Monday 24 March 2014

Pemberian Istimewa

As salam dan selamat petang,  harini ni satu bungkusan istimewa dari seorang sahabat yang behati mulia telah sampai. Bungkusan  pos laju yang penuh dengan keratan mulberi, keratan bunga tongkeng, jerangau, benih sawi, terung F1 dan juga bunga telang. Beliau juga memberi tips cara penanaman pokok yg diberi. Terima Kasih diucapkan.

Masih segar : Keratan Mulberi, Bunga tongkeng dan jeragau. 

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai profile dan khasiat keratan yang di berikan oleh Nik Hamimah (Enkay ) kepada blog Pedasdanmanis. 

 1.Mulberi 

Mulberi merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba. Pokok mulberi menghasilkan buah berwarna putih, hitam dan merah.


Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberi mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.




2. Bunga Tongkeng 



Bunga yang  di kenali di Malaysia dengan nama bunga tongkeng ini berasal dari  china. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine, cowslip creeper,telosoma.


Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum. Batangnya  yang berkayu  boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter. Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang. 

Bunganya yang berwarna kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga sepanjang batangnya. Bau harumnya boleh dinikmati siang dan malam selama seminggu sebelum ianya layu. Baunya menjadi lebih kuat diwaktu malam.

Bunganya  dan pucuknya boleh dimakan. Putik bunga dan pucuknya  di goreng atau dijadikan sup. Bunganya sedap kaya dengan karbohidrat,protein dan vitamin A. Ia juga digunakan untuk merawat sakit mata.

3. Jeragau


Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijautersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang.Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.


Jerangau biase  ditanam oleh kaum Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.

Benih sawi, terung dan bunga telang

Benih yang lain seperti sawi, terung dan bunga telang juga akan ditanam untuk memeriah lagi laman kami. Semoga benih-benih ini akan mehasilkan pokok yang sihat dan tuaian yang lumayan  nanti. 


Thursday 13 March 2014

Bunga Kankung

As Salam dan Selamat Pagi,  Harini takde idea menarik untuk dimasukan kedalam blog. Sekeping gambar bunga kankung. Benih yang tersesat di tanah hidup segan mati takmau tiba2 mengeluarkan bunga. 



Cantik juga bunge kangkung ni, jarang jumpe kankung yg berbunga sebab belum sempat bebunga mesti dah dijadikan sayur. Biase kiter nampak bunga kankung liar jer di parit dan longkang kali ni mekar di laman kami..  Ini juga satu petanda yg laman kami dah mule semak.. kene buat kerje2 pembersihan nampakye. 

Wednesday 12 March 2014

Kenduri Terung & Cili

As Salam dan selamat pagi, hasil tuaian petang semalam.. banyak pulak terung n cili ni.. rezki tu kawan-kawan di office la ni.  Kami dah tak larat nak makan terung.. hehehe.



Terung jenis ni agak liat.. mgkin juga cuace yg panas dan kekurangan air. Sesuai untuk dimasak kari  atau seangkatan denganye.. Lepas ni nak cube tanam pokok terung  jenis lain pulak.








Tuesday 11 March 2014

Stoberi Kundasang Sudah Mulai Masak.

As Salam dan Selamat Pagi.. Agak lame tidak update blog.. hari2 yang lepas agak sibuk dgn tugasan dan kerja2 rumah hingga tak sempat nak menulis tentang perkembangan laman kami..

Harini cukuplah sekadar mengupdate sekeping gambar yang di ambil dari laman kami. Buah Strawberi Kundasang yang hampir masak. Sebelum ni saya ada update gambar bunga nye.. sakarang gambar buah yg hampir masak pula. Saiznye agak kecil mungkin disebabkan oleh baka atau cuaca.


Tak sabar nak tunggu ia masak ranum dua ker tiga hari lagi. Antara tips yang masih di amalkan ialah dengan spray buah dgn air sejuk..  baja dengan unsur K. Tetapi guna baja organik pun sudah memadai.  Rancangan seterunye ialah nak menambah koleksi strawbery dari baka cameron pula.


Wednesday 26 February 2014

Si Kuning Yang Jahat..

