Monday, 24 March 2014

Pemberian Istimewa

As salam dan selamat petang,  harini ni satu bungkusan istimewa dari seorang sahabat yang behati mulia telah sampai. Bungkusan  pos laju yang penuh dengan keratan mulberi, keratan bunga tongkeng, jerangau, benih sawi, terung F1 dan juga bunga telang. Beliau juga memberi tips cara penanaman pokok yg diberi. Terima Kasih diucapkan.

Masih segar : Keratan Mulberi, Bunga tongkeng dan jeragau. 

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai profile dan khasiat keratan yang di berikan oleh Nik Hamimah (Enkay ) kepada blog Pedasdanmanis. 

 1.Mulberi 

Mulberi merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba. Pokok mulberi menghasilkan buah berwarna putih, hitam dan merah.


Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberi mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.




2. Bunga Tongkeng 



Bunga yang  di kenali di Malaysia dengan nama bunga tongkeng ini berasal dari  china. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine, cowslip creeper,telosoma.


Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum. Batangnya  yang berkayu  boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter. Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang. 

Bunganya yang berwarna kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga sepanjang batangnya. Bau harumnya boleh dinikmati siang dan malam selama seminggu sebelum ianya layu. Baunya menjadi lebih kuat diwaktu malam.

Bunganya  dan pucuknya boleh dimakan. Putik bunga dan pucuknya  di goreng atau dijadikan sup. Bunganya sedap kaya dengan karbohidrat,protein dan vitamin A. Ia juga digunakan untuk merawat sakit mata.

3. Jeragau


Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijautersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang.Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.


Jerangau biase  ditanam oleh kaum Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.

Benih sawi, terung dan bunga telang

Benih yang lain seperti sawi, terung dan bunga telang juga akan ditanam untuk memeriah lagi laman kami. Semoga benih-benih ini akan mehasilkan pokok yang sihat dan tuaian yang lumayan  nanti. 


Thursday, 13 March 2014

Bunga Kankung

As Salam dan Selamat Pagi,  Harini takde idea menarik untuk dimasukan kedalam blog. Sekeping gambar bunga kankung. Benih yang tersesat di tanah hidup segan mati takmau tiba2 mengeluarkan bunga. 



Cantik juga bunge kangkung ni, jarang jumpe kankung yg berbunga sebab belum sempat bebunga mesti dah dijadikan sayur. Biase kiter nampak bunga kankung liar jer di parit dan longkang kali ni mekar di laman kami..  Ini juga satu petanda yg laman kami dah mule semak.. kene buat kerje2 pembersihan nampakye. 

Wednesday, 12 March 2014

Kenduri Terung & Cili

As Salam dan selamat pagi, hasil tuaian petang semalam.. banyak pulak terung n cili ni.. rezki tu kawan-kawan di office la ni.  Kami dah tak larat nak makan terung.. hehehe.



Terung jenis ni agak liat.. mgkin juga cuace yg panas dan kekurangan air. Sesuai untuk dimasak kari  atau seangkatan denganye.. Lepas ni nak cube tanam pokok terung  jenis lain pulak.








Tuesday, 11 March 2014

Stoberi Kundasang Sudah Mulai Masak.

As Salam dan Selamat Pagi.. Agak lame tidak update blog.. hari2 yang lepas agak sibuk dgn tugasan dan kerja2 rumah hingga tak sempat nak menulis tentang perkembangan laman kami..

Harini cukuplah sekadar mengupdate sekeping gambar yang di ambil dari laman kami. Buah Strawberi Kundasang yang hampir masak. Sebelum ni saya ada update gambar bunga nye.. sakarang gambar buah yg hampir masak pula. Saiznye agak kecil mungkin disebabkan oleh baka atau cuaca.


Tak sabar nak tunggu ia masak ranum dua ker tiga hari lagi. Antara tips yang masih di amalkan ialah dengan spray buah dgn air sejuk..  baja dengan unsur K. Tetapi guna baja organik pun sudah memadai.  Rancangan seterunye ialah nak menambah koleksi strawbery dari baka cameron pula.


Wednesday, 26 February 2014

Si Kuning Yang Jahat..

As Salam & Selamat Pagi,

Harini kami nak share gambar cili yang pernah bergelar cilli terpedas di dunia, Yellow Trinidad Scropion Moruga. Sebelum ini saya ada post gambar cili yang sama tapi berwarna merah. Pokok cili ni dah lame kami tanam, cumanya perkembangan agak perlahan sebab serangan bena dan aphid. Kami biarkan di celah-celah tanaman di laman kami. 


Semalam semasa membuat rondaan ternampak kelibat buah berwarna kuning.. Besar dan kami pasti ni adalah si kuning yang jahat.  Kalau nak potong cili ni kene pakai glove.. kalau tak bera tangan. Kalu masuk dalam masakan.. mule2 rasa tak braper pedas.. lame2 kejahatanya akan terselah.. dan bersedia lah untuk ulang alik ke toilet. 

Sekarang cili terpedas di dunia di ambil alih oleh Carolina Reaper, sejenis cili hibrid yang mungkin berasal dari varirsi trinidad moruga juga. 

Tuesday, 25 February 2014

Labuan tidak akan mengalami ganguan bekalan air lagi...

As Salam dan selamat petang.. Lunch hour tadi singgah di Jabatan Bekalan Labuan (jelaskan bill tertunggak). Sudah beberapa bulan tak singgah di bangunan baru ni.. kali terakhir pada bulan December tahun lepas. Ada satu pembaharuan berlaku di laman bangunan ni.. Haaa.. lihat lah.. 

Pili air gergasi... 

Pada pengunjung blog yang melalui lebuhraya MRR2 tentu perasan objek yang lebih kurang sama bedekatan Pandan Indah. Cumanya lebih besar.. Adakah ini petanda Labuan akan mengalamai masalah yg same seperti di Selangor? Kriris air.. Di khabarkan oleh rakan di  Cheras sudah dekat seminggu rumahnye tiada air. 

Semasa kami sampai di Labuan pada 2010. Masalah air adalah adalah perkara yang menakutkan kami. Amat susah untuk membuat kerja harian,  memasak,  mencuci pinggan apatah lagi nak mandi. Penduduk Labuan terpaksa mencatu air kerana bekalan air di ambil dari Loji di Beuford Sabah tidak mecukupi untuk keperluan penduduk Labuan, puncanya mungkin kami terpaksa berkongsi air dengan industri oil n gas seperti Loji Methanol yg memerlukan air yang banyak untuk beroperasi. 

Mandi di pejabat, mengagkat air dari bawah ke tingkat 5 boleh dikatakan rutin seharian kami. Kami tak dapat bayangkan jika kami sudah mempunyai cahaya mata ketika itu.. tentu lebih sukar.  Nasib baik pada hujung 2011 satu lagi loji telah dibina di Beuford, maka masalah air dapat dikurangkan. Namun pada ketika ini -  masalah air masih juga berlaku tetapi tidak seteruk pada taun 2010 dan sebelumnya.

Oleh yang demikian hargailah air, siram pokok kesayangan berpada-pada jangan membazir.   :)