Bahan-bahan
2 cawan Beras Basmathi
2 batang saleri (dipotong serong)
1 cawan santan dan 2 cawan air ( santan boleh diganti dengan susu)
1 sudu kecil pes halia
1 sudu kecil pes bawang putih
1 biji bawang besar (kisar halus dan dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil garam
Bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
Cara-cara
Panaskan periuk masukkan butter tumiskan bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis.Kemudian tumis bawang besar serta cili hijau yang dihiris.
Selepas itu,masukkan kisaran bawang besar,pes halia dan bawang putih.Setelah itu, masukkan hirisan saleri. Lebih kurang 2 minit masukkan 2 cawan air dan 1 cawan santan bersama 1 sudu kecil garam. Bila air sudah mendidih bolehlah masukkan beras. Siap nasi saleri kita. Jika nak mudah boleh masak dalam rice cooker.
Nota:
1.Butter boleh digantikan dengan minyak sayur
2.Jika tidak mahu guna santan atau susu boleh digantikan dengan stok ayam.
waaa, menarik la, Sedap makan ngan lauk apa ni?
ReplyDeleteSedap mkn dgn lauk yg pedas dan manis.. hehe. ayam masak merah, ikan sweet sour.. ayam goreng pun ok SmRose.
Deletebetul menarik...kalau sy nak amik yang part mudah tu..masuk dlm rice cooker...nasi celery ni mkn mcm nasi ayam ke?
ReplyDeleteBoleh Nadia, Aa.. mcm nasik ayam jugak.. ader skit influence nasik minyak..
Deletesalam pedasdanmanis, nmpk mcm simple...blh try ni..
ReplyDeleteWsalam @na, cube la sesekali tukar citerase..
Deleteselalunya celery kami buat sup. Kalau macam ni bolehlah cuba. Bak kata @na, resepi nampak ringkas dan mampu dibuat :)
ReplyDeleteBetul Awin, buat jus pun sedap celeri ni.. mkn time panas2 sedap..
DeleteSalam pedasdanmanis,
ReplyDeleteTQ share resepi ni akak nak cuba la, nampak simple je
Silakan Saodah.. kalo sedap.. post kat blog.. kalo tak sedap bgtau kami.. hehe.
Delete