Monday, 16 December 2013

Ambuyat ( Menu Istimewa)


Salam, agak seketika tidak update blog kerana agak sibuk dgn urusan kerja. Harini nak share menu tradisi orang Labuan ( Sabah dan Sarawak juga) .  Memang tak asing lagi lah Ambuyat ni.. kalau singgah rumah rakan rakan di Labuan ni Insyallah akan dihidangkan dengan menu yg berasakan sagu rumbia ni. 

Ambuyat di rumah rakan sepejabat kami.

Penyediaan agak mudah, cume perlu dicampur dgn air panas. Akan tetapi memerlukan sedikit pengalaman untuk membancuh untuk mendapat adunan yg betul. Kami tidak berani nak bagi resepi sbb kami tak mahir buat menu ni apatah lagi nak buat sendiri di rumah. 

Biasanya dihidangkan dengan pencecah /Lauk seperti sambah belacan @ sambal cuka. Sayuran dan  kerabu. Cara makan pun kene guna Lidi/buluh. (di lilit-lilit menjadi gumpalan kecil) dicecah pada lauk/sambal. Ngap telan trus..  Pada mulanya akan kekok dan susah nak masuk ke tekak kami. Sikit demi sedikit boleh lah..

Jika berkesempatan datang ke Borneo, bolehlah mencuba menu ni.. 

6 comments:

  1. salam pedasdanmanis; maaf nk tanya...mana satu ambuyat nye...ya? sbb tk penah tgk..confuse plk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebelah kiri tengah warna putih.. mcm gam tu.. rasa plain.. tak manis tak masin..

      Delete
  2. Assalam.. yg warna putih tu ambuyat kan?

    ReplyDelete
  3. ambuyatttt... tak tertelan... its tasteless to me lah... heheheheh

    ReplyDelete
  4. Hehe....Ambuyat tu sedap makan dengan kuah ikan rebus masak pedas. :D

    ReplyDelete