Salam, Berkongsi sedikit info mengenai lobak putih -Tuaian petang semalam. Lobak putih atau lobak cina (Raphanus sativa) agak kurang digemari oleh masyarakat kita. Lobak putih mudah ditanam, tidak cerewet dan cepat berubi kalau nak dibandingkan dengan lobak merah dan rakan-rakan seangkatanya. Tahukan anda lobak mengandungi karbohidrat, tenaga, vitamin, mineral, kalori, protein , lemak , kalsium, fosforus, serat , zat besi , vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin. Semua zat ini memberi manafaat kepada kita.
Tuain Lobak putih dari laman kami. |
Antara manafaat Lobak Putih
1. Lobak putih mengandungi glikosida yang dapat menyembuhkan rasa sakit pada perut dan juga mengatasi insomnia. Ini kerana ia bersifat antiinsomnia, hipnotis dan saforis.
2. Membantu mengurangkan kegelisahan bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur. Dengan itu, tubuh dapat lebih relaks dan tidur nyenyak.
3. Mengurangkan masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering berlaku akibat ketidhadaman makanan.
5. Mampu menentang bakteria. menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antiseptik. Sesuai dimakan sebagai ulam terutama dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
7. Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap tiga bulan.
8. Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan & mencerahkan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan dan dapat menghalang senyawa melanin.
10. Lobak putuh juga dikatan sayuran yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
Selain dimakan sebagai sayur, biasanya dibuat jeruk dan jus. Daunya juga boleh dijadikan sayur tetapi agak sedikit pahit. Lobak yang kami tuai di atas dijadikan rencah dalam sup ayam.
sy suka buat sup lobak putih campur udang, sedap!
ReplyDeleteCiterase kita hampir sama.. mmg sedap walaupun tak semanis lobak merah..
Deletesalam pedasdanmanis;
ReplyDeletebaru tahu lobak putih ni senang berisi...nak cuba tnm jgk la...
Antara sayur paling mudah ditanam, tapi tak sebesar saiz kat pasar ubi die.. syarat nye tanah kene kaya dgn kompos..
DeleteMenjadi betul lobak nya.. salam kenal ye..
ReplyDelete