As Salam & Selamat Pagi,

Harini kami nak share gambar cili yang pernah bergelar cilli terpedas di dunia, Yellow Trinidad Scropion Moruga. Sebelum ini saya ada post gambar cili yang sama tapi berwarna merah. Pokok cili ni dah lame kami tanam, cumanya perkembangan agak perlahan sebab serangan bena dan aphid. Kami biarkan di celah-celah tanaman di laman kami. 


Semalam semasa membuat rondaan ternampak kelibat buah berwarna kuning.. Besar dan kami pasti ni adalah si kuning yang jahat.  Kalau nak potong cili ni kene pakai glove.. kalau tak bera tangan. Kalu masuk dalam masakan.. mule2 rasa tak braper pedas.. lame2 kejahatanya akan terselah.. dan bersedia lah untuk ulang alik ke toilet. 

Sekarang cili terpedas di dunia di ambil alih oleh Carolina Reaper, sejenis cili hibrid yang mungkin berasal dari varirsi trinidad moruga juga. 

Tuesday 25 February 2014

Labuan tidak akan mengalami ganguan bekalan air lagi...

As Salam dan selamat petang.. Lunch hour tadi singgah di Jabatan Bekalan Labuan (jelaskan bill tertunggak). Sudah beberapa bulan tak singgah di bangunan baru ni.. kali terakhir pada bulan December tahun lepas. Ada satu pembaharuan berlaku di laman bangunan ni.. Haaa.. lihat lah.. 

Pili air gergasi... 

Pada pengunjung blog yang melalui lebuhraya MRR2 tentu perasan objek yang lebih kurang sama bedekatan Pandan Indah. Cumanya lebih besar.. Adakah ini petanda Labuan akan mengalamai masalah yg same seperti di Selangor? Kriris air.. Di khabarkan oleh rakan di  Cheras sudah dekat seminggu rumahnye tiada air. 

Semasa kami sampai di Labuan pada 2010. Masalah air adalah adalah perkara yang menakutkan kami. Amat susah untuk membuat kerja harian,  memasak,  mencuci pinggan apatah lagi nak mandi. Penduduk Labuan terpaksa mencatu air kerana bekalan air di ambil dari Loji di Beuford Sabah tidak mecukupi untuk keperluan penduduk Labuan, puncanya mungkin kami terpaksa berkongsi air dengan industri oil n gas seperti Loji Methanol yg memerlukan air yang banyak untuk beroperasi. 

Mandi di pejabat, mengagkat air dari bawah ke tingkat 5 boleh dikatakan rutin seharian kami. Kami tak dapat bayangkan jika kami sudah mempunyai cahaya mata ketika itu.. tentu lebih sukar.  Nasib baik pada hujung 2011 satu lagi loji telah dibina di Beuford, maka masalah air dapat dikurangkan. Namun pada ketika ini -  masalah air masih juga berlaku tetapi tidak seteruk pada taun 2010 dan sebelumnya.

Oleh yang demikian hargailah air, siram pokok kesayangan berpada-pada jangan membazir.   :)


Monday 24 February 2014

Cili Filius Blue dan Betik Sekaki

As Salam & Selamat Pagi.. Harini nak kongsi dua gambar pokok yg sedang segar di laman kami..  Dua pokok yang menarik hati kami untuk menanamnye.. 

1. Pokok betik Sekaki.. kenape sekaki?  kerana betik ini akan berbuah dengan cepat.. tinggi sekaki dah boleh berbuah.. Tapi dah sekali ni tak buah lagi.. camne? Bukan itu maksudnye.. pokok betik ni jenis dwaft- (bantut). Berbuah lebih cepat  dan pokoknye rendah dari pokok betik biase.  Sekarang  kami semai dalam polibag. Minggu ni cadangnya nak pindah ketanah.. tapi tak berkesempatan kerana kesibukan. Kami update progressnye nanti bila dah berbuah. 



2. Pokok Cili Filius Blue. Cili kegemaran kami berwarna biru ke-ungguan. Subur dan telah menampakan kuntuman bunga. Tak lama lagi jadi lah buah nye yg cantik tu. Kami tanam dalam pasu yg ditelatak dibawah bersebelahan tempat letak kereta ( supaya tak terkena hujan berlebihan).. menerima cahaya petang sahaja.. syukur takder serangan aphid kali ni..  


