Tuesday, 22 October 2013

Tentang Cili

Cili Itu Sayur
Kami penah memperkataan dalam entry yang lepas kami focus untuk tanam pokok cili, setelah membuat sedikit penyelidikan mengenai cili, disini kami kongsikan  perihal cili dengan anda. Cili  atau nama saintifiknya  Capsicum ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae . Ia dipercayai berasal dari  Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika seperti Malaysia. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan variety. 
Namanya berasal dari Bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak. Cili adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat  berabad tahun lalu.

Morfologi cili
Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula terdapat pelbagai jenis berbentuk. 

Cili Jalapeno : Berkulit tebal kurang pedas.
Varieti
Terdapat pelbagai jenis varieti cili di Malaysia yang kebanyakannya digunakan dalam bahan masakan. Terdapat beberapa kultivar cili (Capsicum annum Lin) yang ditanam di Malaysia seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis  Hybrid. Jenis kulai adalah di antara yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas disukai ramai. Berikut adalah kategori Varieti cili yang terdapat di seluruh dunia.  

  • Capsicum annuum
  • Capsicum chinense
  • Capsicum frutences 
  • Capsicum pubescens
  • Capsicum baccatum


Skala Scoville
Skala Scoville adalah unit untuk mengira kepedasan cili . Buah cili  mengandungi capsaicin, suatu  bahan kimia  yang merangsang hujung saraf penerima pedas di lidah, dan jumlah kiraan pedas Scoville (SHU) menunjukkan jumlah capsaicin yang ada. Scolville berasal pengasasnya iaitu Mr Wilbur Scolvile  dan  dia juga  mengembangkan Tes Organoleptic Scoville pada 1912.

Scoville Unit
Contoh Cili
1.500.000–2.000.000
 Semburan Cili Polis, Trinidad Scropion Moruga
855.000–1,463,700
Naga Viper, Trinidad Scropion Moruga Butch T
350.000–580.000
Habanero Red Savina
100.000–350.000
Jamaican hot pepper,
50.000–100.000
Cili Thai
30.000–50.000
Cili Tobasco
10.000–23.000
Cili Serano
3.500–8.000
Cili Jalapeno
1.000–2.500
Cili pablano
100–900
Cili Banana / Pisang
Tidak terlalu pedas
Cili Benggala

Itulah sedikit sebanyak menggenai cili,  ada beberapa pokok cili di laman kami yang sedang berbuah. tak lama lagi bolehlah di kongsi benih dengan kawan-kawan. Sampai disini kita sambung lagi esok. 

Monday, 21 October 2013

Cara Tanam Keratan Batang Tin / Fig

Langkah- Langkah Membiakan Pokok Tin / Fig Melalui Keratan Batang

Beberapa minggu yang lepas, kami ada memperkatakan tentang pembelian keratan tin / fig dari Indonesia. Harini genap umur keratan tin  / fig  18 hari. Semua keratan menunjukan perkembangan yang positif. Harini kami kongsikan cara kami tanam keratan tin / fig. 

1. Buka bungkusan dengan segera
Buka bungkusan dengan berhati-hati, jangan sampai keratan tercedera. Kebiasaannye seller akan membungkus keratan dengan tisu basah dan  dibungkus sekali lagi dengan plastic wrap untuk memastikan kesegaran keratan tersebut. 

2. Sediakan keratan 
Keratan yang biasa di jual ialah antara 15-25cm panjang dan saiznya besar sedikit dari pensil, anda boleh memotong keratan  menjadi dua sekiranaya ia cukup panjang dah pastikan terdapat sekurang-kurangnya 4 mata tunas pd satu keratan. Jika keratan bersaiz besar - 2 mata tunas sudah memadai. 

3. Sediakan bekas semaian
Kami menggunakan bekas plastik, ditebuk lubang di bahagian bawah (2-4 lubang) dan sekeliling / tepi bekas. Ini penting  untuk saliran air dan pengudaraan.  Kami gunakan skru driver yg dipanaskan di atas dapur gas untuk membuat lubang.  
Lubang pada bekas  keratan tin / Fig
4. Sediakan medium semaian / keratan 
Pelbagai bahan boleh digunakan, syaratnye medium perlu peroi dan boleh mengekallkan kelembapan keratan. Kami menggunakan campuran sabut kelapa (cocopeat) dan tanah Holand (free peat).  

