Friday, 25 October 2013

Sarapan Pagi di Labuan

Mee Goreng dan Sup Kosong? 


Selamat pagi,   Harini ambik cuti tahunan, nak servis kereta.. sambil  tunggu kereta diservis. Isi perut dulu dekat kedai berdekatan.. 

Menu pilihan kali ni, mee goreng mamak. Populasi mamak/ india muslim di Labuan ni agak ramai, mereka fokus pada bidang perkhidmatan seperti kedai gunting rambut lelaki, menjual kain, perabut  dan buka restoren.  Mereka datang dari india dan mempunyai permit yang sah. Ada juga yg telah mendapat warga tetap kerana dah lama sangat duduk di Labuan ni. Sampaikan rasa macam little india di sesetangah kawasan bandar labuan ni. Sambung cerita sarapan pagi - cuba tengok sarapan kami pagi ni.

Mee Goreng Labuan. 
Perasan tak ader sup kosong kat tepi mee goreng tu? menjadi tradisi penduduk di Labuan makan mesti ada sup kosong. Kami tak tahu apa fungsinye dan tak berminat untuk mencuba. biasernye kalo kita di semanjung makan nasik goreng jer ada sup. Penah juga bertanyakan kawan-kawan yg berasal dari Labuan. Katernye untuk membersihkan tekak lepas makan makanan berminyak. "nyaman" (sedap) katanya. 

Penambah Perisa
Ada lagi satu keunikan makan di Labuan ni. Setiap meja mesti disediakan 4 botol kecik ni. Cuka, Ajinamoto, Sambal cuka dan Kicap cair. Hmm.. Sedap ker gambung semua bahan-bahan tu..? Entah.. 

Pada pengunjung yang datang Labuan dan Sabah ni jgn terkejut ye dengan keunikan dan citerase penduduk tempatan. Kita sambung lagi ye..

4 comments:

  1. Mak aiii...meriahnya condiment......tapi letak ajinomoto atas meja tuh memang rare! First time saya tgk.......agaknya kalau makanan dia tak umphhh tambah la tok aji....lepas tuh kepala pon botak......hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. betul lah lina mmg rare ajinomoto ats meja sbg prencah tambahan, tp lain pdg lain belalang nya kan?

    ReplyDelete
  3. nasik(kat kedai makan) kat sana pun lain macam sikit kan, tak berapa kena dgn selera saya...hehehe

    ReplyDelete
  4. Lynnna Ghani, mmg meriah smpai tak pandai nak pilih, so nak senag kami masak kat rumah. hehe. Kalo laki bukan takat rambut.. bulu kaki pun boleh luruh..

    @na belalang ni kat labuan jer ade..

    smRose, betul tu.. rasernye dieorang pakai beras murah kot.. Kami mmg jarang mkn kat luar.

    ReplyDelete