Friday 21 February 2014

Red Giant Mustard & Sawi Cina tak sedap..

As Salam & Selamat Pagi Jumaat, Harini nak share tuaian dua jenis sawi. Ini adalah sawi yang terakhir yg kami tanam di atas batas, agak tua dan ada yang sudah berbunga. Selepas ini mmg tak tanam dah jenis sawi ni sebab rasanya kurang sedap dan pahit.. hehe. 



Seronoknya.. due jenis sawi ni memang mudah di tanam, lagi2 sawi cina tu.. memang galak kalau cukup baja dan air. Walaupun sawi ni terkenal dgn khasiatnye - tetapi rasa pahit cukup memotong selera makan kami. kalau nak berdiet boleh la tanam pokok sawi jenis ni.





Thursday 20 February 2014

Perkembangan Pokok Strawberi Kundasang

As Salam dan selamat pagi,  masih ingatkan dengan pokok strawberi yang dibeli dari Kundasang seketika dulu.. ada 4 pokok semuanya. Tetapi hanya 1 sahaja yang hidup. Antara sebab pemergian 3 pokok strawberi tu ialah :

1. Penggunaan medium yang salah ( kompos + cocopeat  adalah yg terbaik)
2. Terlebih cahaya matahari (Panas terik)
3. Pembajaan yang berlebihan.
4.  Tidak memagkas daun dan sulur.

Setelah belajar dari rakan rakan strawberi tanah rendah yang berpengalaman, bertambak keyakinan untuk   terus membiak pokok strawberi ni.

Ohh... update pokok tunggal yang berjaya hidup. Sudah berbunga semalam.. Semoge menjadi buahnye. Buat masa ni saya spray dengan air sejuk pada pagi dan petang untuk mendapat buah yang berkualiti.


Wednesday 19 February 2014

Perkembangan Pokok Anggur

As salam & Selamat pagi, setelah beberapa bulan di semai dari keratan. Akhirnya pokok anggur yg dibeli dari Serawak oleh seorang hobbies kelihatan subur dan suker dgn cuace di Labuan.  Ini adalah salah satu dari 3 jenis anak pokok anggur yg saya tanam dan pokok ini paling sihat dan melayakan untuk dikongsi di dalam blog. hehe.

Anak Pokok Anggur Isabella

Tanah kompos, pasir, top soil dan pallet organik adalah ramuan tanah manakala saya tabur baja seminggu sekali. Semoga hidup subur dan berbuah dalam maser 7-8 bln dari sekarang. Antara tips yang diterima oleh para hobbiest anggur, pemangkasan dan pembajaan (tanah dan foliar) perlu untuk mengasilkan buah yang cantik. Kami akan kongsi nanti bila sampai waktunye. 




 

Tuesday 18 February 2014

Tuaian Hari Isnin,

As Salam, dan selamat pagi.. agak lame rasernye tidak berkongsi hasil tuaian di blog ni.. petang semalam lepas pulang dari kerje ambik bakul dan tuai ape yang ada di laman. Istimewanya tuaian kali ni ada hasil yg bukan dari laman kami.. tapi dari dalam rumah kami (cendawan).  Selain itu beberapa jenis terung, cili, sawi  dan herba (selasih).



Terung dan cendawan dijadikan tempura, sawi dijadikan masak tumis dan selebihnye dijadikan rencah dalam kari ayam. Makan besar kami malam tadi.

Monday 17 February 2014

Terung Black Beauty

As Salam dan Selamat Pagi, Harini kami nak share perkembangan sayur terung yang diberi nama black beauty. Benih dari luar negara yang terkenal di Amerika kerana saiz yang besar dan kulitnya cantik (hitam). Pada mulanya kami agak ragu-ragu, bolehkan terung ni berbuah seperti negara asalanya. Jawapanye; ye....  


5/2/2014

Terung atau name saintifiknye Solanum melongena memang tidak asing lagi di Malaysia, Mungkin ada boleh jadikan terung sebagai koleksi tanaman di rumah anda. Selain sedap dibuat sayur ia juga sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan. 

