Friday, 18 October 2013

Kerja Makan Gaji Di Labuan

Jauh Merantau

Hampir 3 tahun menetap di Labuan tapi  rasa macam dah 10 tahun, lambatnya rasa masa berlalu. Biler diarahkan untuk tranfer  kene la ikut arahan majikan- macam ni lah keje makan gaji.  Tapi kami yakin  setiap perancangna dan  ketentuan dari Ilahi semestinye ada hikmahnya. So, nak selit sikit pengalaman dan pendapat kami semasa berhijrah ke sebuah pulau yg diberi gelaran "Pearl of Borneo". 

1. Nak Duduk mane? 

Labuan ni memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi terutama kos penginapan, bukan saje hotel yang mahal tapi sewa rumah pun mahal (lebih mahal dari KL). Perumahan kos sederhana 3 bilik  (apartment +/-700sf)  bermula dari RM550-900. Sebut je Taman Mutiara semua penduduk tempatan tahu.   

Kalau sewa apartment pun dah harga tu, rumah teres dan semi-d jgn cerita la. Abis gaji sebulan bayar sewa je. tak hairanlah kalo sebuah rumah tu sampai 2-3 keluarga duduk sebumbung. Kami bernasib baik dapat sewa rumah yang selesa dan agak murah. Persiapan mencari rumah kene awal sebab permintaan amat tinggi (Hot Cake). Biasenye penduduk tempatan akan iklankan rumah mereka di notice board Ujana Kewangan. So sesiapa nak kene tranfer tu tak payah la sibuk-sibuk servey kat internet atau peper..mmg tak jumpe nye. 

2. Pengangkutan, 

Labuan punya public transport lebih kurang macam Langkawi ( van dan bas mini) murah dan agak bagus dari segi frequency dan jadual perjalanan. Teksi ada tapi mahal, skali travel RM10-30 walaupun tak smpai 10km. Pada mereka yg nak duduk lebih dari 3 hari baik sewa kereta. Yang nak menetap lame, kami cadangkan  tinggal kereta kat  kampung dan  blie kereta baru kat sini.  Semua sedia maklum harga kereta Labuan mmg murah, kalau vios tu kat negeri lain  80k, kat Labuan ni 55k jer. ( lebih kurang 30% murah). 

Memandu di Labuan memerlukan sedikit kesabaran, kerana anda berkongi jalan dengan sesetangah org yang mepunyai mentaliti berbeza dgn anda. Contohnya 1.  memandu di lane kanan dgn kelajuan 20km/h di lane kanan (sehari mesti jumpe sebijik)  2.  Berhati-hati  dengan U-turn dan simpang keluar, kerana ada dikalang pemandu di sini keluar melulu dan  terus masuk lane kanan. Haishh..  

Kadar kemalangan juga agak merisaukan, kemalangan ngeri biase berlaku diwaktu malam dimana kaki mabuk akan mula merayau. dinasihatkan selepas 10 malam duk rumah diam-diam.  Selame 3 taun duduk di labuan belum pernah jumpe pihak berkuasa buat alkohol test. 

3. Makanan Sedap tak? 

Secare jujur - makanan kat Labuan ni mmg tak bleh gi. Sebabnye tukang masak suka tambah ajinamoto secare berlebihan dlm resepi mereka. Anda terkejut bila satu periuk kari daging ditambah satu sesenduk besar pak aji. Selain itu harga makanan memang mahal (mungkin juga kerana kos bahan mentah yg mahal). Tapi kebelakangan ni muncul pengusaha kedai mkanan yg berasal dari semenanjung. So, dapat la mengubat rindu mkanan semenanjung. Nanti kami cube post lokasi-lokasi menarik kedai makan kat labuan ni tapi  dinasihatkan  masak je kat rumah. 

4. Harga Barang

Kalau nak masak kat rumah kene la blie barang dapur kan, barang dekat labuan ni mmg mahal, contoh kalau harga ayam kat semenanjung dalan RM6-7 sekilo, kat Labuan RM9-11 sekilo. So kire lah.. Sekor ayam mau dekat RM20-25. Itu baru ayam..blum lagi bende-bende yang rare mcm durian D24. Penah sekali tanye durian kampung - sekilo RM16. Sebijik durian RM30.. huhu.  Kalo blie wajib makan dgn kulit die sekali baru puas hati. 

