Friday, 7 February 2014

Percubaan Menanam Tembikai Merah


Salam dan Selamat pagi. Ini adalah percubaan kali ker-6 menanam tembikai..  Percubaan sebelumya sering gagal untuk besar hingga ketahap ini. benih tidak bercambah, dimakan siput, tanah tidak sesuai dan pokok mati secara tiba-tiba. Diharapkan pokok ni akan mengasilkan buah. 

  
Anak Tembikai Merah 
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae. Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

12 comments:

  1. tidak berputus asa walau kali ke enam .didoakan kali ini membuahkan hasil yg lumayan ya ukhti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Awin, tak mengharapkan buah yg banyak. Sebijik pun jadilah...

      Delete
  2. Saya juga sedang mencoba menanam melon (Cucumis melo) untuk yang ketiga kalinya. Dua kali percobaan sebelumnya, selalu gagal. Semoga kali ini kita beruntung bisa memanen buahnya.

    ReplyDelete
  3. salam kenal...

    mak saya pernah tanam pokok tembikai...mmg menjadi n hasilnya pun banyak..menjalar..buahnya jenis bujur...kulit tebal...mmg manis buahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah Noe, tahniah.. harap mak Noe boleh share rahsia kejayaan tanam tembikai

      Delete
  4. Teruskan usaha dgn semangat... semoga berjaya menuai buah tembikai

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah berjaya nanti sehingga berbuah...sy pernah tanam masa di sekolah rendah dulu..berbuah sebiji..tapi tak sempat merasa sebab ada tangan yang nakal pi petik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish..tgn saper yg nakal tu... susah2 Nadia tanam... kalau dpt tau suh die ganti.. ingat senang ker nak tanam tembikai..

      Delete
  6. Semoga membuahkn hasil, coba lg insya allah ada rzeki

    ReplyDelete