As Salam & Selamat Pagi.. Harini nak kongsi dua gambar pokok yg sedang segar di laman kami.. Dua pokok yang menarik hati kami untuk menanamnye..
1. Pokok betik Sekaki.. kenape sekaki? kerana betik ini akan berbuah dengan cepat.. tinggi sekaki dah boleh berbuah.. Tapi dah sekali ni tak buah lagi.. camne? Bukan itu maksudnye.. pokok betik ni jenis dwaft- (bantut). Berbuah lebih cepat dan pokoknye rendah dari pokok betik biase. Sekarang kami semai dalam polibag. Minggu ni cadangnya nak pindah ketanah.. tapi tak berkesempatan kerana kesibukan. Kami update progressnye nanti bila dah berbuah.
2. Pokok Cili Filius Blue. Cili kegemaran kami berwarna biru ke-ungguan. Subur dan telah menampakan kuntuman bunga. Tak lama lagi jadi lah buah nye yg cantik tu. Kami tanam dalam pasu yg ditelatak dibawah bersebelahan tempat letak kereta ( supaya tak terkena hujan berlebihan).. menerima cahaya petang sahaja.. syukur takder serangan aphid kali ni..







