Thursday 6 February 2014

Pesanan Bongkah Cendawan

Salam dan Selamat Pagi.. Harini nak cerita sikit pengalaman membeli bongkah cendawan. memandangkan harga cendawan di Labuan ni agak mahal dan susah nak jumpa. Datang minat nak blie bongkah cendawan tiram. Setelah membuat servey kami membuat pesanan dengan pengusaha cendawan yang agak terkenal di laman web. Kalau nak diperhatikan website nye memang hebat dan package yang diberi agak menarik - siap dengan e-book, baja EM dan tips. Dengan yakin kami pun buat pesanan.. Malangnye selepas buat pesanan seller hanya mengahantar ebook melalui email. kemudian berdiam..  Hantar  email n sms pun tak berbalas. Susah benar nak berurusan dgan seller mcm ni.. Setelah sebulan dengan paksaan barulah kami terima bongkah yg dipesan. (memang global la seller ni.. huhu) 

Dalam masa yang sama kami berkenalan dengan seorang lagi seller melalui Facebook Kak Sarah namanya.. memang baik orangnya. Kami juga buat pesanan dengan die.. memang terbaik kejap je die uruskan pesanan kami. Kami rekmen sgt kalau nak blie bongkah dari die.

Mudah sebenarnye untuk mendapatkan cendawan di rumah sendiri - berikut adalah caranye..

1. Bongkah cendawan yang matang ( bewarna putih)
2. Buka penutup dan buang benih cendawan (biji gandum)
3. Biarkan di tempat lembab ( balut bongkah  dengan kain basah / lembab)
4. 5-7 hari kulat cendawan akan keluar.
5. Tuai kemudian tutup bongkah 7-10 hari untuk mendapatkan hasil seterusnya.
7. Satu bongkah boleh menghasilkan antara 6-8 tuaian.



Selepas 5 hari dibuka penutup

6 jam selepas  itu.. 

12 jam selepas itu 

24 jam selepas itu

Tuaian pertama dijadikan cendawan goreng tepung.. huhu.. Fresh dari rumah sendiri..



13 comments:

  1. Cepatnya cendawan membesar...kat KEMAMAN ni ada pengusaha cendawan tiram..siap buka restaurant ala western..Fatisha namanya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari lebih dah boleh tuai kalo dah nampak sepora tu.. harga cendawan mmg mahal tak hairanlah kalo diusahakn bersungguh2 memang bleh buat duit. Fatisha.. sedap name tu.. hehe.

      Delete
  2. Boleh saya dapatkan contact no and lokasi. Dah lama teringin nak cuma asyik tertangguh. TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, email pada kami : pedasdanmanis@gmail.com nanti kami link kan seller tu. Lokasi dia di melaka tapi boleh pos keseluruh malaysia. Harga perpatutan.

      Delete
  3. wow.. Allhamdullilahhh..jadi jugak cendawan awk yer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Mekasih kerane sudi supply. Aper yg saya belajar make sure tutup bongkah dgn kain lembab.. kalau tak plastik bepeluh dan spora akan mati..

      Delete
  4. Boleh whatsapp sy 0133712660 atau jumpa sy di fb sarah mohamed noor.. https://www.facebook.com/sarahmnoorpulsar?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete
  5. rasa mcm nak tanam cendawan balik lps tgk entry ni. dulu2 dh pernah cuba. mmg senang. jaga dan tunggu cendawan keluar pastu tuai. semudah abc :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Rini, order jer dgn kak sarah tu.. seronok tanam n tuai cendawan ni..

      Delete
  6. Seronok ada peluang menuai cendawan ni...mudah2an cendawan akk berjaya mengeluarkan hasilnya....heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikgu Ross, memang berbaloi bongkah cendawan ni.. sampai sekarang masih mengeluarkan hasil.. walau tak banyak cukup la dijadikan hidangan tuk famili..

      Delete