.

Tuesday 24 December 2013

Sawi Pahit (untuk di jeruk)

Sawi yang kurang kami gemari tapi amat mudah untuk hidup dgn subur, benih ni mungkin terjatuh kedalam pasu pokok cili ni, tapi membesar degan cepat sampai anak pokok cili tak kelihatan. 



Rasa sawi pahit ni agak pelik dan dikatakan hanye sesuai untuk dibuat jeruk. Dah tengok resepi di website dan blog rakan cara untuk buat jeruk sawi ni agak mudah.

1. Jemurkan sawi seharian  sampai layu. 
2.  Cuci sawi dan lumurkan garam 
3.  Rendamkan sawi yang dilumurkan garam tadi  ke dalam bekas. Peram Semalaman.
4.  Keesokkan harinya, campurkan gula melaka dalam bekas.
5.  Simpan selama 3-4 hari. 

Sedap di masak bersama asam pedas ikan pari.. Nak mencuba sekejap lagi.. 

Monday 23 December 2013

Sunday Harvest (22/12/2013)

Salam, just nak share semalam punye tuaian. Baru saja musim hujan berakhir, banyak pokok  kelihatan kurang sihat kemungkinan akar lemas dan tanah menjadi padat akibat curahan hujan yang lebat.

Pelbagai  terung, cili sawi, kacang panjang dan selasih 

Kebanyakan pokok terung sudah kelihatan tidak bermaya mungkin bekas polibag sempit dan padat, akar tak menjalar dengan baik. Ada kelapanagn kene buat pengemburan tanah.

Semaian semula benih sayur sawi, tomato dan cili telah pun dimulakan. Semoga subur hendaknye.

Tuesday 17 December 2013

Khasiat Lobak Putih

Salam, Berkongsi sedikit info mengenai lobak putih -Tuaian petang semalam. Lobak putih atau lobak cina (Raphanus  sativa)  agak kurang digemari oleh masyarakat kita. Lobak putih mudah ditanam, tidak cerewet dan cepat berubi kalau nak dibandingkan dengan lobak merah dan rakan-rakan seangkatanya.  Tahukan anda lobak mengandungi karbohidrat, tenaga, vitamin, mineral, kalori, protein , lemak , kalsium, fosforus, serat , zat besi , vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin. Semua zat ini memberi manafaat kepada kita. 

Tuain Lobak putih dari laman kami. 

Antara manafaat Lobak Putih

1. Lobak putih mengandungi glikosida yang dapat menyembuhkan rasa sakit pada perut dan juga mengatasi insomnia. Ini kerana ia bersifat antiinsomnia, hipnotis dan saforis.

2.  Membantu mengurangkan kegelisahan bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur. Dengan itu, tubuh dapat lebih relaks dan tidur nyenyak.

3. Mengurangkan masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering berlaku akibat ketidhadaman makanan. 

4. Lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap brokitis, sakit tekak, asma, batuk dan selesema.

5. Mampu menentang bakteria. menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antiseptik.  Sesuai dimakan sebagai ulam terutama dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

7. Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap tiga bulan.

8.  Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan & mencerahkan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan dan dapat menghalang senyawa melanin.

9. Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim diastase yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam jaringan tubuh.

10. Lobak putuh juga dikatan sayuran yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi. 

Selain dimakan sebagai sayur, biasanya dibuat jeruk dan jus. Daunya juga boleh dijadikan sayur tetapi agak sedikit pahit. Lobak yang kami tuai di atas dijadikan rencah dalam sup ayam. 

Monday 16 December 2013

Ambuyat ( Menu Istimewa)


Salam, agak seketika tidak update blog kerana agak sibuk dgn urusan kerja. Harini nak share menu tradisi orang Labuan ( Sabah dan Sarawak juga) .  Memang tak asing lagi lah Ambuyat ni.. kalau singgah rumah rakan rakan di Labuan ni Insyallah akan dihidangkan dengan menu yg berasakan sagu rumbia ni. 

Ambuyat di rumah rakan sepejabat kami.

Penyediaan agak mudah, cume perlu dicampur dgn air panas. Akan tetapi memerlukan sedikit pengalaman untuk membancuh untuk mendapat adunan yg betul. Kami tidak berani nak bagi resepi sbb kami tak mahir buat menu ni apatah lagi nak buat sendiri di rumah. 

