Tuesday 19 November 2013

Tentang Daun Kesum

Daun kesum atau nama sintifiknya - polygonum minus tidak asing lagi pada kita. Herba yang digunakan dalam masakan seperti asam pedas dan laksa .Nama-nama  yang lain juga disebut Pudina Vietnam, Ketumbar Vietnamese dan pudina Kemboja.


Pokok kesum amat mudah untuk dibiakan, batang daun kesum yang di beli di pasar - di benamkan kedalam tanah yang kaya dengan kompos, pastikan pokok kesum mendapat cahaya dan air yg secukupnya. 


Daun Kesom dalam polibag di laman kami, di letakan besebelahan paip air. 
Secara tradisinya, di Vietnam daun kesum  dipercayai dapat mengurangkan nafsu seksual. Sami-sami Buddha menanam sebagai langkah membantu dalam mengurangkan nafsu, untuk menjadi  sami  mesti hidup membujang. 


Antara lain khasiat daun kesum ialah, menguatkan daya penglihatan,mengatasi masalah kembung atau ketidak hadaman, mengharumkan tubuh, mengatasi masalah keputihan dan mengatasi masalah kelemumur.

Ada lagi kegunaan daun kesum yang masih belum diterokai, untuk kami cukuplah sekadar menjadi herba di laman rumah untuk di jadikan rencah dlm masakan kami. Anda bagaimana? 


11 comments:

  1. antara pokok yang amat susah untuk sy tanam...kalau dah hidup elok...memang diberi perhatian sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami guna tanah yg dah di campur dgn palet organik..biarkan dalam seminggu baru tanam,, kambus/benam 3/4 dari keratan - tingalkan pucuk dalam 2 3 ruas .. kalau tumbuh pucuk baru idup la tu..

      Delete
  2. Alhamdulillah, pokok kesum saya tumbuh sampai naik semak dah...senang hidup kesum ni......just cucuk, bg byk air and baja skali skala......tapi ada jgk kawan kat sini bgtau dia dah cuba byk kali kesum tapi susah nak hidup.....mgkn ada factor lain kot yg tak sesuai.....wallahualam.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, pada kami tanah dan air tu penting. pokko kesum mmg suka air..

      Delete
  3. Ya!!! ingat kesom ingat laksa tertelan air lioqq.....

    ReplyDelete
  4. yang ni setuju ngan nadia...cukup susah nak tanam kesum ni....ni tgh dok try lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn putus asa @na ye, cube cari yang panjang.. baringkan keratan tu.. kambus tinggalkan pucuk.. cayok!!!

      Delete
  5. Salam Pedasdanmanis,

    Mak Aji punya kesum elok subur, sampai tak termakan. Dulu semasa masih kerja selalu bawa ke ofis bagi2kan kat kawan2, sekarang takde lagilah.

    ReplyDelete
  6. saya juga gunakan kesum dlm rencah masakan terutama buat nasi goreng :)

    ReplyDelete
  7. Sya tgk mak buh dlm laksa ke daun ni.yg lain..ni baru sya tu ni :)

    ReplyDelete