Kegunaan Epsom Salt
Garam Epsom (magnesium
sulfate) mungkin jarang kita dengar, tetapi tahukan anda garam epsom mempunyai manfaat kesihatan pada manusia dan tumbuhan yang mengkagumkan. Di sini kami kongsi cara menggunakan garam epsom.
![]() |
Epsom Salt (magnisium Sulfate) Halal. |
- Melegakan sakit kepala, merehatkan otot dan membuang toksin dengan merendamkan badan dalam tab mandi bersama garam epsom. Caranya campur 2 cawan garam epsom dan air suam panas kedalam tab mandi rendam badan 15-30minit.
- Untuk melegekan anggota yang terseliuh dan lebam, garam epsom dapat mengurangkan bengkak terseliuh dan lebam. Sepeti cara 1.
- Menghilangkan bau dan melembutkan kulit yang kasar dengan merendam bersama 1 /2 cawan garam epsom bersama air suam panas kedalam baldi . Rendam kaki selama 30-60 minit . Bilas dan keringkan .
- Mebersih muka, campuran setengah sudu teh garam epsom dengan krim pembersihan muka biasa. Urut muka seperti biasa dan bilas dengan air sejuk.
- Sebagai julap – pada mereka g mengalami sembelit, satu sudu teh garam Epsom dilarutkan di dalam air boleh membantu. Dapatkan nasihat doctor dahulu.
- Kulit gatal atau tersengat serangga - Larutkan satu sudu garam epsom dalam 1/2 cawan air dan sejuk. Ambil kapad dan sapu pada kulit yg gatal.
- Membantu kanak-kanak tidur nyenayak. tambah secawan garam epsom dengan air mandian kanak-kanak sebelum tidur untuk membantu mereka tidur dengan tenang.
- Mengilatkan jubin dengan lebih mudah dengan mencampurkan sabun cucian dah garam epsom - gosok jubin kemudian bilas.
- Penyediaan tanah sebelum penanaman pokok seperti cili dan tomato, menambah beberapa gengam garam epsom kepada batas atau pasu untuk meningkatkan magnesium dan sulfate dalam tanah.
- Baja semburan foliar – satu sudu makan dicampur dengan 1 liter air. Semburkan ke seluruh daun untuk pokok yang lebih sihat.
- Dapat menghindarkan siput/lintah bulan di tanaman anda - taburkan di permukaan tanah .
Garam epsom boleh didapati di farmasi seperti Guardian dan Watson, setiap rumah pelu ada kerana banyak manafaatnya.
Byk kegunaan epsom salt ni rupanya....saya pernah baca mat salleh dok guna untuk pokok tomato depa....tp tak sempat nak baca byk2 pasal epsom salt ni lagi.....;)
ReplyDeleteBetul tu.. Ini pun kami tau dr artikel mat saleh.. Kami guna untuk pokok cili n redamkan kaki.. Cubalah.. Berkesan...
ReplyDeletekene p beli kat guardian lah macam ni. ingat ada kat kedai kebun jaa
ReplyDeleteTidak Sama garam Epsom untuk minum dengan kebun.
ReplyDeleteHangman silap ya
Maaf
ReplyDeleteJangan silap ya 🙏