Tomatilo berwarna kuning ke-emasan, entri yang sebelumnya kami ada memperkatakan tomatilo ni adalah cape gooseberry kerana daunya agak berbeza dgn tomatilo di Malaysia. Tak kisahlah janji sedap dimakan begitu saja.
Monday, 30 December 2013
Tuaian Tomatilo
Pokok tomatilo kelihatan sudah tua, kami tuai semua buah dan pangkas dahan. Gemburkan sedikit tanah dah letak baja. Dengan harapan tunas baru akan naik semula. Dari 3 pokok yang kami tanam ini lah hasil nye, ini tuaian kali ke 4.
Tomatilo berwarna kuning ke-emasan, entri yang sebelumnya kami ada memperkatakan tomatilo ni adalah cape gooseberry kerana daunya agak berbeza dgn tomatilo di Malaysia. Tak kisahlah janji sedap dimakan begitu saja.
Tomatilo berwarna kuning ke-emasan, entri yang sebelumnya kami ada memperkatakan tomatilo ni adalah cape gooseberry kerana daunya agak berbeza dgn tomatilo di Malaysia. Tak kisahlah janji sedap dimakan begitu saja.
Tuesday, 24 December 2013
Sawi Pahit (untuk di jeruk)
Sawi yang kurang kami gemari tapi amat mudah untuk hidup dgn subur, benih ni mungkin terjatuh kedalam pasu pokok cili ni, tapi membesar degan cepat sampai anak pokok cili tak kelihatan.
Rasa sawi pahit ni agak pelik dan dikatakan hanye sesuai untuk dibuat jeruk. Dah tengok resepi di website dan blog rakan cara untuk buat jeruk sawi ni agak mudah.
1. Jemurkan sawi seharian sampai layu.
2. Cuci sawi dan lumurkan garam
3. Rendamkan sawi yang dilumurkan garam tadi ke dalam bekas. Peram Semalaman.
4. Keesokkan harinya, campurkan gula melaka dalam bekas.
5. Simpan selama 3-4 hari.
Sedap di masak bersama asam pedas ikan pari.. Nak mencuba sekejap lagi..
Monday, 23 December 2013
Sunday Harvest (22/12/2013)
Salam, just nak share semalam punye tuaian. Baru saja musim hujan berakhir, banyak pokok kelihatan kurang sihat kemungkinan akar lemas dan tanah menjadi padat akibat curahan hujan yang lebat.
Kebanyakan pokok terung sudah kelihatan tidak bermaya mungkin bekas polibag sempit dan padat, akar tak menjalar dengan baik. Ada kelapanagn kene buat pengemburan tanah.
Semaian semula benih sayur sawi, tomato dan cili telah pun dimulakan. Semoga subur hendaknye.
Pelbagai terung, cili sawi, kacang panjang dan selasih |
Kebanyakan pokok terung sudah kelihatan tidak bermaya mungkin bekas polibag sempit dan padat, akar tak menjalar dengan baik. Ada kelapanagn kene buat pengemburan tanah.
Semaian semula benih sayur sawi, tomato dan cili telah pun dimulakan. Semoga subur hendaknye.
Tuesday, 17 December 2013
Khasiat Lobak Putih
Salam, Berkongsi sedikit info mengenai lobak putih -Tuaian petang semalam. Lobak putih atau lobak cina (Raphanus sativa) agak kurang digemari oleh masyarakat kita. Lobak putih mudah ditanam, tidak cerewet dan cepat berubi kalau nak dibandingkan dengan lobak merah dan rakan-rakan seangkatanya. Tahukan anda lobak mengandungi karbohidrat, tenaga, vitamin, mineral, kalori, protein , lemak , kalsium, fosforus, serat , zat besi , vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin. Semua zat ini memberi manafaat kepada kita.
![]() |
Tuain Lobak putih dari laman kami. |
Antara manafaat Lobak Putih
1. Lobak putih mengandungi glikosida yang dapat menyembuhkan rasa sakit pada perut dan juga mengatasi insomnia. Ini kerana ia bersifat antiinsomnia, hipnotis dan saforis.
2. Membantu mengurangkan kegelisahan bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur. Dengan itu, tubuh dapat lebih relaks dan tidur nyenyak.
3. Mengurangkan masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering berlaku akibat ketidhadaman makanan.
5. Mampu menentang bakteria. menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antiseptik. Sesuai dimakan sebagai ulam terutama dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
7. Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap tiga bulan.
8. Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan & mencerahkan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan dan dapat menghalang senyawa melanin.
10. Lobak putuh juga dikatan sayuran yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
Selain dimakan sebagai sayur, biasanya dibuat jeruk dan jus. Daunya juga boleh dijadikan sayur tetapi agak sedikit pahit. Lobak yang kami tuai di atas dijadikan rencah dalam sup ayam.