Biasanya dihidangkan dengan pencecah /Lauk seperti sambah belacan @ sambal cuka. Sayuran dan  kerabu. Cara makan pun kene guna Lidi/buluh. (di lilit-lilit menjadi gumpalan kecil) dicecah pada lauk/sambal. Ngap telan trus..  Pada mulanya akan kekok dan susah nak masuk ke tekak kami. Sikit demi sedikit boleh lah..

Jika berkesempatan datang ke Borneo, bolehlah mencuba menu ni.. 

Thursday 5 December 2013

Khasiat Kelapa Muda

Pulau Labuan memang tak asing lagi dengan buah kelapa, di labuan ni memang mudah nak dapatkan air kelapa. Biasernye di jual dgn harga RM2.50-3.50 mengikut saiz.  Kami dimaklumkan 90% bekalan kelapa diperolehi dari tanah besar Sabah . Sesekali di hujung minggu pusing pusing Labuan mesti singgah Medan Selera di Pantai Pancur Hitam untuk menikmati air kelapa muda. Di rumah sewa kami ada pokok kelapa tapi terlalu tinggi  untuk dikait.
Air Kelapa Muda; minum tepi laut.. Indahnya.. 

Banyak Khasiat air kelapa muda ni, antaranya : 


1. Mengurangkan demam panas. 
2. Menghilangkan rasa penat  dan lesu selepas berkeja berat.
3. Membersihkan saluran kencing dan melawaskan kencing.
4. Mampu menjaga fungsi pencernaan atau metabolisme dalam tubuh.
5. Mengurangkan  mual-mual dan muntah-muntah.
6. Membantu mngurangkan risiko batu karang. 
7. Merupakan cairan isotonik semulajadi. 

Seketika dulu Puding kelapa memang terkenal di Labuan, org semenanjung datang beli siap bawak masuk dalam kabin kapal terbang untuk dibawa balik -  memang sedap.  Tapi tak semua org pandai buat puding ni. Ada seorang pengusaha restoren pandai buat, malangnya kerana permintaan bekurangan dan kekagan masa beliau tidak lagi menjual puding kelapa. 

Kalau nak cube buat puding kelapa boleh cuba google " Puding kelapa Labuan" biasanya dihidangkan besama buah kelapa.. Sedapp n refershing. 

Wednesday 4 December 2013

Telur Ikan Mayong

Pada satu ketika dahulu, 

Gambar ni diambil pada tahun 2011, telur ikan super giant yang agak sukar untuk mendapatkanya. Pada ketika itu kami sudah  berada di Labuan. Penduduk Labuan memang tak makan ikan mayong. So, kat pasar memang takda jual. Kalau ada pun belum tentu ada telurnya.

Telur ikan mayung

Nak dijadikan cerita, pada masa itu kami sedang menunggu kelahiran anak pertama kami, mengidam lah pulak telur ikan ni.. Mak ayah dan adik beradik dikampung turut membantu mencari telur ni. Takut kempunan la pulak baby dalam perut tu nanti. Bila dah dapat masalah pulak nak pos telur fresh ni ke Labuan. Maka di frozenkanlah sampai kami balik kampung. 

Nasib baik masa tu baru 7 bulan, sempat lagi balik naik flight semata nak makan telur ni. Tiket pun pada masa tu dah start murah. Susah kan duduk seberang laut ni, bila ada urusan yg biasa kita lakukan di tempat kelahiran kita takda pulak di tempat kita duduk sekarang. Betul lah pepatah " hujan batu di negara sendiri lebih baik dari hujan emas di negara org" - dalam kes ni negeri.. bukan negare. hehe. 


Tuesday 3 December 2013

Cili biru (Filus Blue)


Cili Filius Blue  dikatogarikan dalam kumpulan Kapsikum (Capsicum annuum). Cili hiasan dengan warna  ungu kebiruan, dengan rasa agak pedas seperti cili padi siam (40,000 - 58,000 SHU). Warna buah bertukar menjadi merah bila masak. Buahnya lebat dan cantik sesuai dijadikan penyeri di  laman.  Cili ni dipercayai berasal dari Maxico.

Pokok Filus Blue di pasu tergantung di tepi pagar kami.

Pada kami cili Filius Blue ni agak senang untuk hidup dan tidak memerlukan penjagaan intensive. Serangan  serangga perosak pun kurang. Penyediaan tanah yang kaya dengan kompos dan saliran yang baik sudah cukup untuk mendatangkan hasil yang lumayan dalam tempoh 80hari.  Biasanya kami buat rencah menu bergoreng seperti nasik goreng. 