Campuran cocopeat dan free peat
5. Rendam dengan anti fungus (anti Kulat) 
Ada pelbagai cara untuk mengelakan keratan dijangkiti fungus dan membusuk, 
  • Cara yang paling mudah ialah dengan merendam dgn racun fungus selama 30 minit.  
  • Menggunakan air kulit kayu manis (Kayu manis dihancurkan - rendam semalaman) keratan direndam selama 2 jam. 
  • Menggunakan larutan baking Soda dan air ( rendam 30 minit) . 

Kami menggunakan cara yang pertama kerana ia lebih berkesan dan mudah. Keringkan keratan seketika supaya keratan keratan dapat meresap larutan anti kulat. 

6. Hormon penggalak akar
Kami tidak menggunakan penggalak akar, tetapi anda boleh mencuba pelbagai jenis penggalak agar samada sintatik maupun organik, sebagai contoh ; madu asli - ia boleh dilakukan dengan melumurkan sedikit madu di bahagian bawah keratan. 

7. Buat lubang pada medium. 
Lubangkan dengan menggunakan pensil/kayu, ini memudahkan keratan masuk ke medium tanpa mencederakan keratan.  Keratan dibenamkan ke medium sekurangnya 5-6cm  dan  padatkan sedikit tanah pada pangakal keratan  dengan jari supaya ia tidak bergoyang - pastikan ada sekurang-kurangnya 2-3 mata tunas di permukaan . 

8.  Siraman
Kami gunakan botol sprayer menyiram keratan sekadar melembabkan, lakukan pada hari petama disemai dan ulangi jika perlu (3 hari sekali atau medium kelihatan kering)   

9.  Lokasi 
Jangan dedahkan keratan pada cahaya matahari (direct sunlight). Koridor rumah anda adalah lokasi yg terbaik. Pededahan pada cahaya matahari pagi ( 1-2 jam) boleh dibuat selepas daun kelihatan kuat dan akar sudah menjalar dipermukaan bekas semaian. 

10. Sungkup 
Sungkup dikatakan penting untuk memastikan kelembapan medium dan juga keratan, tapi di ingatkan supaya rajin-rajin memastikan kelembapan tidak keterlaluan yang boleh menyebabkan keratan menjadi busuk. Oleh itu, pastikan sungkup dibuka sekurang- kurangnya sekali sehari untuk pengudaraan. . Gunakan penyepit kertas untuk seal  antara bekas dan sungkup. Anda boleh melihat wap yg terbentuk di pemukaan sungkup. Sekiranya wap itu menitis bermakna kelembapan di tahap maksima,  bersihakan air yang berlebihan di sungkup .  

Sungkup pada keratan Tin / Fig
Bila tunas mula bercambah dan mengeluarkan daun (minggu ke dua). Buka sungkup pada waktu malam untuk pendedahan kepada pengudaraan . Sungkup juga boleh dilubangkan untuk mengurangkan kelembapan dan menambah aliran udara. langkah di atas dapat mengelakan daun luruh.

11. Akar 
Anda boleh lihat akar terbentuk pada hari yang ker 10. Ia begantung kepada variasi dan  saiz keratan. Tetapi ada juga keratan yang sudah becambah daun tetapi masih belum mengeluarkan akar. Ini adalah kelebihan bekas plastik dimana ada boleh melihat progress keratan anda samada sudah berakar atau belum. 

Akar Variasi Purple Jordan selepas 10hari. 
12. Transplant (Pemindahan ke pasu  besar ) 
Pemindahan anak semaian boleh dilakukan pada hari yg ke 30, apabila akar kelihatan sudah menjalar ke seluruh bekas.  Di ingatkan jangan dedahkan pokok pada panas terik dan hujan selepas pemindahan anak pokok. Biarkan anak pokok selesa dengan rumah baru dia - pehatikan daun anak pokok, sekiranya kekeringan pakaikan sungkup.

Purple Jordan; 18 hari, - masih belum bersedia untuk dipindah. 
Kita sambung progress pokok fig selepas transplant nanti.. 

Sunday, 20 October 2013

Rahsia Pokok Tanaman Subur

Tips Tanaman Subur

Berikut adalah antara beberapa langkah yang kami ambil supaye pokok yang kami tanam dalam keadaan sihat sejahtera. 

