Friday 1 November 2013

Bayam Oh Bayam

Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranths.  Bayam dikenali di Malaysia dan indonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laus) dan Raudeen (Vietnam). Hmm.. Belajar bahase asing skit.
Tunas baru bayam daun bulat selepas dituai. 
Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam.
Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika tengah  dan Afrika. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.
Bayan Daun Tirus dalam pasu
Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m. Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat. Bunga majmuk, kecil hijau, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji yang sangat kecil, berbentuk bulat, berwarna hitam.


Bayam daun Merah. 
Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan. Bayam kaya dengan zat mineral seperti Kalsium, Zat Besi & Kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber Vitamin C dan Beta Carotina

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi  hati.


Pengalaman kami menanam bayam memang mudah dah boleh dituai berkali, cume pelukan sedikit kesabaran di permulaan semaian kerana agak lambat. Tetapi bila dah besar tak larat nak tuai.  Selamat berkebun.. kita sambung esok...

4 comments:

  1. salam, berkebun sambil menambah ilmu....perkaya vocab, kalau tak tahu mkn jer tak tau nama...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. betul tu @na. tapi kalo power vocap takat gi melancong kat Papua New Guinea nak gi makan senag " waiter tanye nak makan apa? jawap jer apa?(aopa). Setel.. bayam masak lemak smpai. hehe.

      Delete
  2. subur-subur bayam kat atas ni..sy punya sekali tanam je..kalau cantas..ingat bertunas semula..tapi tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih..Mungkin Nadia cantas dekat dgn pangkal.. Cube cantas atas sikit.. Atas tunas.. Seminggu dua InsyaAllah naik tunas.

      Delete