Monday 2 December 2013

Sunday Harvest


Seperti biasa, hari minggu  menuai hasil apa yang ada di laman.  Kubis Purple dua kuntum, Sawi (red giant mustard ) dan tomatilo.  Ada dua bendi merah dah hijau (untuk stok benih). 

Tuaian 1/12/13
Kubis dibuat jeruk kerana daunya jantungnya agak liat. Boleh dimasak dengan asam pedas bila siap nanti. Menu malam ahad mehoon goreng besama sawi (Red giant mustard). Kami hanya tuai daun sahaja.

Red Giant Mustard bedaun besar. 





Friday 29 November 2013

Perkembangan Pokok Fig / Tin

Salam jumaat, just nak share perkembangan pokok fig/ tin yang ditanam melalui keratan batang dari seberang.  Ada beberapa pokok gagal untuk berjuang kerana kesilapan tuanya menyediakan medium dan bekas yang sesuai. Medium  yang digunakan menyimpan banyak air  iaitu tanah merah + pallet + sedikit pasir. Ditambah pula tuan punya pokok rajin menyiram pokok sampai akar lemas. 

Pokok tin / fig  variasi purple jordan - umur 55hari selepas semai.



Berikut adalah antara tips penjagaan sebelum dan selepas dipindahkan ke pasu. 

1. Pasu yang kecil - gunakan pasu yang kecil. Mengapa? sebab anda boleh kawal jumlah kelembapan dalam pasu dan menyediakan akar pokok supaya lebih kuat.  

2. Pemindahan anak pokok boleh dilakukan sebulan selepas keratan disemai. Anda boleh mengetahui akar sudah besedia apabila  akar sudah bertukar dari warna putih ke warna kecoklatan. Begitu juga dgn sistem akar yang beselirat menunjukan ia sudah besedia untuk dipindahkan. 

3. Sediakan campuran tanah hitam + batu pasir kasar + kompos.  Nisbah (1:1:1).  Boleh juga di tambah sedikit tanah merah. 

4. Boleh juga meletakan ketulan batu di dasar pasu untuk saliran air yang lebih baik. isikan campuran tanah kedalam pasu. 

3. Berhati-hati bila membuka bekas semaian supaya  akar tidak tecedera.  Buat lubang supaya ditengah pasu dan masukan anak pokok.

4.  Letakan anak pokok di tempat yang redup. sungkup jika kawasan persekitan agak panas di waktu tgh hari.  Setelah beberapa seminggu anak pokok sudah serasi degan tempat barunya - boleh letakan di tempat yang menerima cahaya matahari pagi antara sejam dua. 

5. Siraman boleh di buat sekali sehari. 2 kali jika tanah terlalu kering. Kami hanya menggunakan setengah cawan air untuk pasu seperti di atas. Sekadar melembabkan tanah. 

Kita sambung perkembangan pokok fig/tin di lain entri bulan depan. 

Thursday 28 November 2013

Tentang Basil (selasih)

Basil (Ocimum basilicum) atau disebut selasih oleh masyarakat kita, merupakan herba yang mempunyai  aroma unik  seperti keluarga pudina.  Terdapat lebih daripada 40 kultivar basil di seluruh dunia, datang dengan  pelbagai  warna dan aroma. Ada yang bewarna hijau, putih dan ungu. Aroma pula seperti  bau limau, bunga cengkih, kayu manis, jintan manis atau thyme.

Italian giant basil. Berdaun besar di laman kami.

Antara khasiat Basil.

1. Basil baik untuk kesihatan jantung. Basil kaya dengan beta- karotena dan karotenoid, ia melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan kolesterol. Basil juga mempunyai sumber magnesium, meningkatkan aliran darah, dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular.

2. Basil untuk  kulit, minyak pati yang terdapat dalam selasih telah lama menjadi bahan alternatif organik dalam merawat kulit kering, jerawat dan psoriasis.

3. Basil menghalang beberapa jenis kanser. Ia mempunyai flavonoid yang melindungi struktur sel daripada kerosakan  bepunca dari radikal bebas.


4. Basil dikatakan  membantu dalam merawat sembelit , masalah pencernaan, kejang perut, dan banyak lagi.


Anak pokok basil unggu. Sekitar 20hari selepas bercambah.

Pokok basil mudah di biakan melalui biji benih atau keratan batang, untuk mendapatkan pokok yang sihat sentiasa tuai pucuk basil untuk pertumbuhan pucuk baru yg segar. Ada yg mengatakan supaya mencantas pucuk yg akan berbunga untuk mengekalkan rasa dan jangka hayat pokok semakin lama. 

