Monday 20 January 2014

Bunga Kunyit Cantik Berseri

Salam dan selamat pagi, harini nak share gambar sekuntum bunga kunyit yang mekar dilaman kami. walaupun hanya sekuntum, cukuplah untuk dijadikan ulam kami pada malam tadi.  Pokok kunyit ni kami tanam lebih kurang setahun yang lepas didalam polibag.  Tak berkesempatan nak mambiak rizom dan daunye kerana kami selalu tuai, apatah lagi nak berbunga. Kebelakangan ni mungkin kurang menu masakan yang  berasaskan kunyit tu yang sempat berbunga kunyit ni. 

Bunga kunyit cantik berseri.
Bunga kunyit pula berwarna putih  kekuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bersalin).  Selain dimakan sebagai ulam, bagaimana anda menggunakan bunga kunyit ni dalam masakana anda? jom kongsikan.. 

10 comments:

  1. cantiiik...blh mkn tak bunga kunyit ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh @na... celur dgn air panas... sedap.. takde rasa kunyit cuma ada sedikit aroma kunyit.

      Delete
  2. Nice..berapa besar pokok kunyit tu?..first time nampak kunyit berbunga,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni kecik je.. tinggi dalam sekaki lbh... rasenye die stress tu yg berbunga...

      Delete
  3. Pokok kunyit saya abis dikerjakan oleh mahkluk perosak...rasanya belalang kot. Macamana nak jaga pokok kunyit dr dimakan oleh belalang ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Neny, saya kurang arif tentang belalang.. sebabnya belalang ni pandai melarikan diri.. Boleh cuba spary dgn larutan minyak neem atau bawang putih. Jadikan pokok kunyit neny tak sedap di mulut belalang.

      Delete
  4. masya Allah. jarang tgk bunga kunyit. letak baja apa ye bg kunyit besar dan subur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak letak baja Awin.. bubuh palet organik je.. tu pun sebulan sekali je. saya raser die stress.. kadang tak siram..

      Delete
  5. Selalu guna daun Kunyit sebagai aroma ikn panggang..daun pun selalu nk pupus....tk pernah tgk lg bunga nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huu..sedap tu ikan pangang letak kunyit.. itulah nasib pokok kunyit mmg tak sempat nak berdaun.. kalo ada rumpun yang besar mesti berbunga jugak kan Nadia..

      Delete