Thursday 17 October 2013

Bila Nak Sampai Benih Ni?

Oversea atau Domestik?

Anda perlu berhati sekiranya membeli benih melalui online, terdapat pelbagai risiko yg mugkin anda terpaksa lalui - antaranya pesanan tidak sampai, benih tidak bernas dsb.  Oleh itu, anda boleh mengambil langkah-langkah dibawah: 

1. Kaji dahulu latar belakang penjual benih 
2. Cari dahulu benih yang ada inginkan di dalam Malaysia
3. Pilih jenis penghantaran yang pantas dan murah
4. Alamat yang mudah dihantar

Kaji dahulu latar belakang penjual melalui internet mahupun rakan-rakan. Jika tak pasti hubungi penjual melaui email atau telefon  untuk  kepastian, ajukan soalan tentang keadaan benih, penghantaran, cara pembayaran dan sebagainye. Jangan beli sekiranya anda ragu-ragu.  

Beli benih dari Malaysia untuk menjimatkan kos penghantaran dan tukaran matawang. Kos penghantaran domestik biasanya bemula dari RM0.60 hingga mencecah RM50 bergantung jenis perkhidmatan. Kebiasaanya pembeli lebih suka Poslaju kerana cepat dan selamat, tapi kene bayar lebih la antara RM5-10. PosExpress pun boleh ianye cepat dan murah, tapi awas jgn gunakan sampul untuk dokumen -nanti kena pulang balik. Cara yang terbaik guna pos berdaftar murah tapi mgkin lambat -masa diambil dalam 1-2 minggu.

Manakala pembelian dari luar negara (International) mereka menggunakan matawang negara masing-masing, ini bermakna berkemungkinan kos benih adalah 2-3kali lebih mahal - begitu juga dengan  kos penghantaran dan mungkin mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk sampai ketangan anda.  

Kami pernah membeli benih dari luar negara seperti Amarika dan Indonesia. pengalaman kami : 

Online seed seller : Tradewinfruits.com - menjual pelbagai benih exotic dan jarang ditermui. Kami beberapa kali membeli dari website ni.. dari 3 pembelian hanya 1 saja yang selamat smpai.  Kos pembelian antara RM50-80 termasuk kos penghantaran.  Seller menerima Paypal dan Credit card sebagai bayaran. Kami dapati 2 lagi bungkusan hilang semasa berada di Malaysia. Masa yg diambil utk pengahantaran dari Amerika ke Malaysia antara 3 minggu hingga 6 minggu bergantung pada jenis perkhidmatan yg digunakan. Untuk selamat gunakan pos berdaftar registed mail tapi kene bayar lebih lah anatra USD6-20. Sedikit malang beberapa benih yang dibeli tidak bernas. Mungkin seller ni megumpul stok lama. kebiasaan benih hanya boleh disimpan dalam masa 2 tahun.
Cili di import dari Amerika dan berasal dari Jepun : Yatzy /chilies Japones /Yatsufusa
Sangat unik - sepucuk boleh menghasilkan 5-8 biji buah. 
Hobbyist  dari Indonesia :  Pembelian keratan pokok fig /tin. Tahun ni kami terjumpa peminat pokok Tin / Fig di laman facebok -Di Malaysia  populariti buah ini semakin menjadi-jadi dan jumlah peminat buah ini semakin ramai. Termasuk lah kami... Pembelian dimulakan dengan menghantar beberapa email kepada penjual benih /anak pokok tin yg terdapat dalam internet. Dari 6 email yg dihantar, hanya dua yg memberi respon postif. Setelah berbalas email. Kami berjaya membawa masuk beberapa keratan untuk dijadikan induk.  Harga Keratan agak mahal iaitu antara USD 5-20 bedasarkan spesis. Penghantaran melalui EMS (USD15), bayaran kepada seller melalui Western Union.  Tempoh penghantaran 4-8 hari ( kami menerima bungkusan 4 hari sahaja).
Akar Keratan Batang Pokok Fig / Tin berusia 10 hari selepas ditanam. 
Berdasarkan pengalaman kami, pembelian  benih sama ada dari luar negara atau dalam Malaysia sekarang memang mudah dengan adanya internet dan online banking. Apa yg penting anda perlu lebih berhati-hati dan buat sedikit kaji selidik sebelum membeli. 

Okay bersambung esok.. 

6 comments:

  1. Salam. Topik yg menarik. Jarang diperkatakan sebelum ini. Kak Yah juga pernah melalui pengalaman yg serupa. Sbb itulah sekarang ni Kak Yah pulak yg jadi penjual benih bunga. Dijamin selamat! Sila ke blog Kak Yah kalau nak tengok benih2 yg dijual: http://jomtanambunga.blogspot.com/p/benih-bunga-untuk-dijual.html :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, terima kasih. nanti saya blog walking kak yah ye. ada rezeki kita beurus niaga. ;)

      Delete
  2. Saya pon ada a few times beli benih online ni...tp from kwn2 punya recommendation la...:) smlm baru dpt 1 keratan fig from kawan.....boleh share tak mcm mana nak tanam dia? tgh baca pasal fig ni huhuhu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dua tiga hari lagi kami post artikel care kami tanam pokok fig /tin. sambil2 tu boleh blog walking blog kawan kita ni : http://tanahsejuk.blogspot.com/2013/09/cara-terbaik-untuk-proses-pengakaran.html

      Delete
    2. thanks..nnt saya cuba...seram...dah la ada satu je keratan ni....:)

      Delete