Monday, 16 December 2013
Ambuyat ( Menu Istimewa)
Salam, agak seketika tidak update blog kerana agak sibuk dgn urusan kerja. Harini nak share menu tradisi orang Labuan ( Sabah dan Sarawak juga) . Memang tak asing lagi lah Ambuyat ni.. kalau singgah rumah rakan rakan di Labuan ni Insyallah akan dihidangkan dengan menu yg berasakan sagu rumbia ni.
Ambuyat di rumah rakan sepejabat kami. |
Penyediaan agak mudah, cume perlu dicampur dgn air panas. Akan tetapi memerlukan sedikit pengalaman untuk membancuh untuk mendapat adunan yg betul. Kami tidak berani nak bagi resepi sbb kami tak mahir buat menu ni apatah lagi nak buat sendiri di rumah.
Biasanya dihidangkan dengan pencecah /Lauk seperti sambah belacan @ sambal cuka. Sayuran dan kerabu. Cara makan pun kene guna Lidi/buluh. (di lilit-lilit menjadi gumpalan kecil) dicecah pada lauk/sambal. Ngap telan trus.. Pada mulanya akan kekok dan susah nak masuk ke tekak kami. Sikit demi sedikit boleh lah..
Jika berkesempatan datang ke Borneo, bolehlah mencuba menu ni..
Thursday, 5 December 2013
Khasiat Kelapa Muda
Pulau Labuan memang tak asing lagi dengan buah kelapa, di labuan ni memang mudah nak dapatkan air kelapa. Biasernye di jual dgn harga RM2.50-3.50 mengikut saiz. Kami dimaklumkan 90% bekalan kelapa diperolehi dari tanah besar Sabah . Sesekali di hujung minggu pusing pusing Labuan mesti singgah Medan Selera di Pantai Pancur Hitam untuk menikmati air kelapa muda. Di rumah sewa kami ada pokok kelapa tapi terlalu tinggi untuk dikait.
Banyak Khasiat air kelapa muda ni, antaranya :
Seketika dulu Puding kelapa memang terkenal di Labuan, org semenanjung datang beli siap bawak masuk dalam kabin kapal terbang untuk dibawa balik - memang sedap. Tapi tak semua org pandai buat puding ni. Ada seorang pengusaha restoren pandai buat, malangnya kerana permintaan bekurangan dan kekagan masa beliau tidak lagi menjual puding kelapa.
Kalau nak cube buat puding kelapa boleh cuba google " Puding kelapa Labuan" biasanya dihidangkan besama buah kelapa.. Sedapp n refershing.
Air Kelapa Muda; minum tepi laut.. Indahnya.. |
Banyak Khasiat air kelapa muda ni, antaranya :
1. Mengurangkan demam panas.
2. Menghilangkan rasa penat dan lesu selepas berkeja berat.
3. Membersihkan saluran kencing dan melawaskan kencing.
4. Mampu menjaga fungsi pencernaan atau metabolisme dalam tubuh.
5. Mengurangkan mual-mual dan muntah-muntah.
6. Membantu mngurangkan risiko batu karang.
7. Merupakan cairan isotonik semulajadi.
Seketika dulu Puding kelapa memang terkenal di Labuan, org semenanjung datang beli siap bawak masuk dalam kabin kapal terbang untuk dibawa balik - memang sedap. Tapi tak semua org pandai buat puding ni. Ada seorang pengusaha restoren pandai buat, malangnya kerana permintaan bekurangan dan kekagan masa beliau tidak lagi menjual puding kelapa.
Kalau nak cube buat puding kelapa boleh cuba google " Puding kelapa Labuan" biasanya dihidangkan besama buah kelapa.. Sedapp n refershing.
Wednesday, 4 December 2013
Telur Ikan Mayong
Pada satu ketika dahulu,
Gambar ni diambil pada tahun 2011, telur ikan super giant yang agak sukar untuk mendapatkanya. Pada ketika itu kami sudah berada di Labuan. Penduduk Labuan memang tak makan ikan mayong. So, kat pasar memang takda jual. Kalau ada pun belum tentu ada telurnya.
![]() |
Telur ikan mayung |
Nak dijadikan cerita, pada masa itu kami sedang menunggu kelahiran anak pertama kami, mengidam lah pulak telur ikan ni.. Mak ayah dan adik beradik dikampung turut membantu mencari telur ni. Takut kempunan la pulak baby dalam perut tu nanti. Bila dah dapat masalah pulak nak pos telur fresh ni ke Labuan. Maka di frozenkanlah sampai kami balik kampung.
