Tuesday 25 February 2014

Labuan tidak akan mengalami ganguan bekalan air lagi...

As Salam dan selamat petang.. Lunch hour tadi singgah di Jabatan Bekalan Labuan (jelaskan bill tertunggak). Sudah beberapa bulan tak singgah di bangunan baru ni.. kali terakhir pada bulan December tahun lepas. Ada satu pembaharuan berlaku di laman bangunan ni.. Haaa.. lihat lah.. 

Pili air gergasi... 

Pada pengunjung blog yang melalui lebuhraya MRR2 tentu perasan objek yang lebih kurang sama bedekatan Pandan Indah. Cumanya lebih besar.. Adakah ini petanda Labuan akan mengalamai masalah yg same seperti di Selangor? Kriris air.. Di khabarkan oleh rakan di  Cheras sudah dekat seminggu rumahnye tiada air. 

Semasa kami sampai di Labuan pada 2010. Masalah air adalah adalah perkara yang menakutkan kami. Amat susah untuk membuat kerja harian,  memasak,  mencuci pinggan apatah lagi nak mandi. Penduduk Labuan terpaksa mencatu air kerana bekalan air di ambil dari Loji di Beuford Sabah tidak mecukupi untuk keperluan penduduk Labuan, puncanya mungkin kami terpaksa berkongsi air dengan industri oil n gas seperti Loji Methanol yg memerlukan air yang banyak untuk beroperasi. 

Mandi di pejabat, mengagkat air dari bawah ke tingkat 5 boleh dikatakan rutin seharian kami. Kami tak dapat bayangkan jika kami sudah mempunyai cahaya mata ketika itu.. tentu lebih sukar.  Nasib baik pada hujung 2011 satu lagi loji telah dibina di Beuford, maka masalah air dapat dikurangkan. Namun pada ketika ini -  masalah air masih juga berlaku tetapi tidak seteruk pada taun 2010 dan sebelumnya.

Oleh yang demikian hargailah air, siram pokok kesayangan berpada-pada jangan membazir.   :)


6 comments:

  1. Ye PM... di selangor ni dah mula di catu air, dua hari ada air, dua hari tiada air.. memang susah kalau tiada air ni... moga kemarauan tak berpanjangan lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga hujan akan turun..bdengar khabar hujan beberapa kawasan di selangor semalanm..

      Delete
  2. Doa-doa Allah turunkn hujan basah kn bumi

    ReplyDelete
  3. Pengalamn berebut mengangkut air ...penat2 ketingkat tinggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..betul tu tak terlarat nak mengangkat air...

      Delete