Kami gunakan daun basil sebagai ulam dan sesekali dijadikan teh..

Wednesday 27 November 2013

Kubis Unggu (Purple)

Harini nak share koleksi laman kami.. walaupun kubis ni tak membentuk jantung yang besar. Tapi kami bahagie dengan warnanya yg cantik dan unik.. Kami tanam di pasu yang digantung di tepi pagar (nak elak siput panjat).. campuran tanah seperti biase- tanah kompos, pasir, pallet  organik dan sedikit tanah merah.  Siram 2 kali sehari. Rasa daun kubis kami ni agak liat.. tapi boleh makan.


Kubis Unggu membentuk jantung, sebesar bola tenis je. 

Kubis ungu adalah dari keluarga brassica. Kubis ungu mempunyai nisbah nutrien dan vitamin (A dan C)  yang agak tinggi dan rendah kalori dan lemak. Selain itu ia kaya dengan serat. Biasanya dibuat salad, coleslaw, masakan tumis dan jeruk.  Kami cadang untuk dijadikan masak tumis bercili bila ia sudah sesuai untuk dituai.. 

Tuesday 26 November 2013

Cili Fatalli

Cili  Fatalii adalah cili yg beasal dari keluaga  chinense Capsicum, di katakan  berasal dari tengah dan selatan Afrika. Ia digambarkan mempunyai  rasa limau dengan haba membakar yang setanding dengan habanero ..  Pada kami, rasa cili ni agak pelik bebanding cili-cili yg berada dipasan kita.. bau kepedasan yang agak unik mungkin menakutkan kita untuk menggunakanya, manakala rasanya memang pedas.  

Cili Fatalli dari Laman kami, pokok rajin bebuah .

The Scoville Institut  menyenaraikan Fatalii sebagai cili ketujuh paling pedas, antara 125,000-400,000 scoville. Cili ini berkulit nipis, bewarna hijau pisang bila muda dan betukar menjadi kuning bila masak. Cubaan kami untuk mengumpul benih beberapa kali  gagal sebab biji masih muda dan kuantitinya bijinya sedikit - pada zahirnya kelihatan sudah masak ranum. 

Monday 25 November 2013

Sunday Harvest (24/11/2013)



Tuaian petang semalam, satu2nya jagung yg menjadi, lobak putih, terung, cili, sawi krismas dan selasih.

Terung di buat pajeri, sawi, lobak  dan cili tumis air. Selasih dibuat ulam.

Saturday 23 November 2013

Mee Hailam Jalen

Salam, Harini minggu ni kami nak share lagi satu resepi.. 


Bahan-bahan

Mee kuning 
Udang (4 ekor udang saiz sederhana)
Sekeping dada ayam
Sotong (3 ekor)
Daging (setengah mangkuk kecil/daging direbus dahulu)
Cendawan tiram/cendawan butang (4 keping dihiris )
Kobis (2 kelopak)
Tomato (1 biji dibelah 4)

Bawang Merah (2 ulas ditumbuk lumat)
Bawang Putih (2 ulas ditumbuk lumat)
Telur (2 biji)
Cili padi (4 biji tumbuk kasar)

Kicap Manis Jalen (2 sudu besar)*
Kicap Masin Jalen (1 sudu besar)*
Sos tiram (3 camca besar)*
Lada Hitam (1 sudu kecil)*
Minyak bijan (1 sudu kecil)*
(*gaul semua bahan bertanda dalam mangkuk)
Tepung jagung (1 sudu besar)
Garam dan gula secukup rasa

Hirisan daun sup dan daun bawang, secukupnya.

Cara-cara 

Rebus daging letak sedikit halia dan bawang putih dalam air rebusan.Setelah daging empuk toskan.Simpan air rebusan daging.Udang dibasuh,sotong dipotong ikut citarasa masing-masing.Daging ayam dipotong halus-halus.

Panaskan kuali masukkan cili padi,bawang merah kecil dan bawang putih yang ditumbuk lumat.Kemudian masukkan ayam diikuti dengan udang dan sotong.Setelah lebih kurang 2 minit kacau goreng bolehlah masukkan bancuhan sos diikuti stok daging.Masak hingga mendidih.

Masukkan kobis,tomato dan cendawan.Masak lebih kurang 4 ke 5 minit.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.Gaul rata masukkan mee dan daging yang direbus tadi.