Nasib baik masa tu baru 7 bulan, sempat lagi balik naik flight semata nak makan telur ni. Tiket pun pada masa tu dah start murah. Susah kan duduk seberang laut ni, bila ada urusan yg biasa kita lakukan di tempat kelahiran kita takda pulak di tempat kita duduk sekarang. Betul lah pepatah " hujan batu di negara sendiri lebih baik dari hujan emas di negara org" - dalam kes ni negeri.. bukan negare. hehe.
Tuesday, 3 December 2013
Cili biru (Filus Blue)
Cili Filius Blue dikatogarikan dalam kumpulan Kapsikum
(Capsicum annuum). Cili hiasan dengan warna ungu kebiruan, dengan rasa agak pedas seperti
cili padi siam (40,000 - 58,000 SHU). Warna buah bertukar
menjadi merah bila masak. Buahnya lebat dan cantik sesuai dijadikan penyeri di laman.
Cili ni dipercayai berasal dari Maxico.
Pada kami cili Filius Blue ni agak senang untuk hidup dan
tidak memerlukan penjagaan intensive. Serangan
serangga perosak pun kurang. Penyediaan tanah yang kaya dengan kompos
dan saliran yang baik sudah cukup untuk mendatangkan hasil yang lumayan dalam
tempoh 80hari. Biasanya kami buat rencah menu bergoreng seperti nasik goreng.
Monday, 2 December 2013
Sunday Harvest
Seperti biasa, hari minggu menuai hasil apa yang ada di laman. Kubis Purple dua kuntum, Sawi (red giant mustard ) dan tomatilo. Ada dua bendi merah dah hijau (untuk stok benih).
Tuaian 1/12/13 |
![]() |
Red Giant Mustard bedaun besar. |
Friday, 29 November 2013
Perkembangan Pokok Fig / Tin
Salam jumaat, just nak share perkembangan pokok fig/ tin yang ditanam melalui keratan batang dari seberang. Ada beberapa pokok gagal untuk berjuang kerana kesilapan tuanya menyediakan medium dan bekas yang sesuai. Medium yang digunakan menyimpan banyak air iaitu tanah merah + pallet + sedikit pasir. Ditambah pula tuan punya pokok rajin menyiram pokok sampai akar lemas.
Berikut adalah antara tips penjagaan sebelum dan selepas dipindahkan ke pasu.
1. Pasu yang kecil - gunakan pasu yang kecil. Mengapa? sebab anda boleh kawal jumlah kelembapan dalam pasu dan menyediakan akar pokok supaya lebih kuat.
2. Pemindahan anak pokok boleh dilakukan sebulan selepas keratan disemai. Anda boleh mengetahui akar sudah besedia apabila akar sudah bertukar dari warna putih ke warna kecoklatan. Begitu juga dgn sistem akar yang beselirat menunjukan ia sudah besedia untuk dipindahkan.
3. Sediakan campuran tanah hitam + batu pasir kasar + kompos. Nisbah (1:1:1). Boleh juga di tambah sedikit tanah merah.
4. Boleh juga meletakan ketulan batu di dasar pasu untuk saliran air yang lebih baik. isikan campuran tanah kedalam pasu.
3. Berhati-hati bila membuka bekas semaian supaya akar tidak tecedera. Buat lubang supaya ditengah pasu dan masukan anak pokok.
4. Letakan anak pokok di tempat yang redup. sungkup jika kawasan persekitan agak panas di waktu tgh hari. Setelah beberapa seminggu anak pokok sudah serasi degan tempat barunya - boleh letakan di tempat yang menerima cahaya matahari pagi antara sejam dua.
5. Siraman boleh di buat sekali sehari. 2 kali jika tanah terlalu kering. Kami hanya menggunakan setengah cawan air untuk pasu seperti di atas. Sekadar melembabkan tanah.
Kita sambung perkembangan pokok fig/tin di lain entri bulan depan.
Thursday, 28 November 2013
Tentang Basil (selasih)
Basil (Ocimum basilicum) atau disebut selasih oleh masyarakat kita, merupakan
herba yang mempunyai aroma unik seperti keluarga pudina. Terdapat lebih daripada 40 kultivar basil di
seluruh dunia, datang dengan pelbagai
warna dan aroma. Ada yang bewarna hijau, putih dan ungu. Aroma pula
seperti bau limau, bunga cengkih, kayu
manis, jintan manis atau thyme.
Antara khasiat Basil.