16/2/2014

Friday 14 February 2014

Simpan Benih Terung Putih Berseri

Salam dan Selamat Pagi, buah terung putih terakhir yang akan dijadikan benih. Pokok dah tua dan saiz buah yang besar sesuai sangat untuk dijadikan benih. Kami biarkan sehingga warnanya sedikit kekuningan dan akan dikeringkankan untuk mendapatkan benihnya. Dianggarkan dalam sebijik buah ni adalah dalam 500-800 biji benih.
Terung Putih
Semoge ia betul-betul matang supaya benihnye menjadi.

Thursday 13 February 2014

Gubahan Sayur

As Salam dan Selamat Pagi, harini kami nak share pasu plastik yang disemai dengan pelbagai sayur. Secare kebetulan kami tanam pelbagai anak benih dalam bekas pasu, tak sangke pulak menarik jadinye. Hehehe..

Pada mulanya kami hanya tanam Italian parsley jer dalam bekas ni. Mungkin kerana cuace tak berape sesuai dgn  herba ni.. hanya satu je yang hidup. Di kelilingnye yang masih kosong - kami gembur dan bubuh baja organik.  Kami semai dengan anak2 sayur seperti bayam dan sawi. Biler dah besar.. haa lihatlah hasilnye bagai satu gubahan. 

Satu pasu pelbagai sayur. 
Bayam tu telah pun jadi habuan kami malam tadi... dijadikan pembuka selera bayam goreng tepung.  hanye celup dengan campuran tepung beras dan gandum, digoreng dgn minyak panas..



Wednesday 12 February 2014

Bunga Sawi Dalam Pasu

As Salam dan selamat pagi,  Harini kami nak share gambar bunga sawi yg terlewat untuk dituai. Sawi menang yg kami beli seketika dulu si semai dalam pasu.. agak cepat tumbesaran nyee hingga kami tak perasan ia susah berbunga. 

Mungkin juga tumbesaranya agak kurang galak kerana saiz daun daunye tidak besar. Kami jadikan ramuan meehon sup malam tadi.

meehon sup.. Sawi tu ciput je.. hehe. 



Tuesday 11 February 2014

Sawi sedia untuk Dituai

As Salam dan selamat pagi,  Masih ingatkan dengan semaian anak sawi yang di semai di entry sebelum ni. Sekarang sudah sedia untuk dituai.



8/1/2014

11/2/14


satu lagi Pokok dalam pasu juga 11/2/14

Masa yang di ambil lebih kurang 30 hari. Nampak sihat kan, rahsianya ialah tanah yang di campur dengan pallet organik biarkan seminggu.. gembur baru lah di pindah anak pokok tu. Pastikan dapat cahaye matahari sekurang-kurangnye 5-6 jam sehari. dan jgn lupe siram 2 kali sehari.  Sawi jenis batang putih ni sedap di buat sayur lemak atau tumis ikan bilis.  

Monday 10 February 2014

Tomato Pasaraya Sudah Masak

Slamat Pagi, harini nak share sayur tomato yang sudah hampir masak. Benih yang kami ambil dari buah yang dibeli dari pasaraya. Sepohon pokok tomato ni kami  kira ada 8biji buah yang menjadi. Kami target ia boleh berbuah lebih dari itu, malangnye dipertengahan petumbuhan di serang bena putih. Pucuk menjadi kecut dan terbantut-  kalau diperhatikan pokok di bawah ni kelihatan pucuk yang terbantut tu.  

Pucuk yang di serang Bena

Buah tomato yang hampir masak ranum. 
Selepas tuaian pertama ni, kami akan cantas daun yang rosak. Dengan harapan pucuk baru akan keluar dan menghasilkan buah lagi.  Manakala pokok tomato batch yg kedua telah pun berbunga. tapi masih belum melekat buahnye.


Friday 7 February 2014

Percubaan Menanam Tembikai Merah


Salam dan Selamat pagi. Ini adalah percubaan kali ker-6 menanam tembikai..  Percubaan sebelumya sering gagal untuk besar hingga ketahap ini. benih tidak bercambah, dimakan siput, tanah tidak sesuai dan pokok mati secara tiba-tiba. Diharapkan pokok ni akan mengasilkan buah. 

