Terdapat
2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranths. Bayam dikenali di Malaysia dan indonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe
(Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia),
Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laus) dan Raudeen (Vietnam). Hmm.. Belajar bahase asing skit.
Bayam
adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia
adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur
liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan
bayam.
Tunas baru bayam daun bulat selepas dituai. |
Bayam
dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika tengah dan Afrika. Bayam merupakan sayuran yang
sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10
teratas dari segi penanaman dan penggunaan.
Bayan Daun Tirus dalam pasu |
Bayam daun Merah. |
Bayam
dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit
yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang
menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki
kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi
hati.
Pengalaman kami menanam bayam memang mudah dah boleh dituai berkali, cume pelukan sedikit kesabaran di permulaan semaian kerana agak lambat. Tetapi bila dah besar tak larat nak tuai. Selamat berkebun.. kita sambung esok...
salam, berkebun sambil menambah ilmu....perkaya vocab, kalau tak tahu mkn jer tak tau nama...hehehe
ReplyDeleteWsalam.. betul tu @na. tapi kalo power vocap takat gi melancong kat Papua New Guinea nak gi makan senag " waiter tanye nak makan apa? jawap jer apa?(aopa). Setel.. bayam masak lemak smpai. hehe.
Deletesubur-subur bayam kat atas ni..sy punya sekali tanam je..kalau cantas..ingat bertunas semula..tapi tak...
ReplyDeleteMekasih..Mungkin Nadia cantas dekat dgn pangkal.. Cube cantas atas sikit.. Atas tunas.. Seminggu dua InsyaAllah naik tunas.
Delete