1. Basil baik untuk kesihatan jantung. Basil kaya dengan
beta- karotena dan karotenoid, ia melindungi sel daripada
kerosakan radikal bebas dan kolesterol. Basil juga mempunyai sumber magnesium, meningkatkan aliran darah,
dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
2. Basil untuk kulit, minyak pati yang terdapat dalam selasih telah lama menjadi bahan alternatif
organik dalam merawat kulit kering, jerawat dan psoriasis.
3. Basil menghalang beberapa jenis kanser. Ia mempunyai
flavonoid yang melindungi struktur sel daripada kerosakan bepunca dari radikal bebas.
4. Basil dikatakan membantu dalam merawat sembelit , masalah
pencernaan, kejang perut, dan banyak lagi.
Pokok basil mudah di biakan melalui biji benih atau keratan batang, untuk mendapatkan pokok yang sihat sentiasa tuai pucuk basil untuk pertumbuhan pucuk baru yg segar. Ada yg mengatakan supaya mencantas pucuk yg akan berbunga untuk mengekalkan rasa dan jangka hayat pokok semakin lama.
Kami gunakan daun basil sebagai ulam dan sesekali dijadikan teh..
![]() |
Anak pokok basil unggu. Sekitar 20hari selepas bercambah. |
Pokok basil mudah di biakan melalui biji benih atau keratan batang, untuk mendapatkan pokok yang sihat sentiasa tuai pucuk basil untuk pertumbuhan pucuk baru yg segar. Ada yg mengatakan supaya mencantas pucuk yg akan berbunga untuk mengekalkan rasa dan jangka hayat pokok semakin lama.
Kami gunakan daun basil sebagai ulam dan sesekali dijadikan teh..
Wednesday, 27 November 2013
Kubis Unggu (Purple)
Harini nak share koleksi laman kami.. walaupun kubis ni tak membentuk jantung yang besar. Tapi kami bahagie dengan warnanya yg cantik dan unik.. Kami tanam di pasu yang digantung di tepi pagar (nak elak siput panjat).. campuran tanah seperti biase- tanah kompos, pasir, pallet organik dan sedikit tanah merah. Siram 2 kali sehari. Rasa daun kubis kami ni agak liat.. tapi boleh makan.
![]() |
Kubis Unggu membentuk jantung, sebesar bola tenis je. |
Kubis ungu adalah dari keluarga brassica. Kubis ungu mempunyai nisbah nutrien dan vitamin (A dan C) yang agak tinggi dan rendah kalori dan lemak. Selain itu ia kaya dengan serat. Biasanya dibuat salad, coleslaw, masakan tumis dan jeruk. Kami cadang untuk dijadikan masak tumis bercili bila ia sudah sesuai untuk dituai..
Tuesday, 26 November 2013
Cili Fatalli
Cili Fatalii adalah cili yg beasal dari keluaga chinense Capsicum, di katakan berasal dari tengah dan selatan Afrika. Ia digambarkan mempunyai rasa limau dengan haba membakar yang setanding dengan habanero .. Pada kami, rasa cili ni agak pelik bebanding cili-cili yg berada dipasan kita.. bau kepedasan yang agak unik mungkin menakutkan kita untuk menggunakanya, manakala rasanya memang pedas.
![]() |
Cili Fatalli dari Laman kami, pokok rajin bebuah .. |
The Scoville Institut menyenaraikan Fatalii sebagai cili ketujuh paling pedas, antara 125,000-400,000 scoville. Cili ini berkulit nipis, bewarna hijau pisang bila muda dan betukar menjadi kuning bila masak. Cubaan kami untuk mengumpul benih beberapa kali gagal sebab biji masih muda dan kuantitinya bijinya sedikit - pada zahirnya kelihatan sudah masak ranum.
Monday, 25 November 2013
Sunday Harvest (24/11/2013)
Terung di buat pajeri, sawi, lobak dan cili tumis air. Selasih dibuat ulam.
Saturday, 23 November 2013
Mee Hailam Jalen
Salam, Harini minggu ni kami nak share lagi satu resepi..
Bahan-bahan
Mee kuning
Udang (4 ekor udang saiz sederhana)
Sekeping dada ayam
Sotong (3 ekor)
Daging (setengah mangkuk kecil/daging direbus dahulu)
Cendawan tiram/cendawan butang (4 keping dihiris )
Kobis (2 kelopak)
Tomato (1 biji dibelah 4)
Bawang Merah (2 ulas ditumbuk lumat)
Bawang Putih (2 ulas ditumbuk lumat)
Telur (2 biji)
Cili padi (4 biji tumbuk kasar)
Kicap Manis Jalen (2 sudu besar)*
Kicap Masin Jalen (1 sudu besar)*
Sos tiram (3 camca besar)*
Lada Hitam (1 sudu kecil)*
Minyak bijan (1 sudu kecil)*
(*gaul semua bahan bertanda dalam mangkuk)
Tepung jagung (1 sudu besar)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun sup dan daun bawang, secukupnya.