Setelah digaul sebati letak garam dan gula secukup rasa.Pecahkan telur dua biji didalam mee hailam Jalen.Masak sehingga telur masak.Hidangkan mee hailam dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Nota:
1.Telur boleh digoreng asing.Apabila hendak makan boleh dihidangkan dengan telur goreng mata.
2.Jika tiada minyak bijan boleh diganti dengan minyak cili.

Sila Link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jalen. 


Friday 22 November 2013

Serangan Siput

Musim Hujan kebelakangan ni, banyak pulak siput datang.. kemungkinan datang dari rumpun pandan di blakang rumah. Siput ni seronok betul makan anak-anak semaian kami.  Siang hari mmg tak nampak kelibat siput ni..mereka menyorok di bawah polibag..  bila malam mereka beraksi dengan hebatnye.. dengan memakan dan mengisap batang anak pokok... kalo tak hilang daun,, batang anak pokok akan patah. 


Siput mati menyerang daun bawang. 

Cara Kami nak bunuh siput ni senang jer, gune racun siput.. tabur jer sikit kat tepi pokok tu.. esok pagi bebuih2 siput tu mati.  Anda ada masalah serangan siput? 

Tahukah anda  ada krim kulit berasal dari Helix aspersa (sejenis  siput) yang dijual untuk digunakan pada kedutan, parut, kulit kering, dan jerawat. Satu kajian penyelidikan mencadangkan bahawa rembesan yang dihasilkan oleh Helix aspersa mungkin memudahkan pertumbuhan semula tisu yang cedera.

Wednesday 20 November 2013

Khasiat Peria

Harini nak cerita Peria, Nama saintifik Momordica Charantia. Ia sebenarnya berasal dari India dan  dibawa ke China pada abad ke-14. Orang Jepun memanggilnya Goya dan ampalaya di Filipina. Sebenarnye peria ni dikategorikan sebagai buah bukan sayur. Kebanyakan negara-negara Asia dan di wilayah Afrika, peria digunakan untuk merawat sakit perut dengan memakan  secara mentah.

Tuaian Peria di laman kami.
Kajian mengenai Peria

Peria  mempunyai sebatian antihelminthic. Bahan yang digunakan untuk rawatan penyakit gastrousus (pedarahan dalam perut/usus) dan boleh membunuh cacing parasit dalam badan kita. Di Togo , mereka menggunakan buah ini secara semulajadi menghapuskan cacing dalam badan mereka.

Khasiat Daun Peria

Daun peria juga dikatakan boleh digunakan untuk menyembuhkan beberapa penyakit. Menghalang bakteria malaria dalam tumbuh. Dengan merebus beberapa daun dan dan minum seperti teh. Anda boleh menambah bawang putih, garam, atau sedikit gula untuk mengurangkan rasa pahit daun.

Khasiat untuk pesakit Diabetes

Peria juga merupakan makanan terbaik untuk penghidap kencing manis. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan kita.

Lain-lain Faedah Kesihatan Peria

Peria juga mempunyai bahan anti-kanser. Terdapat dua sebatian yang terdapat pada pokok iaitu asid a- eleostearic , yang boleh anda dapati di dalam biji peria, dan asid 15,16 -dihydroxy -a- eleostearic , yang anda akan dapati di buahnya . Kedua bahan ini adalah ubat yang baik untuk masalah leukemia dan beberapa masalah darah seperti anemia. Ia membantu dalam menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat dan baki jumlah sel-sel darah putih dalam badan kita. Ia juga menormalkan tekanan darah.

Peria juga mempunyai folates . Kajian sebenarnya menunjukkan bahawa ia mempunyai jumlah yang tinggi folates yang membantu dalam merawat kecacatan tiub saraf yang biasanya berlaku semasa awal kehamilan.

Ia mungkin sukar dipercayai tetapi peria juga mengandungi Vitamin -C. Vitamin C adalah baik dalam menghapuskan radikal bebas. Radikal bebas adalah punca sel-sel malignan , jadi membantu diri anda untuk makan Vitamin -C makanan yang kaya untuk mengelakkan pengeluaran radikal bebas dalam badan anda.

Kesan sampingan Peria

Ia boleh menyebabkan hipoglisemia (kandungan gula dalam darah terlalu rendah) kerana peria mengandungi charantin. Jika anda akan minum teh peria berlebihan atau makan terlalu banyak buah peria  anda akan mengalami hipoglisemia ini.

