Thursday 20 February 2014

Perkembangan Pokok Strawberi Kundasang

As Salam dan selamat pagi,  masih ingatkan dengan pokok strawberi yang dibeli dari Kundasang seketika dulu.. ada 4 pokok semuanya. Tetapi hanya 1 sahaja yang hidup. Antara sebab pemergian 3 pokok strawberi tu ialah :

1. Penggunaan medium yang salah ( kompos + cocopeat  adalah yg terbaik)
2. Terlebih cahaya matahari (Panas terik)
3. Pembajaan yang berlebihan.
4.  Tidak memagkas daun dan sulur.

Setelah belajar dari rakan rakan strawberi tanah rendah yang berpengalaman, bertambak keyakinan untuk   terus membiak pokok strawberi ni.

Ohh... update pokok tunggal yang berjaya hidup. Sudah berbunga semalam.. Semoge menjadi buahnye. Buat masa ni saya spray dengan air sejuk pada pagi dan petang untuk mendapat buah yang berkualiti.


16 comments:

  1. Tahniah PM... semoga terus berbuah dengan jaya nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima KAsih CH, harap menjadi lah.. lame dah menanti buah stawberi sendiri..

      Delete
  2. wauu strawberry,, dah bebunga, tak sabar nak tengok berbuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru semalam perasan berbunga. ingat mati mcm kawan die yang lain.. harap menjadilah buah sulung ni..

      Delete
  3. Tak sabar nak tengok buah dia. Tapi kalau I stay kat Cameron nak la tanam coz tak panas terik macam kat bawah ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey, tanah rendah pun boleh berbuah.. ramai kawan2 dah cube tanam memang berhasil. Sy kat labuan ni lagi lah panas.. pokok masih boleh survive.. jom la cube tanam..

      Delete
  4. Salam Pedasdanmanis,

    Tumpang seronok melihatkan pokok yang begitu subur menghijau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mak Aji, Terima kasih.. bernasib baik hidup subur.. nak biakan lagi pokok straberi ni..

      Delete
  5. Dah berbunga dah tu.. tak lama lagi merasalah stoberi tanah rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 menjadi lah k.mar... suspen gak... kali tak jadi telan air liur jer lah...

      Delete
  6. Bila dah mula belajar berbunga tu.. tentu dah boleh pasang angan-angan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasang angan angan buat ladang ye bangchik kakdah..hehe

      Delete
  7. ok berbunga sudah..lagi seminggu kut kan..boleh nampak anak buah nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa..harapan menggunung di hati ni.. dah berangan nak mkn stroberi cecah coklat mcm ct nurhaliza..

      Delete
  8. wow! dah berbunga...dan ade sulur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tapi tak bleh lawan pokok2 stoberi ratu.. baru nak berjinak2..

      Delete