1. Benih yg baik- dari sumber yg dipercayai  
2. Permulaan yang baik dari mula disemai. 
3. Tanah yg mempunyai zat untuk pokok membesar. 
3. Batas vs Pasu/polybag
4. Siraman  & baja secukupnya
5. Cahaya Matahari
6. Kawalan serangge perosak 
7. Tuai sebelum terlambat. 

Tips 1 dan 2 mungkin sudah kita bincangkan sebelum ini, entry harini nak cerita sedikit mengenai tanah. Cubaan pertama tidak begitu meberansangkan dengan menggunakan tanah yang digali dari belakang rumah "tanah merah",  pokok tak membesar  seperti yg kami diharapkan. Aper yang kami buat kami rawat tanah tu supaye dapat membantu pokok mebesar 1. Tanah merah/tanah gambut 2. Beli pasir sungai 3. beli baja pallet organik (ayam atau kambing) 4. Cebisa rumput kering/daun kering. Campur/gaul dengan nisbah 3:2:1:1, lepas tu biarkan campuran dalam seminggu sebelum  memindahkan anak pokok kedalam pasu/polibag.

Pallet Organik, 
Ramuan di atas hanya sekadar panduan, sebenarnya kami tidak mempunyai sebarang rahsia dlm penyediaan tanah. Ada di antara garderner mencapurkan kompos dari buangan barang dapur seperti kulit telur, perut ikan dan sebagainya. Anda boleh mencuba tapi jangan ter"over" sampai bubuh serbuk kari pulak sebagai ramuan tanah anda.  

Kita sambung huraian tips yang seterusnya esok..  

Saturday, 19 October 2013

Beli Online : Anak Pokok Anggur Seedless

Pesanan dah Smpai.. 

17/10/13- Pesanan anak pokok anggur telah selamat sampai, seller dari Sarikei (Sarawak) Mr Richard Wong - beliau merupakan hobbyist yg menanam pokok anggur, strawberry dan beberapa pokok eksotik. Maklumat tentang penjualan benih anggur didapati dari blog beliau dan pesanan dibuat melalui whatsapp application. Setelah berbicang - pesanan dihantar pada 16/10/13.  Saya juga betuah kerana dapat betukar keratan fig/tin dengan beliau. Tambah kegembiraan kami lagi -  dapat free gift 5 keratan anggur Isabelle.  

Cara pembungkusan anak pokok. 
Anak pokok Anggur Reliance Seedless (hasil tut @ air layering) dari pokok induk,  buah tampa biji yang bersaiz agak besar dan mempunyai kulit yang lembut berwarna merah bila masak. Dan yang paling penting anggur ni mempunyai  kandungan gula yang tinggi. Kebiasaan seller akan menghantar anak pokok dengan pasu kecik/polibag, tapi beliau cadangkan supaye dihantar dengan "bare root"  iaitu hanya akar dibuang tanah untuk menjimatkan kos penghantaran PosLaju. kos penghantaran  RM 18 dari Sarawak ke Labuan. dan mengambil masa kurang 24jam. 

Cara Tanam Pokok Anggur

a. Penyediaan Tanah dan Pasu

Memandangkan kami tidak lama menetap di Labuan, kami membuat keputusan untuk tanam di pasu je, dengan harapan dapat dibawa bersama bila balik semananjung nanti. Kiranya anggur ini akan dijadikan ala-ala bonsai atau di indonesia disebut " Tabulampot". 

Akar  anak anggur setelah berjaya di pindah ke pasu. 
Penyediaan tanah seperti tanaman lain, cume perlukan lebih pasir. Pokok anggur tidak suka tanah yg terlalu lembab dan menakung air. Pasir juga memudahkan akar menjalar keseluruh pasu. Resepi tanah utuk pokok anggur kami : 
  • Tanah merah 
  • Baja organik ( Pallet Ayam) 
  • Rumput kering 
  • Pasir sungai
Nisbah campuran ( 1:1:1:1) 

b. Lokasi Pokok Anggur 

Minggu pertama letakan di tempat teduh dan pastikan pokok mendapat cahaya matahari pada waktu pagi. 
Minggu ke 2, bolehlah di pokok didedahkan pada cahaya matahari penuh seharian, elakkan dari pokok terkena hujan kerana tanah akan menjadi padat dan air akan berakung. Pokok anggur tak suke overdose air. 

c. Pembajaan & Siraman

Rancangan pembajaan dimulakan selepas 3 minggu pokok di tanam. 1 sudu teh baja Urea (unsur nitrogen) dilarutkan dengan 1 liter air dan di siram ke permukaan tanah. Ulangi setiap 2 minggu sehingga bulan ke 4. Tujuanya utk mengemukan daun dan batang dah cukup sihat untuk menghgasilkan buah. 

