Saturday 26 October 2013

Tentang Kacang Panjang

Nama saintifiknya Vigna sesquipedalis L.
Kacang panjang adalah pokok renek dan dipercayai berasal dari Filipina sebelum di bawa masuk ke selatan Thailand. Ia kemudian dibawa masuk ke negara ini melalui kawasan utara negeri Kedah dan berkembang ke beberapa negeri. Kacang panjang dimakan segar sebagai ulam, dimasak tumis, sayur campur, bahan ramuan nasi goreng dan sebagainya.

(Dwarf Long Bean) Kacang Panjang Renek dari laman kami.  Tidak sampai sekaki berbuah lebat.


Kacang panjang mempunyai komposisi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, kalium, natrium, karotina beta, vitamin B1, B2 dan C. Cara penanaman adalah biji benih, pokok ini mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas manakala daunnya berjenis majmuk.

Bunga berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 hingga 2.5sm dan terdapat dalam kelompok 3 hingga 6 kuntum setiap tangkai bunga. Lengai berukuran antara 20 hingga 70sm dan purata garis pusat 1.2sm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti.

Pokok kacang boleh ditanam pada persekitaran suhu 20 hingga 30 darjah Celsius dengan taburan hujan 138 hingga 168 milimeter (mm) setiap bulan. Pelbagai jenis tanah sesuai ditanam termasuk tanah gambut, beris dan tanah bekas lombong dengan keasidan tanah (pH) 5.5 hingga 6.8.

Jenis serangga perosak dan penyakit seperti ulat pengorek buah, pemakan buah kacang, lalat kacang, kutu daun, antraknos, bintik daun, karat, lecuh anak benih, mozek daun dan reput pangkal.

Masa kutipan hasil antara 35 hingga 45 hari selepas menanam dan tempoh kutipan hasil antara 30 hingga 40 hari. Hasil dituai selepas lima atau enam minggu penanaman dan penuaian berterusan hingga tiga atau empat minggu de­ngan jangka hayat antara lapan hingga 10 minggu.

Berikut adalah beberapa khasiat kacang panjang untuk kesihatan : 


1. Mengurangkan kadar gula dalam darah. 

2. Mengatasi hipertensi. (stress) 

3. Mengurangkan risiko stroke 

4. Mencegah serangan jantung 

5. Meningkatkan fungsi organ pencernaan. 
6. Mengurangi resiko terserang penyakit cancer. 
7. Membantu mengatasi sembelit. 

Kacang juga dikatakan baik untuk menjaga kecantikan, mampu menjaga kulit dari jerawat dan penyembuhan luka terakar. Ada juga kajian menggatan kacang panjang boleh membesarkan payudara  jika dibuat masker. 

Sememangnya pokok kacang mudah ditanam, hasil yang cepat dan berkhasiat. 

Okay kiter sambung esok. 


No comments:

Post a Comment