  
Anak Tembikai Merah 
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae. Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Thursday 6 February 2014

Pesanan Bongkah Cendawan

Salam dan Selamat Pagi.. Harini nak cerita sikit pengalaman membeli bongkah cendawan. memandangkan harga cendawan di Labuan ni agak mahal dan susah nak jumpa. Datang minat nak blie bongkah cendawan tiram. Setelah membuat servey kami membuat pesanan dengan pengusaha cendawan yang agak terkenal di laman web. Kalau nak diperhatikan website nye memang hebat dan package yang diberi agak menarik - siap dengan e-book, baja EM dan tips. Dengan yakin kami pun buat pesanan.. Malangnye selepas buat pesanan seller hanya mengahantar ebook melalui email. kemudian berdiam..  Hantar  email n sms pun tak berbalas. Susah benar nak berurusan dgan seller mcm ni.. Setelah sebulan dengan paksaan barulah kami terima bongkah yg dipesan. (memang global la seller ni.. huhu) 

Dalam masa yang sama kami berkenalan dengan seorang lagi seller melalui Facebook Kak Sarah namanya.. memang baik orangnya. Kami juga buat pesanan dengan die.. memang terbaik kejap je die uruskan pesanan kami. Kami rekmen sgt kalau nak blie bongkah dari die.

Mudah sebenarnye untuk mendapatkan cendawan di rumah sendiri - berikut adalah caranye..

1. Bongkah cendawan yang matang ( bewarna putih)
2. Buka penutup dan buang benih cendawan (biji gandum)
3. Biarkan di tempat lembab ( balut bongkah  dengan kain basah / lembab)
4. 5-7 hari kulat cendawan akan keluar.
5. Tuai kemudian tutup bongkah 7-10 hari untuk mendapatkan hasil seterusnya.
7. Satu bongkah boleh menghasilkan antara 6-8 tuaian.



Selepas 5 hari dibuka penutup

6 jam selepas  itu.. 

12 jam selepas itu 

24 jam selepas itu

Tuaian pertama dijadikan cendawan goreng tepung.. huhu.. Fresh dari rumah sendiri..



Wednesday 22 January 2014

Timun Jepun

Salam dan selamat pagi.. kegagalan timun jepun untuk menghasilkan hasil... ini entry yang akan dibincangkan pagi ni.. 2 pokok timun jepun yang di tanam sebulan yang lalau gagal untuk mengeluarkan hasil gara-gara serangan kulat pada tanah dan mealybug. Pokok tebantut dan ini hasilnya sebijik saja sayur timun yang menjadi.

Timun Jepun Yang terbantut.. comel lotey... 


Buah sulung timun ni dijadikan ramuan dalam sushi roll.. Sedap.. proses penanaman semula dilakukan harap menjadi la lepas ni..

Aper yang kami belajar menanam timun ni :

1. Tanah kene sentiasa lembab..  siram 2 kali sehari cukup.
2. kene sentiasa pantau serangga perosak seperti mealybug dan aphid.
    (guna larutan minyak masak + sabun cuci pinggan)
3. Jangan beri baja organik yg mudah berkulat seperti sisa buangan dapur (mudah berkulat)
4. Membantu proses polinasi dengan mengambil bunga jantan.. dan kawinkan ke bunga betina.


Semoga tips di atas memberi manafaat kepada rakan-rakan.. :)

Tuesday 21 January 2014

Keratan Anggur, Pendeknyee..

Salam dan Selamat pagi,  harini kami nak share keratan anggur yang cukup pendek tapi berjaya juga kami cambahkan. Agak terkejut juga bila kami terima pesanan dari China ni, sebabnya ianya terlalu pendek hingga tak sampai sejengkal pun. (boleh ker hidup nih) Dengan hati yang lara bertawakal lah agar ia berakar dan bercambah juga.  Nak tau cara kami cambahkan keratan ni? 

Anak Pokok anggur berusia 6 minggu ( untuk transplat kepasu) 


1. Cuci keratan - Bancuh larutan clorox bersama air dengan nisbah 1:9  - rendamkan beberapa saat dan cuci dengan air paip serta  gosok dengan berus gigi. Tujuannya untuk menaggalkan segala kotoran @ kulat.
2. Balut keratan degan tisu kertas (kitchen towel), lembabkan dengan air ( tidak becak)
3. Masukan kedalam zip bag dan letakan di tempat gelap dengan suhu bilik.
4. Cek 3-4 hari sekali. Jika ada kulat kene ulangi langkah 1.