Jika anda tidak mempunyai kepakaran untuk menggunakan biji peria , jangan cuba untuk makan. Ini adalah sangat toksik, dan mungkin membawa kepada muntah, cirit-birit, dan juga boleh menyebabkan koma kanak-kanak. Jadi, jangan biarkan anak-anak anda makan biji kerana ia beracun.


Berjaga-jaga kepada wanita hamil : cuba untuk menjauhkan diri dari peria atau  mengurangkan pengambilan peria, Mengapa? Ini adalah kerana peria mempunyai monorcharins bahan yang mungkin mempunyai kesan sampingan pada rahim dan seterusnye kepada keguguran. 

p/s : info di ambil dari pelbagai carian google. 

Tuesday 19 November 2013

Tentang Daun Kesum

Daun kesum atau nama sintifiknya - polygonum minus tidak asing lagi pada kita. Herba yang digunakan dalam masakan seperti asam pedas dan laksa .Nama-nama  yang lain juga disebut Pudina Vietnam, Ketumbar Vietnamese dan pudina Kemboja.


Pokok kesum amat mudah untuk dibiakan, batang daun kesum yang di beli di pasar - di benamkan kedalam tanah yang kaya dengan kompos, pastikan pokok kesum mendapat cahaya dan air yg secukupnya. 


Daun Kesom dalam polibag di laman kami, di letakan besebelahan paip air. 
Secara tradisinya, di Vietnam daun kesum  dipercayai dapat mengurangkan nafsu seksual. Sami-sami Buddha menanam sebagai langkah membantu dalam mengurangkan nafsu, untuk menjadi  sami  mesti hidup membujang. 


Antara lain khasiat daun kesum ialah, menguatkan daya penglihatan,mengatasi masalah kembung atau ketidak hadaman, mengharumkan tubuh, mengatasi masalah keputihan dan mengatasi masalah kelemumur.

Ada lagi kegunaan daun kesum yang masih belum diterokai, untuk kami cukuplah sekadar menjadi herba di laman rumah untuk di jadikan rencah dlm masakan kami. Anda bagaimana? 


Monday 18 November 2013

Sunday Harvest



Salam, harini nak share tuaian semalam ; 

Terung putih -ungu dan hitam bulat, kancang panjang, tomatilo, bendi merah dan hijau. 

Kangkung telambat tuai,


Sebahagian terung, bendi di masak kari bersama kari daging.

tomatilo di makan begitu sahaja

Kangkung tumis bersama fishball. 

Saturday 16 November 2013

Tomato Terbalik


Harini nak share gambar kenangan awal taun 2013, projek pokok tomato yg di tanam terbalik. Kami ader terbace dalam blog di Malaysia yg pernah tanam pokok terbalik ni ( tak ingat blog sape). Melalui pemerhatian kami, teknik ni boleh di guna pakai kerana pokok kelihatan sihat dan lebih cepat mngeluarkan hasil. Mari kita lihat.

Botol minyak sebagai pasu, Benih tomato dari pasar - umur sekitar sebulan


Tomato berbunga selepas sebulan lebih di tanam.



Buah masak ranum sekitar dua bln stengah selepas di tanam.


Kepada sesiape yg mempunyai ruang yang sempit boleh cuba teknik ni. 


Friday 15 November 2013

Sambal Sunda

 
Salam, harini nak kongsi satu lagi resepi. 
 
 


Bahan-bahan

Cili padi (satu mangkuk kecil/segenggam cili)
Bawang merah (4 ulas-Sebiji dimayang halus)
Bawang putih (3 ulas)
Halia (seinci)
Serai (1 batang)
Lengkuas (seinci)
Tomato (1 biji)
Sedikit gula melaka
Belacan
Garam (satu sudu kecil/ikut kesesuaian citarasa masing2)

Cara-cara
Semua bahan-bahan dikisar halus.
Tumis bawang yang telah dimayang halus.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus.Goreng sehingga naik minyak dan letak garam.Suaikan rasa siap sambal sunda kita.

Slamat mencuba.

Wednesday 13 November 2013

Resepi Nasi Celery

Nasi Saleri


Bahan-bahan

2 cawan Beras Basmathi
2 batang saleri (dipotong serong)
1 cawan santan dan 2 cawan air ( santan boleh diganti dengan susu)
1 sudu kecil pes halia
1 sudu kecil pes bawang putih
1 biji bawang besar (kisar halus dan dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil garam
Bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis  

Cara-cara


Panaskan periuk masukkan butter tumiskan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis.Kemudian tumis bawang besar serta cili hijau yang dihiris.