Cara-cara
Rebus daging letak sedikit halia dan bawang putih dalam air rebusan.Setelah daging empuk toskan.Simpan air rebusan daging.Udang dibasuh,sotong dipotong ikut citarasa masing-masing.Daging ayam dipotong halus-halus.
Panaskan kuali masukkan cili padi,bawang merah kecil dan bawang putih yang ditumbuk lumat.Kemudian masukkan ayam diikuti dengan udang dan sotong.Setelah lebih kurang 2 minit kacau goreng bolehlah masukkan bancuhan sos diikuti stok daging.Masak hingga mendidih.
Masukkan kobis,tomato dan cendawan.Masak lebih kurang 4 ke 5 minit.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.Gaul rata masukkan mee dan daging yang direbus tadi.
Setelah digaul sebati letak garam dan gula secukup rasa.Pecahkan telur dua biji didalam mee hailam Jalen.Masak sehingga telur masak.Hidangkan mee hailam dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Nota:
1.Telur boleh digoreng asing.Apabila hendak makan boleh dihidangkan dengan telur goreng mata.
2.Jika tiada minyak bijan boleh diganti dengan minyak cili.
Sila Link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jalen.
Friday, 22 November 2013
Serangan Siput
Musim Hujan kebelakangan ni, banyak pulak siput datang.. kemungkinan datang dari rumpun pandan di blakang rumah. Siput ni seronok betul makan anak-anak semaian kami. Siang hari mmg tak nampak kelibat siput ni..mereka menyorok di bawah polibag.. bila malam mereka beraksi dengan hebatnye.. dengan memakan dan mengisap batang anak pokok... kalo tak hilang daun,, batang anak pokok akan patah.
![]() |
Siput mati menyerang daun bawang. |
Cara Kami nak bunuh siput ni senang jer, gune racun siput.. tabur jer sikit kat tepi pokok tu.. esok pagi bebuih2 siput tu mati. Anda ada masalah serangan siput?
Tahukah anda ada krim kulit berasal dari Helix aspersa
(sejenis siput) yang dijual untuk
digunakan pada kedutan, parut, kulit kering, dan jerawat. Satu kajian
penyelidikan mencadangkan bahawa rembesan yang dihasilkan oleh Helix aspersa
mungkin memudahkan pertumbuhan semula tisu yang cedera.
Wednesday, 20 November 2013
Khasiat Peria
Harini nak cerita Peria, Nama saintifik Momordica Charantia. Ia sebenarnya berasal dari India dan dibawa ke China pada abad ke-14. Orang Jepun memanggilnya Goya dan ampalaya di Filipina. Sebenarnye peria ni dikategorikan sebagai buah bukan sayur. Kebanyakan negara-negara Asia dan di wilayah Afrika, peria digunakan untuk merawat sakit perut dengan memakan secara mentah.
![]() |
Tuaian Peria di laman kami. |
Peria mempunyai sebatian antihelminthic. Bahan yang digunakan untuk rawatan
penyakit gastrousus (pedarahan dalam perut/usus) dan boleh membunuh cacing parasit dalam badan kita. Di Togo
, mereka menggunakan buah ini secara semulajadi menghapuskan cacing dalam badan
mereka.
Khasiat
Daun Peria
Daun peria juga dikatakan boleh digunakan untuk menyembuhkan beberapa
penyakit. Menghalang bakteria malaria dalam tumbuh. Dengan merebus
beberapa daun dan dan minum seperti teh. Anda boleh menambah bawang putih,
garam, atau sedikit gula untuk mengurangkan rasa pahit daun.
Khasiat
untuk pesakit Diabetes
Peria
juga merupakan makanan terbaik untuk penghidap kencing manis. Ia mempunyai
keupayaan untuk meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan kita.
Lain-lain
Faedah Kesihatan Peria
Peria juga mempunyai bahan anti-kanser. Terdapat dua sebatian yang terdapat pada
pokok iaitu asid a- eleostearic , yang boleh anda dapati di dalam biji peria, dan asid 15,16 -dihydroxy -a- eleostearic , yang anda akan dapati di buahnya . Kedua bahan ini adalah ubat yang baik untuk masalah leukemia dan beberapa masalah darah seperti anemia. Ia membantu dalam menghasilkan sel-sel
darah merah yang sihat dan baki jumlah sel-sel darah putih dalam badan kita. Ia
juga menormalkan tekanan darah.
Peria juga mempunyai folates . Kajian sebenarnya menunjukkan bahawa ia mempunyai
jumlah yang tinggi folates yang membantu dalam merawat kecacatan tiub saraf
yang biasanya berlaku semasa awal kehamilan.
