Salam, pagi ni putik tomato di laman kami mula berbuah. Benih tomato yang di ambil dari buah segar hidup subur dan berbuah lebat. Saiznya juga agak besar dan tahan panas - genetik tomato yang dibawa ternyata memberi kelebihan kepada kami, berbanding dengan tomato yang kami beli dari luar negara ada yang gagal untuk hidup dan berbuah. Pada pandangan kami kemungkinan kerana faktor cuaca yang panas.
Untuk mendapatkan benih tomato, caranya amat mudah - dapatkan buah tomato dari mana-mana pasar. Kaut benih tomato dan rendamkan dalam bekas/balang bersisi air pipe. Biarkan 2-3 hari sehingga biji terlerai dari isinya. Benih akan mendap ke bawah, tapis dan biarkan kering.