Salam jumaat, just nak share perkembangan pokok fig/ tin yang ditanam melalui keratan batang dari seberang. Ada beberapa pokok gagal untuk berjuang kerana kesilapan tuanya menyediakan medium dan bekas yang sesuai. Medium yang digunakan menyimpan banyak air iaitu tanah merah + pallet + sedikit pasir. Ditambah pula tuan punya pokok rajin menyiram pokok sampai akar lemas.
Berikut adalah antara tips penjagaan sebelum dan selepas dipindahkan ke pasu.
1. Pasu yang kecil - gunakan pasu yang kecil. Mengapa? sebab anda boleh kawal jumlah kelembapan dalam pasu dan menyediakan akar pokok supaya lebih kuat.
2. Pemindahan anak pokok boleh dilakukan sebulan selepas keratan disemai. Anda boleh mengetahui akar sudah besedia apabila akar sudah bertukar dari warna putih ke warna kecoklatan. Begitu juga dgn sistem akar yang beselirat menunjukan ia sudah besedia untuk dipindahkan.
3. Sediakan campuran tanah hitam + batu pasir kasar + kompos. Nisbah (1:1:1). Boleh juga di tambah sedikit tanah merah.
4. Boleh juga meletakan ketulan batu di dasar pasu untuk saliran air yang lebih baik. isikan campuran tanah kedalam pasu.
3. Berhati-hati bila membuka bekas semaian supaya akar tidak tecedera. Buat lubang supaya ditengah pasu dan masukan anak pokok.
4. Letakan anak pokok di tempat yang redup. sungkup jika kawasan persekitan agak panas di waktu tgh hari. Setelah beberapa seminggu anak pokok sudah serasi degan tempat barunya - boleh letakan di tempat yang menerima cahaya matahari pagi antara sejam dua.
5. Siraman boleh di buat sekali sehari. 2 kali jika tanah terlalu kering. Kami hanya menggunakan setengah cawan air untuk pasu seperti di atas. Sekadar melembabkan tanah.
Kita sambung perkembangan pokok fig/tin di lain entri bulan depan.
Assalamualaikum. Sekadar ingin bertanya - kenapa pokok tin bagaikan agak popular kebelakangan ini? Setahu saya pokok ini boleh menjadi sangat besar. TQ.
ReplyDeleteWalaikumsalam, antara sebab ia mula polupar kerana khasisatnya dari daun hingga la ke buahnya. Yang kedua rasa buahnya yg dikatakan sedap dan manis, yang ketiga kerana harganya anak poko yg sihat seperti diatas boleh dijual sekita100-150 sepohon. Itu pandagan kami En Tarique.
Deletenanti bila dah berbuah bole lah order buah tin segar dr Labuan yer
ReplyDeleteBoleh SmRose, skarang ni tgh cube tanam untuk 2nd batch tanam banyak2..
DeleteKalau ada tanah yang luas boleh gak nk Cuba tanam
ReplyDeleteNadia.. ramai yang tanam kat pasu & polibag je. cubelah.. mmg mencabar tanam pokok ni..
DeleteWaahhhh dah tumbuhhhhh.......Saya punya cutting akar dah berserabut tapi daun tak tumbuh2....any idea kenapa? huhuhu :)
ReplyDeleteHmm.. saya pun kurang pasti, biasernye tunas yg tumbuh dl baru akar. takpe cuba tuggu seminggu dua lagi.
DeleteSeronok bila ramai kawan2 tanam fig ni... situasi saya ni belum boleh lagi nak seriis dgn fig... teringin juga... kekangan masa dan tempat untuk belek pertumbuhannya.
ReplyDeleteMcm bermusim gitu kan.. go with the flow... seketika dl anggur.. pokok fig ni xperlukan ruang.. manje n pelukan perhatian.. sensitif..
Deletesalam pedasdanmanis;
ReplyDeletesekali tgk mcm pokok mulberry pun ada, tk penah tgk pokok fig ni...
Daun fig ni ikut variasi.. ada beratus kalau tak silap kami.. ficus carica nama saintifiknye. Berbeza dgn pokok ara di malaysia.
Delete