Semalam kami betuah kerana pesanan 4 anak pokok
strawberry telah sampai. Kawan sepejabat yang pulang ke kampungnya di kundasang - Sabah, bermurah hati untuk membelikan anak pokok strawberry variasi kundasang. Dikatakan buah starwberry ni agak kecil dan sedikit masam.. tetapi tahan panas. Anak pokok yang sihat dengan
harga RM5 sepokok. Kami cuba tanam di Labuan yg terkenal dgn bahang panas pulau, harap-harap
ada hasil nya nanti.
 |
Anak Pokok Strawberry Kundasang |
Cara Tanam Strawberi,
Secara teorinya pokok strawberi memerlukan
persekitaran seperti berikut untuk hidup subur.
1. Suhu udara optimum 17
– 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 C.
2. Kelembaban udara (RH)
80 – 90%.
3. Penyinaran matahari 8
– 10 jam/hari.
Memandangkan syarat pertama pun tak lepas, maka kemungkinan pokok strawberi ni hidup subur agak tipis di Labuan. Tetapi tapi tidak salah untuk mencuba.
1. Penyediaan Tanah,
Komposisi bahan medium tanam yang biasa digunakan adalah :
a. Tanah bakar
b. Pasir
Sungai
c. Kompos
d. Palet organik
Campuran
dengan pembahagian nisbah 1:1:1:1
2. Siraman,
Siram
sehari 2 kali, ada petua mengatakan siram dengan air sejuk (air ais batu) - tips untuk pokok sentiasa berbungga dan segar.
- Thanks pada SmRose dan Lynna atas teguran/tunjuk ajar untuk guna petua yg betul.
4. Cahaya matahari,
Di nasihatkan jangan dedahkan pokok pada matahari, cukup sekadar mendapat cahaya matahari pagi.
5. Pembajaan,
Untuk daun : Baja Urea untuk menyuburkan, 2 minggu sekali - 1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air.
Untuk buah : Baja yang kaya dengan unsur K - 2 minggu sekali -1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air.
Kita lihat perkembangan 4 pokok strawberi ni bila sudah berbuah nanti :)