Selepas itu,masukkan kisaran bawang besar,pes halia dan bawang putih.Setelah itu, masukkan hirisan saleri. Lebih kurang 2 minit masukkan 2 cawan air dan 1 cawan santan bersama 1 sudu kecil garam. Bila air sudah mendidih bolehlah masukkan beras. Siap nasi saleri kita. Jika nak mudah boleh masak dalam rice cooker.  

Nota: 
1.Butter boleh digantikan dengan minyak sayur 
2.Jika tidak mahu guna santan atau susu boleh digantikan dengan stok ayam.

Tuesday 12 November 2013

Strawberi Kundasang

Semalam kami betuah kerana pesanan 4 anak pokok strawberry telah sampai. Kawan sepejabat yang pulang ke kampungnya di kundasang - Sabah, bermurah hati untuk membelikan anak pokok strawberry variasi kundasang. Dikatakan buah starwberry ni agak kecil dan  sedikit masam.. tetapi tahan panas.  Anak pokok yang sihat dengan harga RM5 sepokok. Kami cuba tanam di Labuan yg terkenal dgn bahang panas pulau, harap-harap ada hasil nya nanti.

Anak Pokok Strawberry Kundasang

Cara Tanam Strawberi, 

Secara teorinya pokok strawberi  memerlukan persekitaran seperti berikut untuk hidup subur.

      1. Suhu udara optimum 17 – 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 C.
      2. Kelembaban udara (RH) 80 – 90%. 
      3. Penyinaran matahari 8 – 10 jam/hari.

Memandangkan  syarat pertama pun tak lepas, maka kemungkinan pokok strawberi ni hidup subur agak tipis di Labuan. Tetapi tapi tidak salah untuk mencuba. 

1. Penyediaan Tanah,

Komposisi bahan medium tanam yang biasa digunakan adalah :

 a.  Tanah bakar
 b.  Pasir Sungai
 c.  Kompos
 d.  Palet organik

Campuran dengan pembahagian nisbah 1:1:1:1

2. Siraman,

Siram sehari 2 kali, ada petua mengatakan siram dengan air sejuk (air ais batu) - tips untuk pokok sentiasa berbungga dan segar. 

- Thanks pada SmRose dan Lynna atas teguran/tunjuk ajar untuk guna petua yg betul. 

4. Cahaya matahari, 

Di nasihatkan jangan dedahkan pokok pada matahari, cukup sekadar mendapat cahaya matahari pagi. 

5. Pembajaan, 

Untuk daun :  Baja Urea untuk menyuburkan, 2 minggu sekali  - 1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air. 
Untuk buah : Baja yang kaya dengan unsur K - 2 minggu sekali  -1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air. 

Kita lihat perkembangan 4 pokok strawberi ni bila sudah berbuah nanti :)

Saturday 9 November 2013

Tomatillo atau Cape Gooseberry?


Awal tahun ni kami ada menyemai pokok tomatilo (seperti tertera pada label peket). 3 biji benih bercambah dah dipindahkan ker polibag. tak smpai sekaki  buah pun tak nampak kene tiup angin la pulak... patah.. kami biar jer..  
Tomatilo vs Cape Gooseberry
 Aper yang menkagumkan kami, tumbuh tunas baru dari pangkal pokok tomatilo ni.. die punye sihat bukan main. Kami sandarkan pokok tepi pagar tak patah kene tiup angin lagi. skarang dah besar paras pinggang...buah pun lebat... syukur..  

Cuma kami raser pokok ni bukan tomatilo yg kita sebut selalu, dari pemerhatian kami ni mungkin pokok cape gooseberry atau dikenali sebagai Physalis peruviana. Berdaun lebar, hujau gelap dan sedikit berbulu, manakala buahnya yg masak berwarna emas kekuningan -Rasa manis. Physalis peruviana  digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat kanser , leukemia , malaria , asma , hepatitis, dermatitis atau sakit sendi.

