Friday 3 January 2014

Tomato Berputik - Benih Pasaraya

Salam,  pagi ni putik tomato di laman kami mula berbuah. Benih tomato yang di ambil  dari buah segar  hidup subur dan berbuah lebat. Saiznya juga agak besar dan tahan panas - genetik tomato yang dibawa ternyata memberi kelebihan kepada kami, berbanding dengan tomato yang kami beli dari luar negara ada yang gagal untuk hidup dan berbuah. Pada pandangan kami kemungkinan kerana faktor cuaca yang panas. 




Untuk mendapatkan benih tomato, caranya amat mudah - dapatkan buah tomato dari mana-mana pasar. Kaut benih tomato dan rendamkan dalam bekas/balang bersisi air pipe. Biarkan 2-3 hari sehingga biji terlerai dari isinya. Benih akan mendap ke bawah, tapis dan biarkan kering.    

Thursday 2 January 2014

Cili Rumput Kambing

Salam, entry pembukaan tahun 2014 - nak memperkenalkan cili dalam koleksi laman kami. Goat weed pepper, rupanya seperti cili padi kita bezanya ialah warna yang berwarna hitam ketika muda dan bertukar menjadi merah bila sudah masak. Satu lagi keunikan cili ni ialah daunya yang bebulu seperti baldu yang bewarna silver. Rasanya tak begitu pedas -ala cili siam. 

Cili Rumput Kambing
Buat masa ini tiada lagi cili yang masak, bila susah ada nanti bolehlah dijadikan benih untuk dikongsi.

Monday 30 December 2013

Tuaian Tomatilo

Pokok tomatilo kelihatan sudah tua, kami tuai semua buah dan pangkas dahan. Gemburkan sedikit tanah dah letak baja. Dengan harapan tunas baru akan naik semula.  Dari 3 pokok yang kami tanam ini lah hasil nye, ini tuaian kali ke 4.



Tomatilo berwarna kuning ke-emasan, entri yang sebelumnya kami ada memperkatakan tomatilo ni adalah cape gooseberry  kerana daunya agak berbeza dgn tomatilo di Malaysia. Tak kisahlah janji sedap dimakan begitu saja.