Saturday 19 October 2013

Beli Online : Anak Pokok Anggur Seedless

Pesanan dah Smpai.. 

17/10/13- Pesanan anak pokok anggur telah selamat sampai, seller dari Sarikei (Sarawak) Mr Richard Wong - beliau merupakan hobbyist yg menanam pokok anggur, strawberry dan beberapa pokok eksotik. Maklumat tentang penjualan benih anggur didapati dari blog beliau dan pesanan dibuat melalui whatsapp application. Setelah berbicang - pesanan dihantar pada 16/10/13.  Saya juga betuah kerana dapat betukar keratan fig/tin dengan beliau. Tambah kegembiraan kami lagi -  dapat free gift 5 keratan anggur Isabelle.  

Cara pembungkusan anak pokok. 
Anak pokok Anggur Reliance Seedless (hasil tut @ air layering) dari pokok induk,  buah tampa biji yang bersaiz agak besar dan mempunyai kulit yang lembut berwarna merah bila masak. Dan yang paling penting anggur ni mempunyai  kandungan gula yang tinggi. Kebiasaan seller akan menghantar anak pokok dengan pasu kecik/polibag, tapi beliau cadangkan supaye dihantar dengan "bare root"  iaitu hanya akar dibuang tanah untuk menjimatkan kos penghantaran PosLaju. kos penghantaran  RM 18 dari Sarawak ke Labuan. dan mengambil masa kurang 24jam. 

Cara Tanam Pokok Anggur

a. Penyediaan Tanah dan Pasu

Memandangkan kami tidak lama menetap di Labuan, kami membuat keputusan untuk tanam di pasu je, dengan harapan dapat dibawa bersama bila balik semananjung nanti. Kiranya anggur ini akan dijadikan ala-ala bonsai atau di indonesia disebut " Tabulampot". 

Akar  anak anggur setelah berjaya di pindah ke pasu. 
Penyediaan tanah seperti tanaman lain, cume perlukan lebih pasir. Pokok anggur tidak suka tanah yg terlalu lembab dan menakung air. Pasir juga memudahkan akar menjalar keseluruh pasu. Resepi tanah utuk pokok anggur kami : 
  • Tanah merah 
  • Baja organik ( Pallet Ayam) 
  • Rumput kering 
  • Pasir sungai
Nisbah campuran ( 1:1:1:1) 

b. Lokasi Pokok Anggur 

Minggu pertama letakan di tempat teduh dan pastikan pokok mendapat cahaya matahari pada waktu pagi. 
Minggu ke 2, bolehlah di pokok didedahkan pada cahaya matahari penuh seharian, elakkan dari pokok terkena hujan kerana tanah akan menjadi padat dan air akan berakung. Pokok anggur tak suke overdose air. 

c. Pembajaan & Siraman

Rancangan pembajaan dimulakan selepas 3 minggu pokok di tanam. 1 sudu teh baja Urea (unsur nitrogen) dilarutkan dengan 1 liter air dan di siram ke permukaan tanah. Ulangi setiap 2 minggu sehingga bulan ke 4. Tujuanya utk mengemukan daun dan batang dah cukup sihat untuk menghgasilkan buah. 

Bulan ke-empat naikkan dos baja ker 2 sudu teh, ditabur di permukaan tanah. di ulangi 3 minggu sekali hingga bulan ke 6. Selepas bulan ke 6, boleh mulakan pembajaan lengkap dgn baja NPK 16:16:16.

Siram pokok 2 kali sehari cukup sekadar melembabkan tanah. 

d. Pemangkasan

Untuk menghasilkan buah,  pokok anggur wajib di pangkas. Pemangkasan boleh dilakukan pada bulan ke 6, dimana dahan sudah cukup kuat. Pangkas pucuk muda dan buang semua daun. Seminggu sebelum pemangkasan, pembajaan boleh dilakukan dengan membenamkan baja pallet dan tambahan satu sudu teh Baja NPK yang kaya dgn unsur (K) utk mengalakan buah berputik pada tunas baru nanti. 

Tips tanaman anggur di atas di ambil dari hasil pembacaan dari internet. Info dikongsi dan kami mengharapan pokok anggur kami  akan menjadi seperti ini: 

Sumber : Google image search
Okay.. kami akan update perkembangan pokok anggur ni bile nak buah nanti. hehe. 


5 comments:

  1. Salam...jangan lupa update bila bebuah nnti...kalua tanam dlm pasu pun blh bebuah ni satu kemajuan besar utk garderner yg tak bertanah...

    ReplyDelete
  2. Wsalam, mari kiter tgk hasilnye nanti. Negare jiran kita ada yg dah berhasil tnm dlm pasu..

    ReplyDelete
  3. Salam Pedasdanmanis,

    Anak pokoknya dijual dengan harga berapa ya? Geram tengok pokok anggur kecil dalam pasu pun berbuah bergugus-gugus tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Mak aji.. keratan yang berakar biasa dijual antara RM20-40 bergantung pada jenis. Boleh cube tanye rakan blog http://myzajanggur.blogspot.com/ dia ada menjual anak anggur.

      Delete