![]() |
Terung Putih |
Friday, 14 February 2014
Simpan Benih Terung Putih Berseri
Salam dan Selamat Pagi, buah terung putih terakhir yang akan dijadikan benih. Pokok dah tua dan saiz buah yang besar sesuai sangat untuk dijadikan benih. Kami biarkan sehingga warnanya sedikit kekuningan dan akan dikeringkankan untuk mendapatkan benihnya. Dianggarkan dalam sebijik buah ni adalah dalam 500-800 biji benih.
Semoge ia betul-betul matang supaya benihnye menjadi.
Thursday, 13 February 2014
Gubahan Sayur
As Salam dan Selamat Pagi, harini kami nak share pasu plastik yang disemai dengan pelbagai sayur. Secare kebetulan kami tanam pelbagai anak benih dalam bekas pasu, tak sangke pulak menarik jadinye. Hehehe..
Pada mulanya kami hanya tanam Italian parsley jer dalam bekas ni. Mungkin kerana cuace tak berape sesuai dgn herba ni.. hanya satu je yang hidup. Di kelilingnye yang masih kosong - kami gembur dan bubuh baja organik. Kami semai dengan anak2 sayur seperti bayam dan sawi. Biler dah besar.. haa lihatlah hasilnye bagai satu gubahan.
![]() |
Satu pasu pelbagai sayur. |
Wednesday, 12 February 2014
Bunga Sawi Dalam Pasu
As Salam dan selamat pagi, Harini kami nak share gambar bunga sawi yg terlewat untuk dituai. Sawi menang yg kami beli seketika dulu si semai dalam pasu.. agak cepat tumbesaran nyee hingga kami tak perasan ia susah berbunga.
Mungkin juga tumbesaranya agak kurang galak kerana saiz daun daunye tidak besar. Kami jadikan ramuan meehon sup malam tadi.
![]() |
meehon sup.. Sawi tu ciput je.. hehe. |
Tuesday, 11 February 2014
Sawi sedia untuk Dituai
As Salam dan selamat pagi, Masih ingatkan dengan semaian anak sawi yang di semai di entry sebelum ni. Sekarang sudah sedia untuk dituai.
![]() |
8/1/2014 |
![]() |
11/2/14 |
![]() |
satu lagi Pokok dalam pasu juga 11/2/14 |
Masa yang di ambil lebih kurang 30 hari. Nampak sihat kan, rahsianya ialah tanah yang di campur dengan pallet organik biarkan seminggu.. gembur baru lah di pindah anak pokok tu. Pastikan dapat cahaye matahari sekurang-kurangnye 5-6 jam sehari. dan jgn lupe siram 2 kali sehari. Sawi jenis batang putih ni sedap di buat sayur lemak atau tumis ikan bilis.
Monday, 10 February 2014
Tomato Pasaraya Sudah Masak
Slamat Pagi, harini nak share sayur tomato yang sudah hampir masak. Benih yang kami ambil dari buah yang dibeli dari pasaraya. Sepohon pokok tomato ni kami kira ada 8biji buah yang menjadi. Kami target ia boleh berbuah lebih dari itu, malangnye dipertengahan petumbuhan di serang bena putih. Pucuk menjadi kecut dan terbantut- kalau diperhatikan pokok di bawah ni kelihatan pucuk yang terbantut tu.
![]() |
Pucuk yang di serang Bena |
![]() |
Buah tomato yang hampir masak ranum. |
Subscribe to:
Posts (Atom)