Tuesday 17 December 2013

Khasiat Lobak Putih

Salam, Berkongsi sedikit info mengenai lobak putih -Tuaian petang semalam. Lobak putih atau lobak cina (Raphanus  sativa)  agak kurang digemari oleh masyarakat kita. Lobak putih mudah ditanam, tidak cerewet dan cepat berubi kalau nak dibandingkan dengan lobak merah dan rakan-rakan seangkatanya.  Tahukan anda lobak mengandungi karbohidrat, tenaga, vitamin, mineral, kalori, protein , lemak , kalsium, fosforus, serat , zat besi , vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin. Semua zat ini memberi manafaat kepada kita. 

Tuain Lobak putih dari laman kami. 

Antara manafaat Lobak Putih

1. Lobak putih mengandungi glikosida yang dapat menyembuhkan rasa sakit pada perut dan juga mengatasi insomnia. Ini kerana ia bersifat antiinsomnia, hipnotis dan saforis.

2.  Membantu mengurangkan kegelisahan bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur. Dengan itu, tubuh dapat lebih relaks dan tidur nyenyak.

3. Mengurangkan masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering berlaku akibat ketidhadaman makanan. 

4. Lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap brokitis, sakit tekak, asma, batuk dan selesema.

5. Mampu menentang bakteria. menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antiseptik.  Sesuai dimakan sebagai ulam terutama dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

7. Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap tiga bulan.

8.  Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan & mencerahkan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan dan dapat menghalang senyawa melanin.

9. Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim diastase yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam jaringan tubuh.

10. Lobak putuh juga dikatan sayuran yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi. 

Selain dimakan sebagai sayur, biasanya dibuat jeruk dan jus. Daunya juga boleh dijadikan sayur tetapi agak sedikit pahit. Lobak yang kami tuai di atas dijadikan rencah dalam sup ayam. 

Monday 16 December 2013

Ambuyat ( Menu Istimewa)


Salam, agak seketika tidak update blog kerana agak sibuk dgn urusan kerja. Harini nak share menu tradisi orang Labuan ( Sabah dan Sarawak juga) .  Memang tak asing lagi lah Ambuyat ni.. kalau singgah rumah rakan rakan di Labuan ni Insyallah akan dihidangkan dengan menu yg berasakan sagu rumbia ni. 

Ambuyat di rumah rakan sepejabat kami.

Penyediaan agak mudah, cume perlu dicampur dgn air panas. Akan tetapi memerlukan sedikit pengalaman untuk membancuh untuk mendapat adunan yg betul. Kami tidak berani nak bagi resepi sbb kami tak mahir buat menu ni apatah lagi nak buat sendiri di rumah. 

Biasanya dihidangkan dengan pencecah /Lauk seperti sambah belacan @ sambal cuka. Sayuran dan  kerabu. Cara makan pun kene guna Lidi/buluh. (di lilit-lilit menjadi gumpalan kecil) dicecah pada lauk/sambal. Ngap telan trus..  Pada mulanya akan kekok dan susah nak masuk ke tekak kami. Sikit demi sedikit boleh lah..

Jika berkesempatan datang ke Borneo, bolehlah mencuba menu ni..