Bulan ke-empat naikkan dos baja ker 2 sudu teh, ditabur di permukaan tanah. di ulangi 3 minggu sekali hingga bulan ke 6. Selepas bulan ke 6, boleh mulakan pembajaan lengkap dgn baja NPK 16:16:16.

Siram pokok 2 kali sehari cukup sekadar melembabkan tanah. 

d. Pemangkasan

Untuk menghasilkan buah,  pokok anggur wajib di pangkas. Pemangkasan boleh dilakukan pada bulan ke 6, dimana dahan sudah cukup kuat. Pangkas pucuk muda dan buang semua daun. Seminggu sebelum pemangkasan, pembajaan boleh dilakukan dengan membenamkan baja pallet dan tambahan satu sudu teh Baja NPK yang kaya dgn unsur (K) utk mengalakan buah berputik pada tunas baru nanti. 

Tips tanaman anggur di atas di ambil dari hasil pembacaan dari internet. Info dikongsi dan kami mengharapan pokok anggur kami  akan menjadi seperti ini: 

Sumber : Google image search
Okay.. kami akan update perkembangan pokok anggur ni bile nak buah nanti. hehe. 


Friday, 18 October 2013

Kerja Makan Gaji Di Labuan

Jauh Merantau

Hampir 3 tahun menetap di Labuan tapi  rasa macam dah 10 tahun, lambatnya rasa masa berlalu. Biler diarahkan untuk tranfer  kene la ikut arahan majikan- macam ni lah keje makan gaji.  Tapi kami yakin  setiap perancangna dan  ketentuan dari Ilahi semestinye ada hikmahnya. So, nak selit sikit pengalaman dan pendapat kami semasa berhijrah ke sebuah pulau yg diberi gelaran "Pearl of Borneo". 

1. Nak Duduk mane? 

Labuan ni memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi terutama kos penginapan, bukan saje hotel yang mahal tapi sewa rumah pun mahal (lebih mahal dari KL). Perumahan kos sederhana 3 bilik  (apartment +/-700sf)  bermula dari RM550-900. Sebut je Taman Mutiara semua penduduk tempatan tahu.   

Kalau sewa apartment pun dah harga tu, rumah teres dan semi-d jgn cerita la. Abis gaji sebulan bayar sewa je. tak hairanlah kalo sebuah rumah tu sampai 2-3 keluarga duduk sebumbung. Kami bernasib baik dapat sewa rumah yang selesa dan agak murah. Persiapan mencari rumah kene awal sebab permintaan amat tinggi (Hot Cake). Biasenye penduduk tempatan akan iklankan rumah mereka di notice board Ujana Kewangan. So sesiapa nak kene tranfer tu tak payah la sibuk-sibuk servey kat internet atau peper..mmg tak jumpe nye. 

2. Pengangkutan, 

Labuan punya public transport lebih kurang macam Langkawi ( van dan bas mini) murah dan agak bagus dari segi frequency dan jadual perjalanan. Teksi ada tapi mahal, skali travel RM10-30 walaupun tak smpai 10km. Pada mereka yg nak duduk lebih dari 3 hari baik sewa kereta. Yang nak menetap lame, kami cadangkan  tinggal kereta kat  kampung dan  blie kereta baru kat sini.  Semua sedia maklum harga kereta Labuan mmg murah, kalau vios tu kat negeri lain  80k, kat Labuan ni 55k jer. ( lebih kurang 30% murah). 

Memandu di Labuan memerlukan sedikit kesabaran, kerana anda berkongi jalan dengan sesetangah org yang mepunyai mentaliti berbeza dgn anda. Contohnya 1.  memandu di lane kanan dgn kelajuan 20km/h di lane kanan (sehari mesti jumpe sebijik)  2.  Berhati-hati  dengan U-turn dan simpang keluar, kerana ada dikalang pemandu di sini keluar melulu dan  terus masuk lane kanan. Haishh..  

Kadar kemalangan juga agak merisaukan, kemalangan ngeri biase berlaku diwaktu malam dimana kaki mabuk akan mula merayau. dinasihatkan selepas 10 malam duk rumah diam-diam.  Selame 3 taun duduk di labuan belum pernah jumpe pihak berkuasa buat alkohol test. 

