Monday 21 October 2013

Cara Tanam Keratan Batang Tin / Fig

Langkah- Langkah Membiakan Pokok Tin / Fig Melalui Keratan Batang

Beberapa minggu yang lepas, kami ada memperkatakan tentang pembelian keratan tin / fig dari Indonesia. Harini genap umur keratan tin  / fig  18 hari. Semua keratan menunjukan perkembangan yang positif. Harini kami kongsikan cara kami tanam keratan tin / fig. 

1. Buka bungkusan dengan segera
Buka bungkusan dengan berhati-hati, jangan sampai keratan tercedera. Kebiasaannye seller akan membungkus keratan dengan tisu basah dan  dibungkus sekali lagi dengan plastic wrap untuk memastikan kesegaran keratan tersebut. 

2. Sediakan keratan 
Keratan yang biasa di jual ialah antara 15-25cm panjang dan saiznya besar sedikit dari pensil, anda boleh memotong keratan  menjadi dua sekiranaya ia cukup panjang dah pastikan terdapat sekurang-kurangnya 4 mata tunas pd satu keratan. Jika keratan bersaiz besar - 2 mata tunas sudah memadai. 

3. Sediakan bekas semaian
Kami menggunakan bekas plastik, ditebuk lubang di bahagian bawah (2-4 lubang) dan sekeliling / tepi bekas. Ini penting  untuk saliran air dan pengudaraan.  Kami gunakan skru driver yg dipanaskan di atas dapur gas untuk membuat lubang.  
Lubang pada bekas  keratan tin / Fig
4. Sediakan medium semaian / keratan 
Pelbagai bahan boleh digunakan, syaratnye medium perlu peroi dan boleh mengekallkan kelembapan keratan. Kami menggunakan campuran sabut kelapa (cocopeat) dan tanah Holand (free peat).  

Campuran cocopeat dan free peat
5. Rendam dengan anti fungus (anti Kulat) 
Ada pelbagai cara untuk mengelakan keratan dijangkiti fungus dan membusuk, 
  • Cara yang paling mudah ialah dengan merendam dgn racun fungus selama 30 minit.  
  • Menggunakan air kulit kayu manis (Kayu manis dihancurkan - rendam semalaman) keratan direndam selama 2 jam. 
  • Menggunakan larutan baking Soda dan air ( rendam 30 minit) . 

Kami menggunakan cara yang pertama kerana ia lebih berkesan dan mudah. Keringkan keratan seketika supaya keratan keratan dapat meresap larutan anti kulat. 

6. Hormon penggalak akar
Kami tidak menggunakan penggalak akar, tetapi anda boleh mencuba pelbagai jenis penggalak agar samada sintatik maupun organik, sebagai contoh ; madu asli - ia boleh dilakukan dengan melumurkan sedikit madu di bahagian bawah keratan. 

7. Buat lubang pada medium. 
Lubangkan dengan menggunakan pensil/kayu, ini memudahkan keratan masuk ke medium tanpa mencederakan keratan.  Keratan dibenamkan ke medium sekurangnya 5-6cm  dan  padatkan sedikit tanah pada pangakal keratan  dengan jari supaya ia tidak bergoyang - pastikan ada sekurang-kurangnya 2-3 mata tunas di permukaan . 

8.  Siraman
Kami gunakan botol sprayer menyiram keratan sekadar melembabkan, lakukan pada hari petama disemai dan ulangi jika perlu (3 hari sekali atau medium kelihatan kering)   

9.  Lokasi 
Jangan dedahkan keratan pada cahaya matahari (direct sunlight). Koridor rumah anda adalah lokasi yg terbaik. Pededahan pada cahaya matahari pagi ( 1-2 jam) boleh dibuat selepas daun kelihatan kuat dan akar sudah menjalar dipermukaan bekas semaian. 

10. Sungkup 
Sungkup dikatakan penting untuk memastikan kelembapan medium dan juga keratan, tapi di ingatkan supaya rajin-rajin memastikan kelembapan tidak keterlaluan yang boleh menyebabkan keratan menjadi busuk. Oleh itu, pastikan sungkup dibuka sekurang- kurangnya sekali sehari untuk pengudaraan. . Gunakan penyepit kertas untuk seal  antara bekas dan sungkup. Anda boleh melihat wap yg terbentuk di pemukaan sungkup. Sekiranya wap itu menitis bermakna kelembapan di tahap maksima,  bersihakan air yang berlebihan di sungkup .  

Sungkup pada keratan Tin / Fig
Bila tunas mula bercambah dan mengeluarkan daun (minggu ke dua). Buka sungkup pada waktu malam untuk pendedahan kepada pengudaraan . Sungkup juga boleh dilubangkan untuk mengurangkan kelembapan dan menambah aliran udara. langkah di atas dapat mengelakan daun luruh.

11. Akar 
Anda boleh lihat akar terbentuk pada hari yang ker 10. Ia begantung kepada variasi dan  saiz keratan. Tetapi ada juga keratan yang sudah becambah daun tetapi masih belum mengeluarkan akar. Ini adalah kelebihan bekas plastik dimana ada boleh melihat progress keratan anda samada sudah berakar atau belum. 

Akar Variasi Purple Jordan selepas 10hari. 
12. Transplant (Pemindahan ke pasu  besar ) 
Pemindahan anak semaian boleh dilakukan pada hari yg ke 30, apabila akar kelihatan sudah menjalar ke seluruh bekas.  Di ingatkan jangan dedahkan pokok pada panas terik dan hujan selepas pemindahan anak pokok. Biarkan anak pokok selesa dengan rumah baru dia - pehatikan daun anak pokok, sekiranya kekeringan pakaikan sungkup.

Purple Jordan; 18 hari, - masih belum bersedia untuk dipindah. 
Kita sambung progress pokok fig selepas transplant nanti.. 

3 comments:

  1. Thanks for sharing....saya ada 3 keratan and tiga2 saya try nak rooting differently...saja nak compare....tatau la jadi ke tak......tp in my observation yg paling cepat rooting yg rendam dalam air...tp dok baca ada jgk yg ckp tak elok dgt kalau rooting cara mcm ni....saya cuba jgk la...nnt kita tgk hasilnya hehehe ;) then ada jgk 2 pokok yg tanam from seed....yg mana saya baca review tak berapa elok jgk kalau tanam from seed....byk sangat buat experiment...nnt last2 saya sdri yg pening...hahaha....

    ReplyDelete
  2. Wah mcm profesor siap buat experiment ye.. Smoge bejaye ketiga2 experiment tu.. jangan pening2 ye.. yg penting kiter happy dgn experiment tu.. xsabar nak tgk pokok-pokok tu mebesar..

    ReplyDelete
  3. pindah ke pasu besar guna media apa ke..

    ReplyDelete