5. Riadah

Bulan pertama anda di Labuan mmg banyak tempat nak pegi tuk riadah..ada pantai, pusat marin, muzium, taman burung & tempat shoping-shoping. Tapi masuk bulan kedua baik duk rumah tengok tv. Lain la orang yang suka buat maksiat gi pub, karaoke, minum todi. (heaven tuk diorang). Labuan mmg terkenal dgn pub yg terlalu byk, ada yg kata lebih 200 buah pub dlm pulau yg kecik ni. Begitu juga dgn pusat urut dan mesin slot yang semakin menjadi-jadi. So saper ader husben keje/travel labuan tu jage-jage ye.

6.  Infrastruktur. 

2 tahun lepas dan sebelumnya Labuan mengalami masalah kekurangan air yg amat kritikal. Ini bepunca dari pembahagian air antara penduduk Labuan dan Methanol Labuan. Dengan pembinaan loji tambahan di Pulau Enoe masalah memposes air dari tanah besar Sabah (Beaufort) selesai. Kami betuah sebab dapat merasa berulang- alik dari tingkat 5 untuk mengakat air. 

Secara amnya segalenye ada, cume agak ketinggalan nak dibandingkan degan negeri yg di iktiraf wilayah persekutuan. Contohnye; kekurangan  kemudahan  perubatan klinik dan hospital. Specialist mmg takde kat Labuan, sape-sape yg ada masalah kronik tidak digalakan datang. 

7. Cuaca

Sedia maklum siapa yg biasa dgn pulau pastinya biaser dgn bahang pulau. Turun dari kapal terbang  je rasakanlah.  Persediaan awal sediakan budget untuk beli airkon at least 1.5hp  seblum masuk rumah sewa. Selain itu cuaca juga tak menentu, kalau hujan bukan semua tempat hujan ( kampung ni kene hujan kampung sebelah cerah pulak).

8. Happening? 

Tiada istilah "happening" mcm dekat KL, banyak kedai tutup pukul 6pm, mamak pukul 9.30pm dah tutup. Cuma ada McD , KFC and D'one Mart (24hour supermarket). So, aktiviti malam cume ada karaoke n pub je.

Di atas adalah pengalaman dan pendapat kami sepanjang kami disini, mungkin bebeza dgn individu lain dan dengan ini dapatlah kami simpulkan, pulau labuan amat sesuai kepada  anda yang ingin mencari pembaharuan dan ketenaggan. Tetapi jika anda mudah bosan baik duk sane diam-diam.

Post akan datang kami akan cerita lagi lebih detail tentang Labuan.


11 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak sy...satu ketika dulu sy juga pernah ditawarkan utk berkhidmat di Labuan...pejabat baru nak buka di cawangan Labuan dan kuaters pun diberi...mujurlah suami tak nak pergi, masa tu ank baru 2 org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam, Sama-sama - tak jadi masalah kalau keje sini. cume kene bijak menjage diri dan keluarga.

      Delete
  2. Harga rumah sewa macam dekat singapore sudah. Kalau rasa selesa duduk 2-3 family serumah xpe la.. jangan tertukar keluarga sudah.

    eh.. nk vios sebiji boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Bro, Kami bungkus ikat tepi macam teh o ais limau.. hehe.

      Delete
  3. Salam kenal,
    Dah abis baca semua entri blog ini, menarik! teruskan usaha murni ini dan sama-sama kita kongsi ilmu yang bermanafaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, wow.. terima kasih kerana sudi singgah. Aminnn...

      Delete
  4. Living cost kat JB ni pon tinggi...org meniaga kat sini esp makan2 semua depa nak ltk harga Singapore..org local yg jadi mangsa....terpaksa bayar double ikot SGD rate.....sob! sob! sob! hehehe ;)

    ReplyDelete
  5. Salam Pedasdanmanis,

    Seronok Mak Aji baca pengalaman di Labuan. Mak Aji pernah sekali jejak kaki ke Labuan, itupun dah berbelas tahun dulu. Kos sara hidup tinggi yang paling tak tahan tu ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ummu, seronok merantau negeri org.. Tp kmpung tetap dihati.. Betul Ummu mmg tinggi sara hidup kat sini. wajib bejimat cermat..

      Delete
  6. inshaalah saya akan menetap di labuan kerana Makan Gaji juga.. Moga kita boleh jadi kawan di sana kerana orang rumah belum boleh pindah bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syha Allah, selamat datang ke Labuan.. moge dipermudah kan segala urusan..

      Delete