3. Makanan Sedap tak? 

Secare jujur - makanan kat Labuan ni mmg tak bleh gi. Sebabnye tukang masak suka tambah ajinamoto secare berlebihan dlm resepi mereka. Anda terkejut bila satu periuk kari daging ditambah satu sesenduk besar pak aji. Selain itu harga makanan memang mahal (mungkin juga kerana kos bahan mentah yg mahal). Tapi kebelakangan ni muncul pengusaha kedai mkanan yg berasal dari semenanjung. So, dapat la mengubat rindu mkanan semenanjung. Nanti kami cube post lokasi-lokasi menarik kedai makan kat labuan ni tapi  dinasihatkan  masak je kat rumah. 

4. Harga Barang

Kalau nak masak kat rumah kene la blie barang dapur kan, barang dekat labuan ni mmg mahal, contoh kalau harga ayam kat semenanjung dalan RM6-7 sekilo, kat Labuan RM9-11 sekilo. So kire lah.. Sekor ayam mau dekat RM20-25. Itu baru ayam..blum lagi bende-bende yang rare mcm durian D24. Penah sekali tanye durian kampung - sekilo RM16. Sebijik durian RM30.. huhu.  Kalo blie wajib makan dgn kulit die sekali baru puas hati. 

5. Riadah

Bulan pertama anda di Labuan mmg banyak tempat nak pegi tuk riadah..ada pantai, pusat marin, muzium, taman burung & tempat shoping-shoping. Tapi masuk bulan kedua baik duk rumah tengok tv. Lain la orang yang suka buat maksiat gi pub, karaoke, minum todi. (heaven tuk diorang). Labuan mmg terkenal dgn pub yg terlalu byk, ada yg kata lebih 200 buah pub dlm pulau yg kecik ni. Begitu juga dgn pusat urut dan mesin slot yang semakin menjadi-jadi. So saper ader husben keje/travel labuan tu jage-jage ye.

6.  Infrastruktur. 

2 tahun lepas dan sebelumnya Labuan mengalami masalah kekurangan air yg amat kritikal. Ini bepunca dari pembahagian air antara penduduk Labuan dan Methanol Labuan. Dengan pembinaan loji tambahan di Pulau Enoe masalah memposes air dari tanah besar Sabah (Beaufort) selesai. Kami betuah sebab dapat merasa berulang- alik dari tingkat 5 untuk mengakat air. 

Secara amnya segalenye ada, cume agak ketinggalan nak dibandingkan degan negeri yg di iktiraf wilayah persekutuan. Contohnye; kekurangan  kemudahan  perubatan klinik dan hospital. Specialist mmg takde kat Labuan, sape-sape yg ada masalah kronik tidak digalakan datang. 

7. Cuaca

Sedia maklum siapa yg biasa dgn pulau pastinya biaser dgn bahang pulau. Turun dari kapal terbang  je rasakanlah.  Persediaan awal sediakan budget untuk beli airkon at least 1.5hp  seblum masuk rumah sewa. Selain itu cuaca juga tak menentu, kalau hujan bukan semua tempat hujan ( kampung ni kene hujan kampung sebelah cerah pulak).

8. Happening? 

Tiada istilah "happening" mcm dekat KL, banyak kedai tutup pukul 6pm, mamak pukul 9.30pm dah tutup. Cuma ada McD , KFC and D'one Mart (24hour supermarket). So, aktiviti malam cume ada karaoke n pub je.

Di atas adalah pengalaman dan pendapat kami sepanjang kami disini, mungkin bebeza dgn individu lain dan dengan ini dapatlah kami simpulkan, pulau labuan amat sesuai kepada  anda yang ingin mencari pembaharuan dan ketenaggan. Tetapi jika anda mudah bosan baik duk sane diam-diam.

Post akan datang kami akan cerita lagi lebih detail tentang Labuan.


Jom Semai Benih

Cara Kami Semai Benih

Untuk mendapatkan pokok yang sihat harus dimulakan dgn baik. Semai benih di bekas semaian  yang sesuai dan medium/tanah yang kaya dengan  kompos.  Berikut adalah keperluan dan cara-cara menyemai benih di laman kami ;

1. Cup polistrin 
2. Tanah Kompos 
3. Botol Sprayer
4. Tempat teduh.

Kami  ambil cili sebagai contoh ; 

1. Lubangkan bawah cup polistrin dengan pensel atau pen, buat sekurang-kurangnya 2 lubang kecil untuk lebihan air siraman keluar. Ia juga membantu untuk pengudaran kepada tanah. Cawan polistrin murah dah boleh digunakan bekali-kali. 