Friday 8 November 2013

Tentang Kangkung

Sayur kangkung mmg terkenal di Malaysia. Biasanya dibuat tumis goreng belacan dan penambah rencah dalam masakan kita seharian. Kangkung dikatakan  berasal dari India, yang kemudian menyebar ke Malaysia, Indonesia, Cina Selatan, Australia, dan Afrika. Di Cina, sayuran ini dikenal sebagai weng cai. Di negara Eropa, kangkung biasa disebut swamp cabbage, water convolvulus, atau water spinach. Kanking atara  tanaman yang tumbuh cepat dan memberikan hasil dalam waktu 4-6 minggu selepas benih di semai.
Kangkung di Laman kami, cambahan kedua selepas dituai. 
Tanaman bernama Latin Ipomoea reptans ini terdiri dan dua jenis ,iaitu  kankung darat (kangkung cina) dan kangkung air (Kankung Liar) yang tumbuh di parit dan sawah. Perbezaan antara kangkung darat dan kangkung air terletak pada saiz daun dan warna  bunga. Kangkung air berbunga putih kemerah-merahan, manakala kangkung darat bunga putih bersih. Rasanya juga berbeza dimana kankung liar lebih liat.

Kangkung juga kaya dengan zat besi, vitamin A, B complex, vitamin C dan omega 3. Antara khasiat kankung yang kita tidak ketahui ialah 1. Mampu merehatkan urat saraf. 2. untuk mejaga penglihatan mata 3. mengurangkan kadar gula dalam badan (diebitis).  Oleh itu, mari jadikan kangkung salah satu tanaman sayur di laman anda :- 

Thursday 7 November 2013

Rekod Peribadi (Bendi)

Salam,  rekod peribadi apabila bendi  di laman rumah menghasilkan kepanjangan yang luar biase, mungkin anda penah menghasilkan bendi sepanjang ini, tapi buat kami ini adalah satu pencapaian terbaik buat kami hehe.


9 inchi  (23cm)  - masih lembut. 

Antara koleksi bendi yang dituai semalam  :


Bendi  -singa, kampung,  merah  dan mata helang. 

Wednesday 6 November 2013

Maal Hijrah 2013 M / 1435 H

Salam Maal Hijrah,

Semoga tahun baru yg memberi seribu makna... tema tahun  ni ''Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah''.  Bersame-same berhijrah ke satu tahap yang lebih baik untuk diri anda, keluarga dan ummah..


Sunday 3 November 2013

Kebakaran di Labuan 3/11/13

Harini kami dikejutkan dengan kebakaran rumah kediaman berdekatan dengan pejabat kami. Syukur tiada kehilangan nyawa dilaporkan. 8 buah rumah terlibat pada kejadian yg berlaku pada jam 11pagi td.  pemerhatian kami rumah dikawasan tu memang rapat-rapat, lagipun bahan binaan diperbuat daripada kayu, api merebak agak pantas.

Laporan dan gambar ada di facebook Jabatan bomba Labuan seperti dibawah :

https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Bomba-Penyelamat-WP-Labuan-Fire-Rescue-Dept-Labuan-FT/203400663018395?directed_target_id=0

Aphid dah White Fly

Salam pada semua pengunjung blog pedasdanmanis, semalam kami ada bercerita pasal cili paling pedas di dunia. Sebenarnya untuk tanam cili tersebut bukan mudah, lebih lagi bila ia diserang oleh serangga perosak. Aphid dan White fly adalah 2 mahluk perosak yang suka sangat dengan pokok cili kami. Mereka duduk di bawah daun dan pucuk muda lalu menghisap cairan pada pokok cili kami. Dalam masa sehari dua pucuk akan menjadi kerekot dan petumbuhan terbantut.

Aphid berkampung dabawah daun cili

Cara pertama paling berkesan untuk kami membunuh makhluk ni ialah dgn menggunakan larutan sabun dan minyak, cara ini amat bekesan dan sering diperkatan oleh para gardener dan blogger2. Ia juga di praktikan oleh pekebun komersil untuk menjimatkan kos racun.  Bahan-bahan yang diperlukan: 

1. Botol Spayer ( 500 liter) 
2. 1 Sudu teh sabun pencuci pinggan 
3. 1/2 sudu teh minyak masak. 

Campur dan goncang,  terus spray ke perkampungan musuh.  Lakukan pagi dan petang - esok anda akan lihat aphid ni mati dan meninggalkan kesan bewarna hitam pada daun. Kalau tak mati..spray lagi.

Sarang White Fly,  
Cara kedua dan lebih  mudah ialah pangkas /potong pucuk atau daun yang terkena serangan. Buang dalam plastik dan terus ke tong sampah.

Tips: Salah satu cara anda mengesan kehadiran aphid ialah dengan bantuan semut. Semut adalah rakan baik kepada aphid.