Ia
mungkin sukar dipercayai tetapi peria juga mengandungi Vitamin -C. Vitamin C
adalah baik dalam menghapuskan radikal bebas. Radikal bebas adalah punca
sel-sel malignan , jadi membantu diri anda untuk makan Vitamin -C makanan yang
kaya untuk mengelakkan pengeluaran radikal bebas dalam badan anda.
Kesan sampingan Peria
Ia
boleh menyebabkan hipoglisemia (kandungan gula dalam darah terlalu rendah) kerana
peria mengandungi charantin. Jika anda akan minum teh peria berlebihan atau
makan terlalu banyak buah peria anda
akan mengalami hipoglisemia ini.
Jika
anda tidak mempunyai kepakaran untuk menggunakan biji peria , jangan cuba
untuk makan. Ini adalah sangat toksik, dan
mungkin membawa kepada muntah, cirit-birit, dan juga boleh menyebabkan koma
kanak-kanak. Jadi, jangan biarkan anak-anak anda makan biji kerana ia beracun.
Berjaga-jaga kepada wanita hamil : cuba untuk
menjauhkan diri dari peria atau mengurangkan pengambilan peria, Mengapa? Ini adalah kerana
peria mempunyai monorcharins bahan yang mungkin mempunyai kesan sampingan pada rahim dan seterusnye kepada keguguran.
p/s : info di ambil dari pelbagai carian google.
p/s : info di ambil dari pelbagai carian google.
Tuesday, 19 November 2013
Tentang Daun Kesum
Daun kesum atau nama sintifiknya - polygonum minus tidak asing
lagi pada kita. Herba yang digunakan dalam masakan seperti asam pedas dan laksa
.Nama-nama yang lain juga disebut Pudina Vietnam, Ketumbar Vietnamese dan
pudina Kemboja.
Pokok kesum amat mudah untuk dibiakan, batang daun kesum yang di beli di pasar - di benamkan kedalam tanah yang kaya dengan kompos, pastikan pokok kesum mendapat cahaya dan air yg secukupnya.
Daun Kesom dalam polibag di laman kami, di letakan besebelahan paip air. |
Secara tradisinya, di Vietnam daun kesum dipercayai dapat
mengurangkan nafsu seksual. Sami-sami Buddha menanam sebagai langkah membantu
dalam mengurangkan nafsu, untuk menjadi sami mesti hidup
membujang.
Antara lain khasiat daun kesum ialah, menguatkan daya
penglihatan,mengatasi
masalah kembung atau ketidak hadaman, mengharumkan tubuh, mengatasi masalah keputihan dan mengatasi masalah kelemumur.
Ada lagi kegunaan daun kesum yang masih belum diterokai, untuk kami cukuplah sekadar menjadi herba di laman rumah untuk di jadikan rencah dlm masakan kami. Anda bagaimana?
Monday, 18 November 2013
Sunday Harvest
Saturday, 16 November 2013
Tomato Terbalik
Harini nak share gambar kenangan awal taun 2013, projek pokok tomato yg di tanam terbalik. Kami ader terbace dalam blog di Malaysia yg pernah tanam pokok terbalik ni ( tak ingat blog sape). Melalui pemerhatian kami, teknik ni boleh di guna pakai kerana pokok kelihatan sihat dan lebih cepat mngeluarkan hasil. Mari kita lihat.
Botol minyak sebagai pasu, Benih tomato dari pasar - umur sekitar sebulan |
Tomato berbunga selepas sebulan lebih di tanam. |
Buah masak ranum sekitar dua bln stengah selepas di tanam. |
Kepada sesiape yg mempunyai ruang yang sempit boleh cuba teknik ni.
Friday, 15 November 2013
Sambal Sunda
Salam, harini nak kongsi satu lagi resepi.
Bahan-bahan
Cili padi (satu mangkuk kecil/segenggam cili)
Bawang merah (4 ulas-Sebiji dimayang halus)
Bawang putih (3 ulas)
Halia (seinci)
Serai (1 batang)
Lengkuas (seinci)
Tomato (1 biji)
Sedikit gula melaka
Belacan
Garam (satu sudu kecil/ikut kesesuaian citarasa masing2)
Cara-cara
Semua bahan-bahan dikisar halus.
Tumis bawang yang telah dimayang halus.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus.Goreng sehingga naik minyak dan letak garam.Suaikan rasa siap sambal sunda kita.
Slamat mencuba.