Setelah lebih kurang 3 minggu kami nampak pangkal keratan membengkang dan nampak seperti keluar akar. setelah itu kami pindahkan kedalam cawan platik berisi pasir dan tanah hitam. Kini kami ada 5 anak pokok anggur ini..rupernye seperti di gambar bawah ni kalau berbuah nanti.. hehe.

manicure grape dari pembekal. 




Monday 20 January 2014

Bunga Kunyit Cantik Berseri

Salam dan selamat pagi, harini nak share gambar sekuntum bunga kunyit yang mekar dilaman kami. walaupun hanya sekuntum, cukuplah untuk dijadikan ulam kami pada malam tadi.  Pokok kunyit ni kami tanam lebih kurang setahun yang lepas didalam polibag.  Tak berkesempatan nak mambiak rizom dan daunye kerana kami selalu tuai, apatah lagi nak berbunga. Kebelakangan ni mungkin kurang menu masakan yang  berasaskan kunyit tu yang sempat berbunga kunyit ni. 

Bunga kunyit cantik berseri.
Bunga kunyit pula berwarna putih  kekuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bersalin).  Selain dimakan sebagai ulam, bagaimana anda menggunakan bunga kunyit ni dalam masakana anda? jom kongsikan.. 

Wednesday 15 January 2014

Review Pisau bebunga..

Salam & Selamat pagi,  Harini nak share pisau yang kami beli melalui online. Pisau anti -bakteria yang amat tajam dan cantik.  Bertambah semangat untuk memasak dengan adernye pisau nih.




Antara ciri-ciri pisau ni :

1. Disaluti dengan corak bunga ros yang cantik
2. Boleh di asah ( tetapi hilang la sedikit bunga di bahagian yg tajam tu)
3. Harga amat bepatutan.
4. Grip tangan untuk keselesaan.
5. Tahan Karat

Kelemaham.

1. Grip tangan berwarna  putih pink mungkin mudah kotor.
2. Terlalu cantik sampai nak pakai pun sayang.

Sesiapa yang berkenan untuk membeli boleh hubungi kami melalui email pedasdanmanis@gmail.com. Kami akan link kan alamat seller kepada anda. (selagi stock masih ada). Saya bukan agent @ mengambil sebarang komisen.. hanya mau berkongsi barang baik..


Monday 13 January 2014

Percubaan Tanam Petola Segi

Salam dan salamat tengah hari. Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula (Petola  Segi)  dan L. aegyptiaca (Petola Bantal) , ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran. Itu sedikit mukadimah tentang petola.   

 
Anak semaian Petola segi

Cambahan pokok petola yang disemai terus kedlm tanah dan berpasukan kotak polistrin sudah bercambah dan mengeluarkan daun yang ketiga. Petanda baik pokok akan hidup subur. Tanah campuran top soil, tanah hitam dan pallet organik  (2:2:1) nampaknye membantu tumbesaran pokok ni. Harap ia berbuah dalam masa 60 hari dari disemai. Cumanya ruang agak terbatas bila pokok ni besar nanti tengah pikir mane nak pindah pokok ni (mungkin di belakang rumah).



Friday 10 January 2014

Tomato lagi..

Salam Jumaat. Penghulu segala hari..  Anak pokok tomato dah membesar.. yess...  Lepas transplant dua minggu lepas terus subur. Minggu depan kena topup tanah dalam polibag ni sebab akar baru akan tumbuh di pangakal pokok. Pokok akan lebih kuat dan subur. 

Abaikan lopak air di belakang tu.. 

Batch tanaman yang kedua ni untuk support bekalan tomato yang berterusan di rumah kami. Ingat tak posting sebelum ini pokok pertama sudah beputik. So batch yang ini akan mula berbuah setelah batch yg pertama pencen dari berbuah nanti.  Bekebun ni sebenarnya memerlukan perancangan, sebab itu orang yang bertani sebenarnye bijak merancang dan mempunyai fikiran yang tajam.. hehehe.. 

