Saturday 2 November 2013

Trinidad Scropion Moruga

Trinidad Scorpion Moruga telah diisytiharkan cili paling pedas di dunia pada February 2012 oleh Guinees World of Record. Cili bersaiz bola golf mengungguli lebih daripada 1.2 hingga 2.0 juta unit pada skala Scoville.

Trinidad Scropion Moruga di Laman Kami
Sekali anda mengigit cili ni , anda fikir ia adalah cili biase yang pedas seperti cili padi atau thai, tetapi secara tiba-tiba raser kepedasan sebenar akan membuak-buak dan membuatkan anda hilang petimbangan. Kepedasan itu berlarutan hingga seharian.  

Cili yang amat kejam dan jahat. Percaya atau tidak kepedasan cili ini mampu menembusi sarung tangan getah dan menyerap ke dalam kulit tangan kita, ini di alamai oleh pekerja kebun cili ni. Oleh itu sekiranya anda berpeluang untuk mencuba cili ini berhati-hatilah bila anda mengendalikannye. 

Kami pernah menggunakan cili ini dalam resepi masak lemak cili api. Hanya sebijik mampu membuat kami berhenti makan. Pedas giler beb... 

Tips : mengurangkan kepedasan pada mulut dengan menggunakan produk tenusu seperti susu dan aiskrim. 

Friday 1 November 2013

Bayam Oh Bayam

Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranths.  Bayam dikenali di Malaysia dan indonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laus) dan Raudeen (Vietnam). Hmm.. Belajar bahase asing skit.
Tunas baru bayam daun bulat selepas dituai. 
Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam.
Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika tengah  dan Afrika. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.
Bayan Daun Tirus dalam pasu
Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m. Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat. Bunga majmuk, kecil hijau, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji yang sangat kecil, berbentuk bulat, berwarna hitam.


Bayam daun Merah. 
Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti Kalsium, Zat Besi & Kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber Vitamin C dan Beta Carotina

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi  hati.


Pengalaman kami menanam bayam memang mudah dah boleh dituai berkali, cume pelukan sedikit kesabaran di permulaan semaian kerana agak lambat. Tetapi bila dah besar tak larat nak tuai.  Selamat berkebun.. kita sambung esok...

Thursday 31 October 2013

Evening Harvest

Sedikit hasil tuaian dari ladang sekangkang kera  kami -  kailan, peria katak, kacang panjang, terung dan beberaper biji cili. Hasil tuaian dijadikan sayur tumis dan sambal belacan. Buah pisang setandan di bawa ke pejabat untuk dikongsi besama kawan. 

Tidak rugi berbudi pada tanah, happy gardening semua.. 

Tuesday 29 October 2013

Kemalangan di Labuan 28/10/13

Sebelum ni  kami ada cerita mengenai kadar kemalangan yang agak membimbangkan di Labuan. Pagi tadi kami mendapat berita ada sebuah kereta Toyota Vios terlibat dalam kemalangan berdekaan rumah kami. Kejadian dikatakan berlaku pada tengah malam, kami tidak pasti bagaimana keadaan pemandu.  Tapi anda boleh lihat bagaimana dasyat impak kemalangan tersebut.












DIY : Cara Servis Airkon - Penghawa Dingin

Cara Servis Airkon 

Salam dan selamat pagi,  hari ni kami kongsi cara kami servis airkon. Salah satu keperluan barangan elektrik dari kami mula menjejak ke pulau Labuan.  Untuk memastikan airkon sentiasa sejuk, ia perlu di servis sekurang-kurangnye sebulan sekali. (minor service) dan  setahun sekali untuk (major service). Kami kongsikan cara-cara servis untuk indoor unit (minor sevis)- barang yang di perlukan : 

1. Tangga
2. Botol sprayer ( di isi air sabun/pencuci) 
3. Plastik sampah dan Selotep. 
4. Kain buruk. 

Untuk cuci filter / Penapis. 

  • Tutup suis utama dan cabut plug. 
Habuk yang terkumpul di penapis. Sebulan punya habuk...
  • Gunakan tangga untuk mencapai unit  airkon anda, bukak bahagian hadapan airkon / filter. Anda akan nampak filter yg di penuhi habuk. Tarik keluar.  Sebelum anda tarik keluar filter tu  ingat  kedudukan filter supaye tak tesilap pasang nanti.  cuci dengan air, keringkan di tempat panas dan pasang kembali. 
Cuci dengan air dan sabun
Cuci bilah kipas / aircon fan blade


  • Ambil plastik sampah dah lekatkan dengan  selotep di dinding/bawah airkon. ini untuk mengelakan dinding anda kotor. Kain buruk diletakan di lantai untuk menakung air yg berlebihan. 
  • Gunakan sprayer yang diisi dengan air sabun  (pencuci pinggan/serbaguna), dengan tekanan yg kuat semburkan ke bilah kipas sambil jari anda memusingkan bilah kipas tu. Ada akan lihat daki/habuk keluar dari kipas tu. 

  • Sambil menunggu kering, bersihkan keseluruan unit dengan kain.  biar antara 3-4 jam sebelum bukak suis, nak cepat gunakan blower rambut bila dah kering barulah bukak suis utama.

Masa di ambil untuk cuci tak sampai 15 minit. Tapi anda pastikan akan merasa kesejukan airkon anda kembali, so rajin-rajin sevis airkon. 

Siap dicuci, bersih.. 
Untuk unit outdoor atau major servis, sebaiknya panggil sahaja tukang servis airkon. Biasanye setahun sekali dalam anggaran RM200-300 per sevis ( tidak termasuk GST pada 2015.. hehehe) . Mereka akan turunkan kedua-dua unit indoor dan outdoor untuk di cuci dengan bahan kimia untuk membersihkannye.

Contoh Iklan.. hehehe.. 
Nota : Sila pastikan anda buat kerja dengan selamat, matikan suis terlebih dahulu, berhati-hati dengan air tertumpah di lantai. Pastikan juga air tidak terkena pada bahagia yg bersambung dengan elektrik. 



Sunday 27 October 2013

Mutasi atau Serangan?

Tuaian Harini, 

Buah yang dipetik harini dari laman rumah, agak unik/pelik dengan bentuknye. Kemungkinan disebabkan oleh serangan serangge semase ia mula berputik.