Friday 22 November 2013

Serangan Siput

Musim Hujan kebelakangan ni, banyak pulak siput datang.. kemungkinan datang dari rumpun pandan di blakang rumah. Siput ni seronok betul makan anak-anak semaian kami.  Siang hari mmg tak nampak kelibat siput ni..mereka menyorok di bawah polibag..  bila malam mereka beraksi dengan hebatnye.. dengan memakan dan mengisap batang anak pokok... kalo tak hilang daun,, batang anak pokok akan patah. 


Siput mati menyerang daun bawang. 

Cara Kami nak bunuh siput ni senang jer, gune racun siput.. tabur jer sikit kat tepi pokok tu.. esok pagi bebuih2 siput tu mati.  Anda ada masalah serangan siput? 

Tahukah anda  ada krim kulit berasal dari Helix aspersa (sejenis  siput) yang dijual untuk digunakan pada kedutan, parut, kulit kering, dan jerawat. Satu kajian penyelidikan mencadangkan bahawa rembesan yang dihasilkan oleh Helix aspersa mungkin memudahkan pertumbuhan semula tisu yang cedera.

9 comments:

  1. saya pun guna racun sipt, sekarang ni pasu tanaman saya dpenuhi cengkerang siput mati.....hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Pedasdan manis,

    Banyaknya siput kenit! Kat laman Mak Aji ada siput babi, XXL punya saiz. Setakat ni tak perasan sangatlah dia kacau apa-apa pulak. Arwah mak Mak Aji pernah tabur garam untuk bunuh siput tapi Mak Aji belumlah pernah buat gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Mak Aji, saiz xxl.. kalo die serang pokok mak aji abis nanti.. Boleh cube nanti mak Aji pakai garam.. organik..

      Delete
  3. salam pedasdanmanis, saya pun penah guna garam hapuskan siput2 kenit, mmg berkesan jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam @na, kami baru tau pakai garam.. boleh cuba leps ni..

      Delete
  4. Kat sini banyak juga siput... memang operasi depa ni masa musim sejuk dan waktu gelap... tak pernah habis... kadang2 jumpa tu gemuk2 ... kalau kt KL anaknya banyak sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. sakit hati kalo siput2 ni menyerang.. ada smpai tahap buah pun die gigit.. kene rajin pantau..

      Delete
  5. so far.. tak penah lg jumpa siput ni kat pokok saya. hihi..yg ada mcm ulat gongok yg bley bergulung tu. letak kulit telur... hancurkn kecik2 kulit telur, pastu tabur kt pasu.. nnt leh halau siput tu..sbb kulit telur tajam..depa tak leh nk bebas dlm pasu kalo ada kulit telur. hiihihi

    ReplyDelete