Thursday 9 January 2014

Percubaan Menanam Timun

Salam dan selamat pagi, terima kasih kerana sudi singgah di laman kami. Sedikit update laman kami iaitu semaian mentimun didalam cup polistrin. Masa diambil hanya 3 hari sahaja untuk bercambah. Menggunakan tanah kompos kelapa sawit dan di siram menggunkan spry 2 kali sehari. Diletakan di tepi dinding hanya mendapat cahaya matahari terus pada sebelah petang sahaja.  Hujung minggu ini kalau naik daun kedua bolehlah di pindahkan ke pasu. 

Semaian Timun 4 Hari. 

Ini cubaan ke dua menanam timun, kali pertama sebulan yang lepas (timun jepun) . Pokok subur pada permulaanya tetapi terbantut di pertengahan pertumbuhan. Sekarang  pokok timun jepun tu sedang berbuah.. tetapi hanya sebijik. Itu pun tak elok bentuknya.  Pokok timun ni pada pandangan kami agak cerewet sebab pokok mesti sentiasa cukup air dan baja. Jika tersilap memag tak subur lah jawabnya. Sekiranya ada tips tanam timun mari kongsikan bersama kami.  

Wednesday 8 January 2014

Anak Sawi Dalam Pasu dan Cili Misteri..

Salam dan selamat pagi.... hari minggu yg lepas baru selesai memindahlan anak-anak sawi (dwaft). perkembangan agak memberansangkan. Biasanya lagi 15-20 hari dapatlah menuai  sawi ni..

Ini pula anak pokok anak pokok cili yang berkongsi pasu dengan sawi pahit , selepas sawi di tuai galak pulak petumbuhanya. Kami berpendapat akar sawi yg telah reput memberi nutrien kepada pokok cili ni. Ada juga cubaan aphid mengisap pucuk cili ni.. nasib baik sempat sembur dengan larutan sabun + minyak masak. 
Lupa nak tag cili apa tetapi rasaya benih import dari luar negara. Kita nantikan bila sudah berbuah nanti. 

Monday 6 January 2014

Salad oh Salad

Salam, harini nak share gambar sayur salad yg ditanam di laman kami. Bekali cubaan mananam salad susah betul nak menjadi. Kalau jadi pun mcm dalam gambar bawah ni lah. Kurus jer... Bubuh baja pun tak mau besar.  Jgn terpedaya dengan teknik gambar yg kelihatan seakan2 salad di kedai.. Ni sekali ngap je abis dah.

Salad diwaktu senja. 

Benih salad agak ringan dan halus, ada tips menyemai bersama pasir supaya tidak ditiup angin. Kami tak pasti salad jenis apa, kami tabur pelbagai jenis tapi ini  saja yang hidup. Cubaan lepas ni nak pastikan tanah kaye dengan kompos.. Nak guna urea untuk boost kan die punye pertumbuhan. Smoge bejaye. Aminn...

Friday 3 January 2014

Tomato Berputik - Benih Pasaraya

Salam,  pagi ni putik tomato di laman kami mula berbuah. Benih tomato yang di ambil  dari buah segar  hidup subur dan berbuah lebat. Saiznya juga agak besar dan tahan panas - genetik tomato yang dibawa ternyata memberi kelebihan kepada kami, berbanding dengan tomato yang kami beli dari luar negara ada yang gagal untuk hidup dan berbuah. Pada pandangan kami kemungkinan kerana faktor cuaca yang panas. 




Untuk mendapatkan benih tomato, caranya amat mudah - dapatkan buah tomato dari mana-mana pasar. Kaut benih tomato dan rendamkan dalam bekas/balang bersisi air pipe. Biarkan 2-3 hari sehingga biji terlerai dari isinya. Benih akan mendap ke bawah, tapis dan biarkan kering.    

Thursday 2 January 2014

Cili Rumput Kambing

Salam, entry pembukaan tahun 2014 - nak memperkenalkan cili dalam koleksi laman kami. Goat weed pepper, rupanya seperti cili padi kita bezanya ialah warna yang berwarna hitam ketika muda dan bertukar menjadi merah bila sudah masak. Satu lagi keunikan cili ni ialah daunya yang bebulu seperti baldu yang bewarna silver. Rasanya tak begitu pedas -ala cili siam. 

Cili Rumput Kambing
Buat masa ini tiada lagi cili yang masak, bila susah ada nanti bolehlah dijadikan benih untuk dikongsi.