Wednesday, 13 November 2013
Resepi Nasi Celery
Nasi Saleri
Bahan-bahan
2 cawan Beras Basmathi
2 batang saleri (dipotong serong)
1 cawan santan dan 2 cawan air ( santan boleh diganti dengan susu)
1 sudu kecil pes halia
1 sudu kecil pes bawang putih
1 biji bawang besar (kisar halus dan dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil garam
Bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
Cara-cara
Bahan-bahan
2 cawan Beras Basmathi
2 batang saleri (dipotong serong)
1 cawan santan dan 2 cawan air ( santan boleh diganti dengan susu)
1 sudu kecil pes halia
1 sudu kecil pes bawang putih
1 biji bawang besar (kisar halus dan dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil garam
Bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
Cara-cara
Panaskan periuk masukkan butter tumiskan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis.Kemudian tumis bawang besar serta cili hijau yang dihiris.
Selepas itu,masukkan kisaran bawang besar,pes halia dan bawang putih.Setelah itu, masukkan hirisan saleri. Lebih kurang 2 minit masukkan 2 cawan air dan 1 cawan santan bersama 1 sudu kecil garam. Bila air sudah mendidih bolehlah masukkan beras. Siap nasi saleri kita. Jika nak mudah boleh masak dalam rice cooker.
Nota:
1.Butter boleh digantikan dengan minyak sayur
2.Jika tidak mahu guna santan atau susu boleh digantikan dengan stok ayam.
Tuesday, 12 November 2013
Strawberi Kundasang
Semalam kami betuah kerana pesanan 4 anak pokok
strawberry telah sampai. Kawan sepejabat yang pulang ke kampungnya di kundasang - Sabah, bermurah hati untuk membelikan anak pokok strawberry variasi kundasang. Dikatakan buah starwberry ni agak kecil dan sedikit masam.. tetapi tahan panas. Anak pokok yang sihat dengan
harga RM5 sepokok. Kami cuba tanam di Labuan yg terkenal dgn bahang panas pulau, harap-harap
ada hasil nya nanti.
![]() |
Anak Pokok Strawberry Kundasang |
Cara Tanam Strawberi,
Secara teorinya pokok strawberi memerlukan
persekitaran seperti berikut untuk hidup subur.
1. Suhu udara optimum 17 – 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 C.
2. Kelembaban udara (RH) 80 – 90%.
3. Penyinaran matahari 8 – 10 jam/hari.
1. Suhu udara optimum 17 – 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 C.
2. Kelembaban udara (RH) 80 – 90%.
3. Penyinaran matahari 8 – 10 jam/hari.
Memandangkan syarat pertama pun tak lepas, maka kemungkinan pokok strawberi ni hidup subur agak tipis di Labuan. Tetapi tapi tidak salah untuk mencuba.
1. Penyediaan Tanah,
Komposisi bahan medium tanam yang biasa digunakan adalah :
a. Tanah bakar
b. Pasir
Sungai
c. Kompos
d. Palet organik
d. Palet organik
Campuran
dengan pembahagian nisbah 1:1:1:1
2. Siraman,
- Thanks pada SmRose dan Lynna atas teguran/tunjuk ajar untuk guna petua yg betul.
4. Cahaya matahari,
Di nasihatkan jangan dedahkan pokok pada matahari, cukup sekadar mendapat cahaya matahari pagi.
5. Pembajaan,
Untuk daun : Baja Urea untuk menyuburkan, 2 minggu sekali - 1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air.
Untuk buah : Baja yang kaya dengan unsur K - 2 minggu sekali -1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air.
Kita lihat perkembangan 4 pokok strawberi ni bila sudah berbuah nanti :)
Saturday, 9 November 2013
Tomatillo atau Cape Gooseberry?
Awal tahun ni kami ada menyemai pokok tomatilo (seperti tertera pada label peket). 3 biji benih bercambah dah dipindahkan ker polibag. tak smpai sekaki buah pun tak nampak kene tiup angin la pulak... patah.. kami biar jer..
![]() |
Tomatilo vs Cape Gooseberry |
Cuma kami raser pokok ni bukan tomatilo yg kita sebut selalu, dari pemerhatian kami ni mungkin pokok cape gooseberry atau dikenali sebagai Physalis peruviana. Berdaun lebar, hujau gelap dan sedikit berbulu, manakala buahnya yg masak berwarna emas kekuningan -Rasa manis. Physalis peruviana digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat kanser , leukemia , malaria , asma , hepatitis, dermatitis atau sakit sendi.
Friday, 8 November 2013
Tentang Kangkung
Sayur kangkung mmg terkenal di Malaysia.
