Monday, 13 January 2014

Percubaan Tanam Petola Segi

Salam dan salamat tengah hari. Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula (Petola  Segi)  dan L. aegyptiaca (Petola Bantal) , ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran. Itu sedikit mukadimah tentang petola.   

 
Anak semaian Petola segi

Cambahan pokok petola yang disemai terus kedlm tanah dan berpasukan kotak polistrin sudah bercambah dan mengeluarkan daun yang ketiga. Petanda baik pokok akan hidup subur. Tanah campuran top soil, tanah hitam dan pallet organik  (2:2:1) nampaknye membantu tumbesaran pokok ni. Harap ia berbuah dalam masa 60 hari dari disemai. Cumanya ruang agak terbatas bila pokok ni besar nanti tengah pikir mane nak pindah pokok ni (mungkin di belakang rumah).



6 comments:

  1. Best ni.. insya Allah lepas ni menuai petola pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. K. Mar.. Insya Allah... moge2 menjadi lah nanti..

      Delete
  2. Replies
    1. Mekasih Awin.. doakan berterusan subur

      Delete
  3. Tampaknya tumbuh subur nih. Di Indonesia tanaman ini namanya oyong atau gambas. Sekarang saya juga lagi tanam 4 pot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Endah Murniyati, Orang malaysia berketurunan Jawa panggil gambas juga. Terima Kasih sudi bertandang ke blog kami..

      Delete