Saturday 23 November 2013

Mee Hailam Jalen

Salam, Harini minggu ni kami nak share lagi satu resepi.. 


Bahan-bahan

Mee kuning 
Udang (4 ekor udang saiz sederhana)
Sekeping dada ayam
Sotong (3 ekor)
Daging (setengah mangkuk kecil/daging direbus dahulu)
Cendawan tiram/cendawan butang (4 keping dihiris )
Kobis (2 kelopak)
Tomato (1 biji dibelah 4)

Bawang Merah (2 ulas ditumbuk lumat)
Bawang Putih (2 ulas ditumbuk lumat)
Telur (2 biji)
Cili padi (4 biji tumbuk kasar)

Kicap Manis Jalen (2 sudu besar)*
Kicap Masin Jalen (1 sudu besar)*
Sos tiram (3 camca besar)*
Lada Hitam (1 sudu kecil)*
Minyak bijan (1 sudu kecil)*
(*gaul semua bahan bertanda dalam mangkuk)
Tepung jagung (1 sudu besar)
Garam dan gula secukup rasa

Hirisan daun sup dan daun bawang, secukupnya.

Cara-cara 

Rebus daging letak sedikit halia dan bawang putih dalam air rebusan.Setelah daging empuk toskan.Simpan air rebusan daging.Udang dibasuh,sotong dipotong ikut citarasa masing-masing.Daging ayam dipotong halus-halus.

Panaskan kuali masukkan cili padi,bawang merah kecil dan bawang putih yang ditumbuk lumat.Kemudian masukkan ayam diikuti dengan udang dan sotong.Setelah lebih kurang 2 minit kacau goreng bolehlah masukkan bancuhan sos diikuti stok daging.Masak hingga mendidih.

Masukkan kobis,tomato dan cendawan.Masak lebih kurang 4 ke 5 minit.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.Gaul rata masukkan mee dan daging yang direbus tadi.

Setelah digaul sebati letak garam dan gula secukup rasa.Pecahkan telur dua biji didalam mee hailam Jalen.Masak sehingga telur masak.Hidangkan mee hailam dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Nota:
1.Telur boleh digoreng asing.Apabila hendak makan boleh dihidangkan dengan telur goreng mata.
2.Jika tiada minyak bijan boleh diganti dengan minyak cili.

Sila Link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jalen. 


8 comments:

  1. Sedap ni.. cuma saya jarang gunakan tepung jagung ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.... Tepung jagung nak bg kuah pekat.. Letak sikit je.

      Delete
  2. mcm char kuew teow..haih sedap sedap semua terliur

    ReplyDelete
  3. salam pedasdanmanis; ni tentu kena guna kicap jalen kan...kalau tak, sah tk jadi mee hailam jalen kan?hehehe.....eeemmmm yummy

    ReplyDelete
  4. Salam. Guna kicap jalen? dah lama tak beli dan rasanya takde di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, dekat labuan ni ada.. Di sabah di bandar2 pun ada penah nampak..

      Delete