Monday 14 October 2013

Bermula Hobi Bercucuk Tanam

Slamat Datang ke Labuan

Bermula dari kebosanan duduk di pulau, mula lah nak cari keje yang boleh dibuat untuk hujung minggu. Ader sedikit ruang di laman rumah, so dapat idea untuk bekebun sekala kecil.  Blog ni dicipta untuk berkongsi pengalaman kehidupan gardening di pulau Labuan.

Kami fokus pada tanaman jangka pendek dan cepat dituai. Start dr sini bermulalah hari minggu yg sibuk berkebun. Mula-mula, mencari benih secara online.  Kenape online ye?

a. Boleh pikir panjang sebelum beli.
b. Banyak pilihan.
c. Boleh dapat benih free

Untuk permulaan beberapa jenis sayur menjadi pilihan :
a. Cili
b. Peria
c. Terung
d. Pelbagai sayur berdaun.

Dari jenis-jenis sayur di atas di "detailkan" lagi dengan pelbagai jenis spesis- i.e Cili saja beratus-ratus jenis. dari yang manis sampai ker yg pedas manis hingga pedas sangat smpai tak boleh diterima manusia. Hajat dihati nak kumpul koleksi cili untuk dikongsi dgn rakyat Malaysia. Sememagnya cili sgt sesuai ditanam di bumi malaysia.

Bercucuk tanam ni kalau takder experiance mmg agak mncabar ,tu yg kami alami  sejak mula berjinak-jinak dengan hobi gardening ni. Dari pembelian benih  penyediaan tanah, menyemai benih, tumbesaran pokok, pemberian baja, mengawal serangan penyakit dan serangga. Dengan adernye blog ni boleh la kiter kongsi pengalaman bersama.

So.. kiter sambung esok untuk cerita seterusnye..

No comments:

Post a Comment