Tuesday, 12 November 2013

Strawberi Kundasang

Semalam kami betuah kerana pesanan 4 anak pokok strawberry telah sampai. Kawan sepejabat yang pulang ke kampungnya di kundasang - Sabah, bermurah hati untuk membelikan anak pokok strawberry variasi kundasang. Dikatakan buah starwberry ni agak kecil dan  sedikit masam.. tetapi tahan panas.  Anak pokok yang sihat dengan harga RM5 sepokok. Kami cuba tanam di Labuan yg terkenal dgn bahang panas pulau, harap-harap ada hasil nya nanti.

Anak Pokok Strawberry Kundasang

Cara Tanam Strawberi, 

Secara teorinya pokok strawberi  memerlukan persekitaran seperti berikut untuk hidup subur.

      1. Suhu udara optimum 17 – 20 C dan suhu udara minimum antara 4 – 5 C.
      2. Kelembaban udara (RH) 80 – 90%. 
      3. Penyinaran matahari 8 – 10 jam/hari.

Memandangkan  syarat pertama pun tak lepas, maka kemungkinan pokok strawberi ni hidup subur agak tipis di Labuan. Tetapi tapi tidak salah untuk mencuba. 

1. Penyediaan Tanah,

Komposisi bahan medium tanam yang biasa digunakan adalah :

 a.  Tanah bakar
 b.  Pasir Sungai
 c.  Kompos
 d.  Palet organik

Campuran dengan pembahagian nisbah 1:1:1:1

2. Siraman,

Siram sehari 2 kali, ada petua mengatakan siram dengan air sejuk (air ais batu) - tips untuk pokok sentiasa berbungga dan segar. 

- Thanks pada SmRose dan Lynna atas teguran/tunjuk ajar untuk guna petua yg betul. 

4. Cahaya matahari, 

Di nasihatkan jangan dedahkan pokok pada matahari, cukup sekadar mendapat cahaya matahari pagi. 

5. Pembajaan, 

Untuk daun :  Baja Urea untuk menyuburkan, 2 minggu sekali  - 1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air. 
Untuk buah : Baja yang kaya dengan unsur K - 2 minggu sekali  -1/2 sudu teh dilarutkan dilarutkan 500ml air. 

Kita lihat perkembangan 4 pokok strawberi ni bila sudah berbuah nanti :)

14 comments:

  1. cara penyiraman pokok strawberi rasanya lain sikt drp pokok2 lain cer gugel

    ReplyDelete
    Replies
    1. SmRose, terima Kasih.. saye goole jap.. dia kate siram air sejuk mcm Lynna bgtau kat bawah..

      Delete
  2. Saya pernah baca ada gardener yg siram pokok strawberry ni dgn air sejuk from the fridge......:)

    Just sharing....saya baca kat sini...huhuhu

    http://shashasuka.blogspot.com/2012/10/pokok-strawberry.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima Kasih Lyna, nanti saya edit entri ni..

      Delete
  3. agak cerewet jugak penjagaan pokok strawberry ni..kena tatang bagai minyak yang penuh...semoga berjaya!

    ReplyDelete
  4. Emm tulah Nadia, takper tambahkan cabaran.. baru seronok berkebun.. Terima Kasih. Cayok2...

    ReplyDelete
  5. bertambah thrill dlm kebun pedasmanis...jgn lupa post bila bebuah nnti ye...caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..kalau ader rezki bebuah nanti kami post.. kalo mati pokok ni pun kami post hehe.. harap2 tak mati la kan.. aminnnn..

      Delete
  6. assalammualaikum..tringin nk tnm strawberri jgk ni..singgah dan folo blog pedas manis..sya pun suka berkebun dan memasak.klu sdi nggh ke blog sya..salam kenal ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam.. mari lah tanam.. terima kasih.. hari2 kami singgah blog Adrianna nanti..

      Delete
  7. Salam Pedasdanmanis,

    Seronoknya tengok usaha tanam strawberi ni. Harap2 menjadilah dia sampai berbuah dalam keadaan cuaca di Labuan tu ya! Menarik tu bila Lynna sebut siram dengan air sejuk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ummu, terima kasih.. moge lah berbuah.. nampak anak pokok tu pun ade nampak bunga.. terima kasih kat Lynna SmrRose juga..

      Delete