Wednesday, 27 November 2013

Kubis Unggu (Purple)

Harini nak share koleksi laman kami.. walaupun kubis ni tak membentuk jantung yang besar. Tapi kami bahagie dengan warnanya yg cantik dan unik.. Kami tanam di pasu yang digantung di tepi pagar (nak elak siput panjat).. campuran tanah seperti biase- tanah kompos, pasir, pallet  organik dan sedikit tanah merah.  Siram 2 kali sehari. Rasa daun kubis kami ni agak liat.. tapi boleh makan.


Kubis Unggu membentuk jantung, sebesar bola tenis je. 

Kubis ungu adalah dari keluarga brassica. Kubis ungu mempunyai nisbah nutrien dan vitamin (A dan C)  yang agak tinggi dan rendah kalori dan lemak. Selain itu ia kaya dengan serat. Biasanya dibuat salad, coleslaw, masakan tumis dan jeruk.  Kami cadang untuk dijadikan masak tumis bercili bila ia sudah sesuai untuk dituai.. 

14 comments:

  1. salam pedasdanmanis; nampak mcm blue rose tgh kembang, mmg lawa lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih @na, betul tu..mcm bunga..

      Delete
  2. Salam..memang sangat cantik..kena cari benih nihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Tarique, kalau tak silap saya beli dari tanamsendiri atau kebunbahagiabersama. boleh cube2 tengok kat web mereka..

      Delete
  3. Salam pedas manis,

    cantik ya pokok kobis ungu ni, masak campur sos tiram pun sedap kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Pn Saodah - boleh cube nanti resepi tu nanti..

      Delete
  4. Assalammualaikum....wah..mmg mnjadi ni..sya suka tgk kobis ungu ni..mmg nmpk mcm bnga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam, tak braper nak menjadi sbb jantung die kecik.. daun pun liat. sedap mate memandang jer.. tapi syukur lah mau juga hidup kat cuace panas..

      Delete
  5. Wah untung nya menjadi jugak bentuk kobis walaupun kecil...sy belum bertuah lg dgn kobis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadia. Boleh cube lagi.. resepi tanah yg berbeza lebih kan bahan organik.

      Delete
  6. Replies
    1. Jgn cemburu Awin, tuaian kubis Awin haritu tu aper kurgnya.. cantik gak.

      Delete
  7. kobis rupanya, ingat bunga ros..cantik sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Sud@is, penyeri laman walau tak lame berkembang.. hehe. Kami akan makan..

      Delete