RESEPI


Sambal Sunda





Bahan-bahan

Cili padi (satu mangkuk kecil/segenggam cili)
Bawang merah (4 ulas-Sebiji dimayang halus)
Bawang putih (3 ulas)
Halia (seinci)
Serai (1 batang)
Lengkuas (seinci)
Tomato (1 biji)
Sedikit gula melaka
Belacan
Garam (satu sudu kecil/ikut kesesuaian citarasa masing2)

Cara-cara
Semua bahan-bahan dikisar halus.
Tumis bawang yang telah dimayang halus.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus.Goreng sehingga naik minyak dan letak garam.Suaikan rasa siap sambal sunda kita.

Slamat mencuba.




Nasi Saleri



Bahan-bahan

2 cawan Beras Basmathi
2 batang saleri (dipotong serong)
1 cawan santan dan 2 cawan air ( santan boleh diganti dengan susu)
1 sudu kecil pes halia
1 sudu kecil pes bawang putih
1 biji bawang besar (kisar halus dan dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil garam
Bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis

Cara-cara


Panaskan periuk masukkan butter tumiskan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis.Kemudian tumis bawang besar serta cili hijau yang dihiris.

Selepas itu,masukkan kisaran bawang besar,pes halia dan bawang putih.Setelah itu masukkan hirisan saleri.   Lebih kurang 2 minit masukkan 2 cawan air dan 1 cawan santan bersama 1 sudu kecil garam.Bila air sudah mendidih bolehlah masukkan beras.Siap nasi saleri kita.Jika nak mudah boleh masak dalam rice cooker.  

Nota: 
1.Butter boleh digantikan dengan minyak sayur 
2.Jika tidak mahu guna santan atau susu boleh digantikan dengan stok ayam.

No comments:

Post a Comment