2.  Isikan polistrin dengan tanah kompos, kami mengunakan tanah kompos kelapa sawit. 

3. Untuk mepercepatkan percambahan benih, rendamkan dengan benih dalam air semalaman. Jika mempunyai duit lebih titiskan dengan racun kulat dan hormon penggalak pertumbuhan.  

4. Semai benam  benih 3/4 inci dari permukaan tanah. 

5. Labelkan dengan stiker / marker pen - nama tanaman dan tarikh. 

5. Letak di tempat teduh dan spray dengan air 2 kali sehari. pastikan tanah tidak terlalu lembab atau terlalu kering.  
Beberapa jenis Cili yg disemai dlm cawan polistrin, umur 18hari selepas semai.
Pokok cili akan mula bercambah antara 5-8 hari mengikut jenis cili., tetapi ada juga cili  yang memerlukan lebih 15hari untuk bercambah (katergory super hot) . Jika sebulan memang benih tak bernas.  Anak pokok sesuai dipindah ke batas atau pasu/polibag selepas daun yang ke 4 keluar. Jangan lambat kerane ia boleh mebantutkan pembesaran anak pokok. 

Pada asasnye semua benih tropika  boleh dicambahkan dgn mudah di negara kita, walaubagaimana pun  ada perlu mengkaji tabiat benih yang ada beli supaya bercambah dengan cepat.

Sampai di sini.. kita sambung esok.

Thursday, 17 October 2013

Bila Nak Sampai Benih Ni?

Oversea atau Domestik?

Anda perlu berhati sekiranya membeli benih melalui online, terdapat pelbagai risiko yg mugkin anda terpaksa lalui - antaranya pesanan tidak sampai, benih tidak bernas dsb.  Oleh itu, anda boleh mengambil langkah-langkah dibawah: 

1. Kaji dahulu latar belakang penjual benih 
2. Cari dahulu benih yang ada inginkan di dalam Malaysia
3. Pilih jenis penghantaran yang pantas dan murah
4. Alamat yang mudah dihantar

Kaji dahulu latar belakang penjual melalui internet mahupun rakan-rakan. Jika tak pasti hubungi penjual melaui email atau telefon  untuk  kepastian, ajukan soalan tentang keadaan benih, penghantaran, cara pembayaran dan sebagainye. Jangan beli sekiranya anda ragu-ragu.  

Beli benih dari Malaysia untuk menjimatkan kos penghantaran dan tukaran matawang. Kos penghantaran domestik biasanya bemula dari RM0.60 hingga mencecah RM50 bergantung jenis perkhidmatan. Kebiasaanya pembeli lebih suka Poslaju kerana cepat dan selamat, tapi kene bayar lebih la antara RM5-10. PosExpress pun boleh ianye cepat dan murah, tapi awas jgn gunakan sampul untuk dokumen -nanti kena pulang balik. Cara yang terbaik guna pos berdaftar murah tapi mgkin lambat -masa diambil dalam 1-2 minggu.

Manakala pembelian dari luar negara (International) mereka menggunakan matawang negara masing-masing, ini bermakna berkemungkinan kos benih adalah 2-3kali lebih mahal - begitu juga dengan  kos penghantaran dan mungkin mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk sampai ketangan anda.  

Kami pernah membeli benih dari luar negara seperti Amarika dan Indonesia. pengalaman kami : 

