Cara Servis Airkon
Salam dan selamat pagi, hari ni kami kongsi cara kami servis airkon. Salah satu keperluan barangan elektrik dari kami mula menjejak ke pulau Labuan. Untuk memastikan airkon sentiasa sejuk, ia perlu di servis sekurang-kurangnye sebulan sekali. (minor service) dan setahun sekali untuk (major service). Kami kongsikan cara-cara servis untuk indoor unit (minor sevis)- barang yang di perlukan :
1. Tangga
2. Botol sprayer ( di isi air sabun/pencuci)
3. Plastik sampah dan Selotep.
4. Kain buruk.
Untuk cuci filter / Penapis.
- Tutup suis utama dan cabut plug.
Habuk yang terkumpul di penapis. Sebulan punya habuk... |
- Gunakan tangga untuk mencapai unit airkon anda, bukak bahagian hadapan airkon / filter. Anda akan nampak filter yg di penuhi habuk. Tarik keluar. Sebelum anda tarik keluar filter tu ingat kedudukan filter supaye tak tesilap pasang nanti. cuci dengan air, keringkan di tempat panas dan pasang kembali.
Cuci dengan air dan sabun |
Cuci bilah kipas / aircon fan blade
- Ambil plastik sampah dah lekatkan dengan selotep di dinding/bawah airkon. ini untuk mengelakan dinding anda kotor. Kain buruk diletakan di lantai untuk menakung air yg berlebihan.
- Gunakan sprayer yang diisi dengan air sabun (pencuci pinggan/serbaguna), dengan tekanan yg kuat semburkan ke bilah kipas sambil jari anda memusingkan bilah kipas tu. Ada akan lihat daki/habuk keluar dari kipas tu.
- Sambil menunggu kering, bersihkan keseluruan unit dengan kain. biar antara 3-4 jam sebelum bukak suis, nak cepat gunakan blower rambut bila dah kering barulah bukak suis utama.
Masa di ambil untuk cuci tak sampai 15 minit. Tapi anda pastikan akan merasa kesejukan airkon anda kembali, so rajin-rajin sevis airkon.
Siap dicuci, bersih.. |
Untuk unit outdoor atau major servis, sebaiknya panggil sahaja tukang servis airkon. Biasanye setahun sekali dalam anggaran RM200-300 per sevis ( tidak termasuk GST pada 2015.. hehehe) . Mereka akan turunkan kedua-dua unit indoor dan outdoor untuk di cuci dengan bahan kimia untuk membersihkannye.
Contoh Iklan.. hehehe.. |
Nota : Sila pastikan anda buat kerja dengan selamat, matikan suis terlebih dahulu, berhati-hati dengan air tertumpah di lantai. Pastikan juga air tidak terkena pada bahagia yg bersambung dengan elektrik.
Ekon saya atas bawa taada sujuk.....hahaha lawak la iklan last tuh kekeke....
ReplyDeletethanks for sharing.....saya dah lama nak buat sdri servis ekon ni tp tak terbuat lg.....mim alif lam sin kuat sgt hahaha.....:P
Warga asing pun dah pandai wat side income.. Babab ni malas..
Delete