Friday 3 January 2014

Tomato Berputik - Benih Pasaraya

Salam,  pagi ni putik tomato di laman kami mula berbuah. Benih tomato yang di ambil  dari buah segar  hidup subur dan berbuah lebat. Saiznya juga agak besar dan tahan panas - genetik tomato yang dibawa ternyata memberi kelebihan kepada kami, berbanding dengan tomato yang kami beli dari luar negara ada yang gagal untuk hidup dan berbuah. Pada pandangan kami kemungkinan kerana faktor cuaca yang panas. 




Untuk mendapatkan benih tomato, caranya amat mudah - dapatkan buah tomato dari mana-mana pasar. Kaut benih tomato dan rendamkan dalam bekas/balang bersisi air pipe. Biarkan 2-3 hari sehingga biji terlerai dari isinya. Benih akan mendap ke bawah, tapis dan biarkan kering.    

6 comments:

  1. Sebulan lepas ada semai tomato...dah kuar anaknya....apa jadi entah...kalau besar Dan berbuah macam ni kan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia tgh bepantang ye... dah buah la tu kalo sebaye...

      Delete
  2. salam pedasdanmanis;
    menjadi betul tgk pokok tomato tu...belum penah cuba tnm tomato....rasa mcm susah...tima kasih kongsi info ni...akn cuba INSYAALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, syukur jadi jg buah tomato ni.. mudah tanam tomato. Janji tanah sihat air cukup... slamat mencuba @na.

      Delete
  3. Terima kasih atas tips yang di berikan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ibu Qistina.. smoge bertambah hijau bumi kita.

      Delete