Monday, 2 December 2013

Sunday Harvest


Seperti biasa, hari minggu  menuai hasil apa yang ada di laman.  Kubis Purple dua kuntum, Sawi (red giant mustard ) dan tomatilo.  Ada dua bendi merah dah hijau (untuk stok benih). 

Tuaian 1/12/13
Kubis dibuat jeruk kerana daunya jantungnya agak liat. Boleh dimasak dengan asam pedas bila siap nanti. Menu malam ahad mehoon goreng besama sawi (Red giant mustard). Kami hanya tuai daun sahaja.

Red Giant Mustard bedaun besar. 





10 comments:

  1. Salam Pedasdanmanis..masyaallah besarnya daun..saya setakat ini masih kurang bernasib baik dengan pokok sayuran daun..ada pakai baja special ke?...TQ.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Tarique, tiada rahsia selain penyediaan tanah ( dicampur tinja ayam/kambing). biarkan seminggu baru di pindah/semai. siram 2 kali sehari.. jika perkembangan terbantut terpaksa guna baja kimia ( butiran urea satu sudu teh di larutkan dalam 1 liter air) sekali dalam 2 minggu. Faktor lain seperti pemilihan benih.. Red giant Mustard ni mmg besar.

    ReplyDelete
  3. salam pedasdanmanis;
    nmpk mcm satu gubahan giant roses plk...cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susun cantik2.. nak masuk blog kan. hehe. Thanks @na

      Delete
  4. Pedasdanmanis
    sedap dimasak apa ya kobis purple tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sud@is, biasanya org buat salad. Msk mcm kubis biasa pun boleh. Cumanya kubis purple kami ni liat. Xsesuai cuaca panas. Buat jeruk lah jwpnya..

      Delete
  5. nanti tunjuk lah cara prepare jeruk kobis purple ni...besar2 betul daun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gud idea Nadia.. nanti kami buat entry jeruk sayur..

      Delete
  6. Tumpang seronok tengok daun besar dan kobis tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kak, try n error.. ader juga hasilye...

      Delete