Thursday 28 November 2013

Tentang Basil (selasih)

Basil (Ocimum basilicum) atau disebut selasih oleh masyarakat kita, merupakan herba yang mempunyai  aroma unik  seperti keluarga pudina.  Terdapat lebih daripada 40 kultivar basil di seluruh dunia, datang dengan  pelbagai  warna dan aroma. Ada yang bewarna hijau, putih dan ungu. Aroma pula seperti  bau limau, bunga cengkih, kayu manis, jintan manis atau thyme.

Italian giant basil. Berdaun besar di laman kami.

Antara khasiat Basil.

1. Basil baik untuk kesihatan jantung. Basil kaya dengan beta- karotena dan karotenoid, ia melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan kolesterol. Basil juga mempunyai sumber magnesium, meningkatkan aliran darah, dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular.

2. Basil untuk  kulit, minyak pati yang terdapat dalam selasih telah lama menjadi bahan alternatif organik dalam merawat kulit kering, jerawat dan psoriasis.

3. Basil menghalang beberapa jenis kanser. Ia mempunyai flavonoid yang melindungi struktur sel daripada kerosakan  bepunca dari radikal bebas.


4. Basil dikatakan  membantu dalam merawat sembelit , masalah pencernaan, kejang perut, dan banyak lagi.


Anak pokok basil unggu. Sekitar 20hari selepas bercambah.

Pokok basil mudah di biakan melalui biji benih atau keratan batang, untuk mendapatkan pokok yang sihat sentiasa tuai pucuk basil untuk pertumbuhan pucuk baru yg segar. Ada yg mengatakan supaya mencantas pucuk yg akan berbunga untuk mengekalkan rasa dan jangka hayat pokok semakin lama. 

Kami gunakan daun basil sebagai ulam dan sesekali dijadikan teh..

4 comments:

  1. salam pedasdanmanis; basil mmg senang idup tp daun red basil kat laman kami habis diragut belalang....tinggai rangka je...sedih...kena beli seeds lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam @na, sedap daun die smpai belalang minat.. takper basil cepat membesar. Cube cek kat jualjualbenih.blogspot. die ada byk koleksi benih basil.

      Delete
  2. Kt laman sy pun byk..mudah membiak...suka buat lam jugak...:D

    ReplyDelete
  3. Betul Nadia, baik untuk ibu2 mengandung...

    ReplyDelete