Biasanya dibuat tumis goreng belacan dan penambah rencah dalam masakan kita
seharian. Kangkung dikatakan berasal
dari India, yang kemudian menyebar ke Malaysia, Indonesia, Cina Selatan,
Australia, dan Afrika. Di Cina, sayuran ini dikenal sebagai weng cai. Di negara
Eropa, kangkung biasa disebut swamp cabbage, water convolvulus, atau water
spinach. Kanking atara tanaman yang tumbuh cepat dan memberikan hasil dalam waktu
4-6 minggu selepas benih di semai.
Tanaman bernama Latin Ipomoea reptans ini terdiri
dan dua jenis ,iaitu kankung darat (kangkung cina) dan kangkung air (Kankung Liar)
yang tumbuh di parit dan sawah. Perbezaan antara kangkung darat dan kangkung
air terletak pada saiz daun dan warna bunga. Kangkung air berbunga putih kemerah-merahan,
manakala kangkung darat bunga putih bersih. Rasanya juga berbeza dimana kankung liar lebih liat.
![]() |
Kangkung di Laman kami, cambahan kedua selepas dituai. |
Kangkung juga kaya dengan zat
besi, vitamin A, B complex, vitamin C dan omega 3. Antara khasiat kankung yang kita tidak ketahui ialah 1.
Mampu merehatkan urat saraf. 2. untuk mejaga penglihatan mata 3. mengurangkan
kadar gula dalam badan (diebitis). Oleh itu, mari jadikan kangkung salah satu tanaman sayur di laman anda :-
Thursday, 7 November 2013
Rekod Peribadi (Bendi)
Salam, rekod peribadi apabila bendi di laman rumah menghasilkan kepanjangan yang luar biase, mungkin anda penah menghasilkan bendi sepanjang ini, tapi buat kami ini adalah satu pencapaian terbaik buat kami hehe.
Antara koleksi bendi yang dituai semalam :
![]() |
9 inchi (23cm) - masih lembut. |
Antara koleksi bendi yang dituai semalam :
![]() |
Bendi -singa, kampung, merah dan mata helang. |
Wednesday, 6 November 2013
Maal Hijrah 2013 M / 1435 H
Salam Maal Hijrah,
Semoga tahun baru yg memberi seribu makna... tema tahun ni ''Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah''. Bersame-same berhijrah ke satu tahap yang lebih baik untuk diri anda, keluarga dan ummah..
Sunday, 3 November 2013
Kebakaran di Labuan 3/11/13
Harini kami dikejutkan dengan kebakaran rumah kediaman berdekatan dengan pejabat kami. Syukur tiada kehilangan nyawa dilaporkan. 8 buah rumah terlibat pada kejadian yg berlaku pada jam 11pagi td. pemerhatian kami rumah dikawasan tu memang rapat-rapat, lagipun bahan binaan diperbuat daripada kayu, api merebak agak pantas.
Laporan dan gambar ada di facebook Jabatan bomba Labuan seperti dibawah :
https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Bomba-Penyelamat-WP-Labuan-Fire-Rescue-Dept-Labuan-FT/203400663018395?directed_target_id=0
Aphid dah White Fly
Salam pada semua pengunjung blog pedasdanmanis, semalam kami ada bercerita pasal cili paling pedas di dunia. Sebenarnya untuk tanam cili tersebut bukan mudah, lebih lagi bila ia diserang oleh serangga perosak. Aphid dan White fly adalah 2 mahluk perosak yang suka sangat dengan pokok cili kami. Mereka duduk di bawah daun dan pucuk muda lalu menghisap cairan pada pokok cili kami. Dalam masa sehari dua pucuk akan menjadi kerekot dan petumbuhan terbantut.
![]() |
Aphid berkampung dabawah daun cili |
Cara pertama paling berkesan untuk kami membunuh makhluk ni ialah dgn menggunakan larutan sabun dan minyak, cara ini amat bekesan dan sering diperkatan oleh para gardener dan blogger2. Ia juga di praktikan oleh pekebun komersil untuk menjimatkan kos racun. Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Botol Spayer ( 500 liter)
2. 1 Sudu teh sabun pencuci pinggan
3. 1/2 sudu teh minyak masak.
Campur dan goncang, terus spray ke perkampungan musuh. Lakukan pagi dan petang - esok anda akan lihat aphid ni mati dan meninggalkan kesan bewarna hitam pada daun. Kalau tak mati..spray lagi.
Cara kedua dan lebih mudah ialah pangkas /potong pucuk atau daun yang terkena serangan. Buang dalam plastik dan terus ke tong sampah.
Tips: Salah satu cara anda mengesan kehadiran aphid ialah dengan bantuan semut. Semut adalah rakan baik kepada aphid.
Tips: Salah satu cara anda mengesan kehadiran aphid ialah dengan bantuan semut. Semut adalah rakan baik kepada aphid.
Subscribe to:
Posts (Atom)