Tuesday, 22 October 2013

Tentang Cili

Cili Itu Sayur
Kami penah memperkataan dalam entry yang lepas kami focus untuk tanam pokok cili, setelah membuat sedikit penyelidikan mengenai cili, disini kami kongsikan  perihal cili dengan anda. Cili  atau nama saintifiknya  Capsicum ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae . Ia dipercayai berasal dari  Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika seperti Malaysia. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan variety. 
Namanya berasal dari Bahasa Nahuatl melalui terbitan perkataan bahasa sepanyol Chile. Ia juga dikenali sebagai lada (Malaysia Pantai Timur) dan cabai (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak. Cili adalah salah satu dari makanan yang telah menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat  berabad tahun lalu.

Morfologi cili
Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula terdapat pelbagai jenis berbentuk. 

Cili Jalapeno : Berkulit tebal kurang pedas.
Varieti
Terdapat pelbagai jenis varieti cili di Malaysia yang kebanyakannya digunakan dalam bahan masakan. Terdapat beberapa kultivar cili (Capsicum annum Lin) yang ditanam di Malaysia seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis  Hybrid. Jenis kulai adalah di antara yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas disukai ramai. Berikut adalah kategori Varieti cili yang terdapat di seluruh dunia.  

  • Capsicum annuum
  • Capsicum chinense
  • Capsicum frutences 
  • Capsicum pubescens
  • Capsicum baccatum


Skala Scoville
Skala Scoville adalah unit untuk mengira kepedasan cili . Buah cili  mengandungi capsaicin, suatu  bahan kimia  yang merangsang hujung saraf penerima pedas di lidah, dan jumlah kiraan pedas Scoville (SHU) menunjukkan jumlah capsaicin yang ada. Scolville berasal pengasasnya iaitu Mr Wilbur Scolvile  dan  dia juga  mengembangkan Tes Organoleptic Scoville pada 1912.

Scoville Unit
Contoh Cili
1.500.000–2.000.000
 Semburan Cili Polis, Trinidad Scropion Moruga
855.000–1,463,700
Naga Viper, Trinidad Scropion Moruga Butch T
350.000–580.000
Habanero Red Savina
100.000–350.000
Jamaican hot pepper,
50.000–100.000
Cili Thai
30.000–50.000
Cili Tobasco
10.000–23.000
Cili Serano
3.500–8.000
Cili Jalapeno
1.000–2.500
Cili pablano
100–900
Cili Banana / Pisang
Tidak terlalu pedas
Cili Benggala

Itulah sedikit sebanyak menggenai cili,  ada beberapa pokok cili di laman kami yang sedang berbuah. tak lama lagi bolehlah di kongsi benih dengan kawan-kawan. Sampai disini kita sambung lagi esok. 

No comments:

Post a Comment