Online seed seller : Tradewinfruits.com - menjual pelbagai benih exotic dan jarang ditermui. Kami beberapa kali membeli dari website ni.. dari 3 pembelian hanya 1 saja yang selamat smpai.  Kos pembelian antara RM50-80 termasuk kos penghantaran.  Seller menerima Paypal dan Credit card sebagai bayaran. Kami dapati 2 lagi bungkusan hilang semasa berada di Malaysia. Masa yg diambil utk pengahantaran dari Amerika ke Malaysia antara 3 minggu hingga 6 minggu bergantung pada jenis perkhidmatan yg digunakan. Untuk selamat gunakan pos berdaftar registed mail tapi kene bayar lebih lah anatra USD6-20. Sedikit malang beberapa benih yang dibeli tidak bernas. Mungkin seller ni megumpul stok lama. kebiasaan benih hanya boleh disimpan dalam masa 2 tahun.
Cili di import dari Amerika dan berasal dari Jepun : Yatzy /chilies Japones /Yatsufusa
Sangat unik - sepucuk boleh menghasilkan 5-8 biji buah. 
Hobbyist  dari Indonesia :  Pembelian keratan pokok fig /tin. Tahun ni kami terjumpa peminat pokok Tin / Fig di laman facebok -Di Malaysia  populariti buah ini semakin menjadi-jadi dan jumlah peminat buah ini semakin ramai. Termasuk lah kami... Pembelian dimulakan dengan menghantar beberapa email kepada penjual benih /anak pokok tin yg terdapat dalam internet. Dari 6 email yg dihantar, hanya dua yg memberi respon postif. Setelah berbalas email. Kami berjaya membawa masuk beberapa keratan untuk dijadikan induk.  Harga Keratan agak mahal iaitu antara USD 5-20 bedasarkan spesis. Penghantaran melalui EMS (USD15), bayaran kepada seller melalui Western Union.  Tempoh penghantaran 4-8 hari ( kami menerima bungkusan 4 hari sahaja).
Akar Keratan Batang Pokok Fig / Tin berusia 10 hari selepas ditanam. 
Berdasarkan pengalaman kami, pembelian  benih sama ada dari luar negara atau dalam Malaysia sekarang memang mudah dengan adanya internet dan online banking. Apa yg penting anda perlu lebih berhati-hati dan buat sedikit kaji selidik sebelum membeli. 

Okay bersambung esok.. 

Wednesday, 16 October 2013

Online Seed / Benih Online

Dekat Mana Nak Beli?

Di Malaysia ni industri benih masih ketinggalan jauh jika nak dibandingkan dengan negara luar seperti Thailand dan China. Mereka dah hasilkan pelbagai jenis benih Hybrid untuk memaksimakan pengeluran hasil tanaman mereka. 


Apa itu benih Hybrid? Hybrid adalah hasil kacukan  persilangan antara dua atau lebih populasi tanaman yang berbeza latar belakang dan genetik (direct pollination) Antara tujuan benih hybrid diwujudkan ialah untuk memperbaiki genetik pokok induk sedia ada. Benih hybrid yang mempunyai  pelbagai kelebihan dari segi rasa, ketahanan kepada penyakit dan pelbagai lagi..ini bermakna variasi baru telah wujud. i.e Peria katak dikacuk dengan peria besar.  So boleh menghasilkan buah yg kurang pahit dan sederhana besar.

Peria Katak Hybrid F1
Kebanyakan penjual benih  kormesil, mereka lebih sukakan benih Hybrid kerana pasaran mereka tertumpu kepada peladang dan pertani sekala besar.  So mcamna kiter sebagai home gardener nak dapatkan benih-benih  Hybrid ni. Salah satu cara memalui online lah. pelbagai platform seperti comercial online retailer i.e ebay, mudah.com and aliexpress boleh membantu.


Kailan Hybrid f1 : Berdaun besar dan tahan penyakit - benih dari Tanamsendiri.com
Kami mula membeli benih dari penjual benih online  di Malaysia (mungkin terbesar) iaitu dari . En Iskandar memalui blognya Tanamsendiri.com.  Beliau membantu home gardener seperti kami dengan menjual pelbagai jenis benih sayuran dengan harga dan kuantiti yg amat berpatutan.  Kami juga penah berurusniaga membeli benih dari beberapa  home gardener jualjualbenih.blogspot dan kebunbahagiabersama.blogspot.

 Mereka semua adalah inpirasi buat kami untuk meneruskan hobi kami.


Berikut adalah beberapa online seed seller  yg kami cadangkan di Malaysia : 



Sambung lagi esok.. 

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha

Tahun ni masuk tahun ketiga beraya haji di perantauan, sunyi rasa tak dpt beraye bersame keluarga dikampung.  Walaubagaimanepun meriahkan lah hari raye ni dgn takbir dipagi raya.  Selesai solat aidiladha.. Balik menjamah juadah..menu special raya taun ni.

Kepada keluarga di kampung, sahabat handai dan pengujunng blog. Slamat Hari Raya Aidiladha.